Ahad, November 01, 2009

PASUKAN MERAH ALAMI NASIB BERBEZA!

Carragher 'mangsa balas dendam' pengadil!

Pemain Kelantan meraikan kejayaan di Stadium Utama, Perlis.
(sumber foto Berita Harian Online)

EPL - 2 pemain Liverpool kena 'daging masak merah'!

Semalam ada 9 perlawanan yang mencatatkan sejarah juga dalam English Premier League (EPL) ini, 7-8 kad merah dilayangkan antaranya melibatkan perlawanan Fulham - Liverpool. Liverpool tewas 3-1 di Craven Cottage, 2 kad merah dilayangkan kepada Degen dan Carragher. Pengadil perlawanan ini semacam 'geram dan dendam' nampak gayanya kerana Liverpool telah memberikan 2 'nasi lemak bungkus' kepada pasukan asal Old Trafford minggu lepas. Kali ini pengadil pula hadiahkan 'daging masak merah' kepada The Red YNWA. 3 minggu lalu hadiah 'belon @ bola pantai merah' diterima oleh Liverpool.

Perlawanan lain yang melibatkan pasukan 'Big Four', Chelsea meneruskan kemenangan besar dengan menewaskan Bolton 4-0, Arsenal menang ke atas Spurs 3-0, dan Man U menang melalui salah satu jaringan cantik Berbatov tewaskan Blackburn 2-0.

Piala Malaysia - Kelantan ke akhir!

Hidup dan meriah lagi bola sepak Malaysia, Piala Malaysia tetap diikuti peminat bola sepak Malaysia. Kali ini menarik pabila Kelantan @ Red Warriors ke akhir melalui jaringan 'hatrik' Farhan menewaskan Perlis 3-1, dalam perlawanan pertama separuh akhir di Kota Bharu Selasa lalu Kelantan tewaskan Perlis 2-0, maknanya agregat 5-1 Kelantan. Seorang pemain Kelantan hampir terkena mercun (dilihat melalui siaran langsung TV1), mungkin Perlis akan didenda nanti. Tahniah besar Kelantan! Alang-alang ke perlawanan akhir, menang Piala Malaysia itu WAJIB buat Kelantan! tewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan besar nanti.
Kali terakhir Kelantan ke perlawanan akhir pada tahun 1970, 40 tahun yang lalu. Pasti meriah Stadium Bukit Jalil pada 7 November 2009 nanti - pasti dipenuhi lautan baju merah.

4 ulasan:

Azura berkata...

Sdr.RAR,
Seronok juga sesekali lepak pasal bola. Entri ini menarik perhatian kerana 'daging masak merah' walaupun sedap dimakan namun sukar 'ditelan'!

*dah lama tak ikuti perkembangan bola tanah air...masih bernyawa rupanya...

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Nampaknya Liverpool masih lagi dalam keadaan tidak konsisten. Adakah ini ada kaitannya dengan ketiadaan Steven Gerrard? Jika begitu, adakah keadaan ini sama dengan Real Madrid yang tewas kerana ketiadaan C.Ronaldo? Habis, pemain-pemain yang lain bagaimana? Inilah bola sepak, kita tidak akan berhenti membuat spekulasi. Apa pun, tersenyum MU memang. Hehehe....

pakcu berkata...

1.liverpool hidup mati bergantung dgn Torres and gerrard.

2. MU pula telah membuktikan still can survive without ronaldo.

3. Rafa pandang lekeh pd fulham ( memang patut terima balasan) dia ingat bila kedudukan 1-1 bleh makan la fulham ? Silap besar keluarkan torres ( kadang2 aku rasa dia gila dlm buat strategi ). Benayon yg sihat wal afiat pun dikeluarkan, geleng kepala mamat yahudi tu.

4. Daging masak merah lait nak ditelan coz tak rebus lama2 hehehe

5. sudah boleh fikir utk fokus pd FA cup. Champions league ? tunggu result lawan lyon la.

6. simpati dgn red card Degen. Patutnya yelo je. Tp carra tu mmg patut di buang je :) Tarik baju, apa barang hahah. ref dok belakang, bola dlm perjalanan menuju gol. Sahih red card !

Rusdi Abd Rahman berkata...

Azura,
Mengikuti bola sepak luar dan dalam negara ini sejak sekolah rendah darjah 4 iaitu sejak Piala Dunia 1982, cuma grafnya kadang-kadang terlalu tinggi kadang-kadang pertengahan tetapi tidak pernah jatuh pada tahap negatif.
'Daging masak merah' analogi buat pasukan berwarna merah, jika daging itu lembut dan kuahnya enak pasti disenangi ramai!

Cikgu Nizar,
Saya minati tahap utama dua pasukan dalam EPL iaitu Chelsea dan Liverpool, entah mengapa sejak dulu 'emosi' kepada Man U sentiasa negatif...?
Ya... banyak spekulasi itulah yang 'mewarnakan bahagia' dalam kancah bola sepak. Nampak benar juga tanpa gandingan Torres-Gerrard Liverpool bagai tiada pemangkin aktif.

Pak Cu,
Man U diakui bijak dalam strategi serta pandai dalam percaturan yang kena pada masanya, namun pabila Man U bertemu pasukan yang sama tahap strateginya maka nasib akan menyebelahi sama Man U atau pasukan lawannya... lihat saja akhir Champions League lawan Barcelona yang lalu...
Liverpool tidaka boleh kalah lagi selepas ini, jika kalah maka En. Rafa akan balik ke Sepanyol melatih Real Madrid...?
'Daging masak merah' ramuan En. Rafa kurang menjadi agak turun-naik perasanya sejak 10 perlawanan terakhir ini... diakui ini masalahnya...