Khamis, November 26, 2009

NASI KUKUS - NASI GULAI KAWAH - NASI BERLAUK: BERAT BADAN BERTAMBAH...!

Contoh foto Nasi Kukus - ini Nasi Kukus yang terhidang di hotel yang nampaknya agak mewah hidangannya...


Berada di negeri Kelantan atas urusan rasmi serta bersambung cuti pasti tidak melepaskan peluang untuk menjamah pelbagai jenis masakan dan makanan. Bermula 21 November hingga hari ini (Khamis) makan bertambah kerana selera cukup 'mengghairahkan', ya... makanan dan masakan Kelatan agak sukar diperoleh di Johor, jika dapat sekalipun rasanya kurang enak berbanding menikmatinya di negeri Kelantan sendiri. Sama juga Nasi Kandar di Pulau Pinang tidak sama rasanya di negeri Johor.
Makan NASI KUKUS - NASI GULAI KAWAH - NASI BERLAUK merupakan pilihan utama sepanjang hari bermula awal pagi sehingga malam. Pastinya NASI KUKUS cukup popular dan menyelerakan buat masa kini kerana ayam goreng berempah bersama kuah, sedikit sayur dan sambal pedasnya. Orang ramai beratur panjang di kedai yang terkenal dalam hal masakan NASI KUKUS ini! Jangan dilupa NASI GULAI KAWAH yang cukup menggiurkan hingga tambah nasi sampai tiga kali! Selain tiga jenis nasi tersebut, pelbagai jenis kuih juga dimakan dengan jumlah yang banyak.
Kesan keghairahan makan makanan tersebut sejak 6 hari berturut-turut maka berat badan terasa naik mendadak! Setakat tinjauan rambang masakan asam pedas Johor dan Melaka tiada di Kelantan, namun pabila berada di Kelantan ini maka masakan Kelantan menjadi 'ketagihan' yang sukar dikawal...?
Mungkinkah kerana hal makanan maka suatu hari nanti akan menabur khidmat di Kota Bharu, Kelantan @ DBPWT?

5 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusd,
Bunyinya macam nak minta tukar ke DBP Wilyah Timur. Takkan macam tu. Orang Johor/Selatan masih perlukan tenaga dan khidmat tuan.

sahrunizam abdul talib berkata...

Salam idul adha buat tuan sekeluarga. Agaknya hidangan nasi apa pulak raya ni ya?

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
"Mungkinkah kerana hal makanan maka suatu hari nanti akan menabur khidmat di Kota Bharu, Kelantan @ DBPWT?"
Isyy...lain macam je bunyinya! Walaupun nasi kukus, nasi gulai kawah, dan nasi berlauk Kelantan dan Terengganu itu enak banget, mana nak sama dengan nasi beriani gam, asam pedas Parit Jawa, dan nasi ayam penyet yang kat Johor!

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Di sebalik "nikmat dan lazatnya" makan di negeri pantai timur itu, mungkin ada maksud lain yang tersirat. Hehehe.. Barangkali hembusan bayu timur lebih menyamankan. Kami di Johor ni masih sangat2 memerlukan orang seperti RAR. Isk...rasa macam nak nyanyi lagu P.Ramlee; "Di mana 'kan kucari ganti"... Sedihnya...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tn. Hj. Shapiai,
Selaku orang pertama yang menghuni DBPWS bermula Mei 2001, makanya kini sudah 8 tahun 6 bulan berkhidmat di DBPWS. Buat masa ini tiada apa maksud dalam tulisan ini untuk 'segera' atau mohon untuk ke DBPWT kecuali jika diminta untuk ke sana. Diri ini tetap seperti biasa masih penuh sayang, cinta dan minat menabur khidmat di Johor dan Melaka.

Cikgu Sahrunizam,
Terima kasih atas ucapan dan ingatan. Saya korban dan akikah sekali kali ini, makanya makan nasi berlaukan daging segar pelbagai jenis tiga hari berturut-turut.

Cikgu Azhar @ Sifuku,
Tarikan makanan mungkin boleh dijadikan alasan remeh untuk tinggalkan DBPWS...!!?? tetapi buat masa kini tiada apa-apa faktor penarik dan penolak untuk berhijrah ke mana sekalipun. Masih tetap setia dengan DBPWS apatah lagi luas dan banyak juga bergantung kepada Sifuku ini dalam hal menggerakkan program sastera selama di sini.
SELAGI BELUM TERBIT ANTOLOGI PERIBADI KARYA SIFUKU MAKANYA DIRI INI TETAP DI SINI... (provokasi tu...) Hehehe...

Cikgu Nizar,
Tiada maksud tersirat cuma nafsu makan kadang-kadang boleh membuatkan insan 'lupa diri dan lupa kesihatan'... Hehehe...
Saya tetap juga di sini adanya serta amat berterima kasih atas sokongan semua.