Ahad, November 08, 2009

85,000 PENONTON - HEBAT DAN TAHNIAH

Foto kutipan dalam paparan Berita Harian Online (8 November 2009).

Menurut laporan dalam Berita Harian Online bahawa "TIGA suku stadium dipenuhi penyokong Kelantan. Hanya di penjuru kanan saja diisi penyokong ‘kuning’ dari Negeri Sembilan pada saingan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi." Seperti yang sama-sama ditonton melalui siaran langsung TV1, terbukti 85,000 penonton di Stadium Bukit Jalil - dilaporkan oleh pengulas bola sepak tersohor negara iaitu Hasbullah Awang bahawa stadium dipenuhi 75% penyokong 'Red Warriors'.

Diri ini cuba membayangkan jika perlawanan akhir semalam di Stadium Bukit Jalil antara Melaka lawan Negeri Sembilan atau Kuala Lumpur lawan Negeri Sembilan, bolehkah stadium ini penuh dengan kapasiti 85,000 penonton? Terakhir diri ini masuk ke dalam stadium ini bersama 85,000 penonton pada tahun 2001 ketika Terengganu menewaskan Perak 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia! Tiket perlawanan akhir 2001 ini masih tersimpan oleh diri ini.

Kemenangan Negeri Sembilan tidak boleh dipertikai langsung, menurut Azrai Khoo Abdullah mantan jurulatih Kedah dalam rancangan 'Wisel Penamat' TV1 bahawa kekalahan Kelantan kerana terlalu ghairah ingin menang sehingga hilang tumpuan lalu permainannya serba tidak menjadi, ditambah kelemahan amat ketara bahagian pertahanan Kelantan.

Persoalan menang atau kalah itu adat permainan namun sambutan penonton sungguh luar biasa, sudah lama rasanya stdium mega negara ini tidak berpenghuni seramai semaksimum ini (kecuali dibawa pasukan Man U datang 'MELANCONG' ke stadium ini).

Bila lagi agaknya stadium ini penuh 85,000 penonton - maksudnya perlawanan bola sepak piala utama peringkat antarabangsa melibatkan pasukan kebangsaan Malaysia? Selagi kedudukan Malaysia dalam senarai FIFA (Oktober 2009) masih nombor 150 daripada 198 negara di dunia atau kedudukan ke-29 daripada 46 negara di Asia; Malaysia masih ketinggalan dalam kalangan pasukan Asia Tenggara iaitu Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, dan Myanmar. Suatu hari nanti pasukan Filipina, Kemboja, Brunei, Laos dan Timor-Leste akan memintas Malaysia...? Tidak mustahil!

5 ulasan:

Ameen Homestay berkata...

wah masih menyimpan tiket terengganu vs perak ? Sama la kita hahaha. Malam itu saya menjadi penyokong trengganu dan tak sia-sia pergi tengok.

Simpan tiket bukan apa, kali pertama masuk stadium nasional bkt.jalil. So ada sentimental value di situ haha

kelantan memang out perform. main mcm budak sekolah. semi final nampak mcm terlalu handal. Jumpa defend n9, semua buntu takde idea.

dan penyokongnya tetap sengal. saya tny seorang pengkritik bola, kenapa penyokong kelantan mcm tu ? suka bikin havoc, dia kata..faktor ginetik hahaha. Eh, ye ke ?

sahrunizam abdul talib berkata...

Salam,

Cuma catatan rekod itu akan menjadi lebih bermakna andai bilangan seramai itu dapat bertahan sehingga ke tiupan wisel penamat.

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Mmalam tadi tu saya harapkan agar Kelantan menang. Tapi kalah pulak. Negeri Sembilan menang kerana banyak negeri menentang satu negeri..hehe.. cuba nak menikmati seni bola sepak.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Saya mengharapkan permainan yang lebih adil dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi. Namun tidak menjadi kenyataan kerana nampaknya N9 lebih mendominasi permainan. Walau bagaimanapun saya bersetuju dengan pendapat saudara tentang jumlah kehadiran penonton dari Kelantan (75%) - tidak kiralah mereka itu penyokong fanatik atau penyokong "plastik". Gamat dan meriah stadium walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak diingini. Saya yakin bahawa tahap permainan bola sepak di negara ini boleh meningkat sekiranya stadium sentiasa dibanjiri penonton (banyak duit masuk, dapatlah dijadikan modal; harapkan sokongan dkerajaan swasta, berapa kerat syarikat korporat yg sanggup jadi penaja?) Kesimpulannya, masyarakat di negara kita masih "berkira" dalam bidang sukan (mungkin sukan bukan suatu budaya masyarakat di sini - sekadar pandangan)>

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pakcu,
Ya sama kita rupanya. Penyokong sukar dikawal kerana semua itu orang bernyawa seperti dalam akhbar hari ini kata... 10,000 polis pun sukar hendak kawal. Sikap dan tindakan profesional dalam diri sendiri sahaja mampu membendungnya... setuju?
Ghairah lalu hilang punca maka gelabahlah jadinya... Farhan yang hebat dalam separuh akhir juga tidak ke mana...

Cikgu Sahrunizam,
Penyokong Pahang rasanya pernah memenuhi hampir 70% Stadium Shah Alam dalam satu perlawanan akhir Piala Malaysia... jika tidak silap ketika Siti Nurhaliza mula popular lalu fotonya (jersi kuning hitam Pahang) digunakan untuk melariskan akhbar ketika itu...

Tuan Haji Shapiai,
Memang benarlah kata tuan haji... patutlah Negeri Sembilan menang kerana 'gabungan 9 negeri' lawan satu negeri... Hehehe...
Apa-apapun tuan haji, selamatlah dan tahniah kerana cuba menikmati perjuangan permainan / pertandingan bola sepak.

Cikgu Nizar,
Permainan malam itu jelas memperlihatkan kematangan sesebuah pasukan yang boleh menangani tekanan di padang serta luar padang. Secara sinis bagi saya tahap 'permainan bola sepak' di Malaysia tetap ketinggalan namun tidaklah terlalu jauh, maksudnya bukan hanya mutu permainan di padang tetapi juga melibatkan pengurusan serta tajaan. Sukan bukanlah budaya rakyat Malaysia, namun bola sepak tetap mejadi sukan nombor satu negara walaupun pasukan kebangsaan sering memalukan negara tetapi tetap dipilih untuk ke temasya sukan peringkat Asia Tenggara dan Asia malahan Olimpik (walaupun hanya prakelayakan).