Maka lengkaplah kuota pasukan Zon Eropah yang layak ke Piala Dunia 2010 nanti setelah selesai perlawanan sengit 'play-off'. Portugal mara menewaskan Bosnia 1-0 (agregat 2-0), Slovenia layak setelah menewaskan Rusia 1-0 (agregat 2-2: menang gol di tempat lawan), Greece layak menumpaskan Ukraine 1-0 (agregat 1-0), dan Perancis agak cemas terpaksa menunggu masa tambahan dengan Republik Ireland seri 1-1 (agregat 2-1).
Diri ini sempat menyaksikan perlawanan Rusia menentang Slovenia dan Portugal lawan Bosnia secara langsung Astro 811 dan Astro 816 pagi tadi iaitu bermula pukul 3.45 pagi - 5.40 pagi. Slovenia cukup agresif menyerang dan mengekang pemain Rusia, namun kelibat pemain pujaan dan kebanggaan Arsenal iaitu Arshavin tidak mencemaskan dan longlai dalam perlawanan tersebut. 2 pemain Rusia dikenakan kad merah, Rusia bermain 'bergaya' semacam pasukan hebat namun pabila ketinggalan 1-0 mulalah agresif menyerang - kasihan Guus Hiddink jurulatih pasukan Rusia yang sempat separuh musim dalam EPL (musim lepas) membimbing Chelsea.
Manakala pasukan Portugal tetap dengan 'penyakit' lama memandangkan ramai pemain ternama dan punyai bintang bermain 'bergaya dan tunjuk lagak individu' ketika menentang Bosnia. Ronaldo masih cedera, tidak bermain; jika Ronaldo ada mungkin lebih banyak skil individu yang ditonjolkan dalam pasukan Portugal ini! Bosnia lebih menyengat dalam 60 minit perlawanan namun kekuatan pengalaman pemain Portugal menafikan gol buat Bosnia.
Perancis sebenarnya cemas serta hampir tidak ke Piala Dunia 2010 pabila dalam perlawanan penuh 90 minit Perancis ketinggalan 0-1 kepada Republik Ireland. Namun mengikut peraturan perlu tambahan masa 30 minit kerana agregat ketika itu 1-1 (Perancis menang 1-0 ke atas Republik Ireland di Dublin), akhirnya William Gallas (bekas pemain Chelsea yang kini bermain untuk Arsenal) menyumbat gol penyamaan dalam masa tambahan. Layaklah Perancis dengan agregat 2-1.
1 ulasan:
Kesian Guus Hiddink. Rekod sempurnanya akhirnya tercalar. Russia over-confident sebenarnya.
Bagi saya, Bosnia sangat tidak bernasib baik, sebab terkena tiang dan palang sebanyak 3 kali dalam perlawanan pertama. Juga Rep. Ireland yang bermain mantap secara berpasukan. Portugal bukan main bagus pun.
Apapun, FIFA memang tak patut (tak masuk akal) tiba-tiba adakan "seeded" mengikut ranking terkini FIFA sebelum undian play-off dijalankan. Mereka memang jelas nak selamatkan Perancis, Portugal dan Russia daripada bertemu sesama sendiri.
Catat Ulasan