Berakhirnya bulan Oktober 2009 maka lengkaplah sudah pelaksanaan program khas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009 untuk negeri Johor dan Melaka yang diri ini gerakkan. Cuma berkesempatan melaksanakan 7 program dalam konteks diri ini selaku pengurus programnya, secara keseluruhan sebanyak 13 program BBK 2009 Johor dan Melaka yang dilaksanakan oleh DBPWS. 7 program yang dilaksanakan oleh diri ini seperti di bawah:
1. Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Prauniversiti Negeri Johor, 30 September 2009, Hotel Good Hope, Skudai, Johor Bahru. Anjuran bersama SPRM Johor, DBPWS dan JPNJ.
2. Majlis Pelancaran BBK 2009 Negeri Melaka, 1 Oktober 2009, Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka. Anjuran bersama DBPWS, IKSEP dan Kerajaan Negeri Melaka.
3. Gema Puisi Patriotisme, 1 Oktober 2009, Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka. Anjuran bersama DBPWS, IKSEP dan Kerajaan Negeri Melaka.
4. Pementasan Monodrama ‘Rebab Berbisik’ dan Teater 15 Minit ‘Bidan Ketujuh’, 3 - 4 Oktober 2009, Panggung Seri, Taman Budaya Melaka, Ayer Keroh, Melaka. Anjuran bersama DBPWS dan JKKNNM dengan kerjasama IKSEP dan RTM Melaka.
5. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan, 4 - 8 Oktober 2009, Kukup, Pontian, Johor. Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia diselenggarakan oleh Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama DBPWS.

6. Sembang Bahasa dan Sastera Bersama Penulis KOMSAS, 8 Oktober 2009, SK Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor. Anjuran bersama PPJ, DBPWS dan PPD Pontian.
7. Pementasan Teater Negeri Johor ‘Srikandi Tanah Jauhar’, 23 - 24 Oktober 2009, Auditorium RTM Johor, Johor Bahru.Anjuran bersama DBPWS, Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru dengan kerjasama RTM Johor dan JKKNNJ.

Terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, yang giat serta aktif membantu dan bersama dalam menggerakkan program di atas. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pelaksanaan program ini merupakan kekurangan dan kelemahan diri ini, mohon maaf atas segala kelemahan yang ada. Jika ada kelebihan dalam program yang dilaksanakan, itu merupakan kekuatan anda semua yang membantu dan menyokong diri ini.
2 ulasan:
Salam RAR,
Syabas dan tahniah kerana BKK ini dapat berjalan dengan jayanya. Teruskan usaha untuk menyemarakkan perjuangan memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Apa gunanya kalau bahasa Melayu tercatat sebagai bahasa rasmi negara jika tiada usaha untuk memperkukuh dan memperkasakannya. Kalau program BKK diadakan pada tahun hadapan, singgah-singgahlah daerah Kluang. Hehehe. Boleh pekena kopi "Railway" atau Radix Fried Chicken (RFC)
Sdr RAR: Saya kembali datang membaca dan menjengah kerana Sdr meninggalkan jejak. Saya tetap datang lewat pintu-pintu yang lain.
Catat Ulasan