Khamis, November 19, 2009

AZHAR SALLEH DAN AKHBAR CINA

Azhar Salleh tekun dan ceria membimbing. (Akhbar Sin Chew Daily)


Penuh satu halaman berita dan foto kursus. (Akhbar Sin Chew Daily)

Berita dan foto kursus. (Akhbar Nanyang Siang Pau)

Kursus Penataran Bahasa Melayu Guru Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) diusahakan oleh Bahagian Pengembangan Bahasa dan Sastera Pelbagai Kaum DBP telah diadakan di Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru pada 16 - 17 November 2009. Kursus ini melibatkan seramai 30 guru bahasa Melayu SPMC di negeri Johor dan Melaka. Kursus ini mendapat liputan akhbar Cina iaitu Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau.
Akhbar Sin Chew Daily menyiarkan secara penuh satu halaman berita dan foto warna tentang kursus tersebut (seperti foto di atas) dalam akhbarnya semalam (18 November 2009) dalam ruangan Edisi Johor. Akhbar Nanyang Siang Pau juga menyiarkan berita dan foto tentang kursus dalam halaman 12 iaitu halaman nasional akhbar tersebut.
Cikgu Azhar Salleh, Munsyi Dewan DBP dijemput selaku penceramah dan pembimbing pada 17 November 2009 menyatakan kepada diri ini bahawa beliau cukup teruja atas pelibatan penuh minat dan komited dalam kursus ini walaupun beliau hanya berpeluang memberikan tunjuk ajar dan bimbingan satu hari sahaja. Beliau juga menyatakan bahawa cabaran besar yang berskala positif dalam membimbing para guru SPMC ini atas beberapa sebab dan perkara, hanya beliau dan diri ini mengetahuinya.
Tahniah Cikgu Azhar, foto termuat dalam dua akhbar berbahasa Cina walaupun berita yang dilaporkan tidak boleh dibaca, mungkin boleh dapatkan bantuan guru @ Munsyi Dewan DBP yang berbangsa Cina untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Foto Azhar Salleh ini juga pernah termuat dalam akhbar Singapura pada tahun 2007 yang berkait tentang 'pisang sejoli'; masih tersimpan dalam koleksi diri ini.

4 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Popular la Azhar Salleh selepas ini! Dah masuk akhbar Cina pulak! Dahlah pernah masuk akhbar Singapura dulu! Syukur ke hadrat Allah SWT atas kurnia-Nya. Apa-apapun, hamba berterima kasih kpd semua warga DBP dan DBPWS, khususnya kepada "coach" yang telah banyak membantu hamba sampai tahap Ultraman Tiga! Memang kursus kali ini mengujakan kerana peserta seperti kecewa apabila masa sudah menjengah pukul 4 petang! Mereka mempamerkan kualiti peserta kursus yang terbaik. Hamba melihat siaran berita dalam akhbar Cina ini akan membantu DBPWS untuk menggerakkan aktiviti bahasa dan sastera untuk kalangan mereka, yang sentiasa dahagakan ilmu. Apa kata, coach, kalau dibuat kursus penulisan puisi dan cerpen khas kepada Ah Kau dan Mei Ling pula?

Zaid Akhtar berkata...

salam.
Wah, hebat Bro Azhar! Juga RAR. Tahniah.
Tolonglah terjemahkan berita bahasa cina tu. :-)

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam en.rusdi. tahniah kanda azhar! tahniah en.rusdi!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,
Bantuan seadanya mampu yang hamba boleh berikan demi buat Tuan yang prolifik dalam bimbingan kursus sebegini. Hamba tetap diri hamba yang ada kini yang amat suka membantu sedaya mampu demi sekelumit bahasa dan sastera yang harus dikembangkan melalui peranan yang ada dalam diri hamba.

Cikgu Zaid,
Insya-Allah usaha terjemahan akan dibuat melalui Tuan Azhar nanti demi perkongsian maklumat bersama.

Sdra. Wahyu,
Tahniah besar selayaknya buat Tuan Azhar, buat diri ini cuma membantu sahaja sedaya mampu adanya, maka tahniah kecil cukup memadai... hehe...