Isnin, November 09, 2009

MAN U TETAP 'MENANG'...

Foto kutipan dalam web uefa.com.

Diri ini bergegas pulang pukul 12.00 tengah malam bersama dua anak lelaki dari Stadium Bandaraya MBJB setelah selesai pengumuman pemenang Pertandingan Zapin Negeri Johor 2009 kerana tidak mahu lepaskan peluang menyaksikan perlawanan dua pasukan teratas EPL antara Chelsea menentang Man U di Stamford Bridge. Sampai rumah dalam pukul 12.30 tengah malam, perlawanan sudah berlangsung 35 minit namun masih 0-0 sehingga waktu rehat.
Man U akhirnya tewas 0-1 kepada Chelsea hasil gol tandukan John Terry (foto di atas) pada minit ke-76, pemain Man U membantah kononnya bola terkena kaki Drogba yang dalam kedudukan 'off-side', namun jelas bola tandukan Terry itu bersih tanpa terkena kaki Drogba. Maka mengasaklah lebih agresif pemain Man U untuk menjaringkan gol penyamaan, masa kecederaan 5 minit tetap diberikan oleh pengadil (sudah sinonim masa kecederaan 5-6 minit diberikan 'khas' kepada Man U) tetapi akhirnya keputusan berkesudahan Chelsea unggul menewaskan Man U 1-0.
Man U semalam sebenarnya 'menang', menang kerana 'bising dan riuh' terutama Fletcher, Evans, Anderson, Giggs, dan Carrick (tetapi kenapa tidak Rooney?) membantah banyak keputusan dan tindakan pengadil terutamanya dalam permainan separuh masa kedua. Selain itu, ada riak terjahan dan permainan kasar dipamerkan oleh pemain Man U antaranya oleh Evans dan Carrick (semalam Vidic tidak bermain). Kebanyakan pemain Man U semalam 'bengkeng dan bengis' tidak tentu pasal kecuali Rooney.
Satu pujian buat Rooney kerana tenang dan profesional kerana sebelum ini beliaulah dalang utama 'kebengisan' dalam pasukan Man U.
TAHNIAH CHELSEA KERANA MENGURANGKAN LAGI JURANG EGO PASUKAN TERKAYA DAN TERSOHOR DI DUNIA INI!

4 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam Tuan RAR,
Begitulah yang terjadi. Man U tunduk kepada Chelsea lewat pagi tadi (waktu M'sia). Selain menyaksikan aksi 22 pemain di atas padang, saya sebenarnya lebih melihat kepada aksi pengadil (agak2 mengapa ya....?).

rafa berkata...

saya harap seri.
menang pula chelsea.

pemain chelsea pun apa kurangnya, tuan Rar. sejak zaman mourinho mereka suka mengerumuni pengadil dan pandai membuat provokasi. makar portugis jose sudah meresap ke dalam pemikiran mereka hingga kini. ah, tentu tuan ingat lagi suku akhir Piala Dunia 2006 antara Belanda dan Portugis. Main bola cuma 60 minit, selebihnya prittt, free-kick dan provokasi.

Terutamanya carvalho. CRonaldo dulu pun sekapal la nampaknya. Drogba dan Ballack pun serupa.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Nizar,
Agak-agaknya... pengadil cuba tambahkan lagi masa kecederaan bagi membolehkan Man U jaring gol lalu seri atau menang kot?
Saya ini peminat Chelsea 'The Blues' sejak zaman Zola, Wise, Gullit, Vialli, dan ramai lagi; pastinya sentimen itu kuat... Hehehe...

Tuan Rafa,
1. Cuba mengenali tuan tetapi bila klik pada 'rafa' keluarnya laman web Liverpool, kenapa ya? Sesuatu yang harus belajar ni...
2. Memang diakui pemain Chelsea pun suka kerumuni pengadil sejak zaman Maurinho, watak Carvalho itu diakui juga bagi menyaingi watak yang sama dalam pasukan lain.
3. Ingat tu ketika suku akhir Piala Dunia 2006, lakonan seiring kisah benar ditambah provokasi sukar untuk dimengerti kadang kalanya... ini dinamakan juga psikologi. Ya... psikologi dan provokasi harus kuat, jangan jadi macam Man City, sudah mendahului tetapi akhirnya seri dan tewas!
4. Tuan Rafa rasalah... bolehkah Portugal melangkah ke Piala Dunia 2010 nanti?
5. Apa-apapun pasukan 'Big Four EPL' punyai nilai provokasi dan psikologi yang tinggi mutunya, setuju tak Tuan Rafa?
Hehehe...

pakcu berkata...

asal sebut angkuh/ego mesti Man.U, aduh, kasihan MU. Sungguh tidak adil :) chelsea di zaman mourinho ( si celupar dan sentiasa takbur itu ) tidak pula di cop ye.Argh,bias..:)

provokasi ke atas pengadil ( kerumun ) mana2 pasukan pun. mana ada pasukan yg berpuas hati jika dikasari ataupun merasakan keputusan tidak adil. Pasti mereka akan serbu ref. tak percaya tanya rafa hehehe..

mr.carsley dr kelab birmingham pun serbu ref setelah merasakan ref silap memberikan penalty walhal bulu betis ngog pun tak tersentuh kaki carsley :) ( ngog perlu byk belajar drpd ronaldo hahaha )

tentang result, no komplen. dah x gol, dah kalah, MU fans terima aje. Musim masih pjg. 5 points its not a big gap. We'll fight till the end. Buat KOP, maybe bleh tumpu pd FA Cup kot ? hehehe