Khamis, Disember 02, 2010

PIALA AFF SUZUKI 2010 DAN PIALA DUNIA 2018 - 2022

Brazil bersiap sedia selaku tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia 1950 tetapi tewas kepada Uruguay.

Piala AFF Suzuki - Penyakit Lama Malaysia Kembali...?
Kejohanan yang menampilkan 8 pasukan utama terbaik di Asia Tenggara sudah bermula semalam di Indonesia dan Vietnam. Malaysia dalam kumpulan bersama-sama Indonesia, Tahiland dan Laos. Semalam sempat menyaksikan secara penuh 94 minit Malaysia menentang Indonesia, Malaysia dahului 1-0 tapi seterusnya dibelasah 5-1. Tewasnya Malaysia atas status 'leka tahap besar' pemain pertahanan Malaysia khususnya pemain nombor 4. Dalam berita sukan Buletin Utama TV3 ada disebut "... penyakit lama kembali...?" yang bermaksud sikap dan tabiat pemain Malaysia yang mungkin sudah 'lupa diri dan leka' setelah memperoleh pujian besar atas kejayaan pingat emas dalam Sukan SEA yang lalu. Semalam juga sempat menonton perlawanan Thailand menentang Laos, menariknya juga pasukan Laos berjaya mengikat Thailand 2-2; Laos pasukan kerdil sejak 20-30 tahun lalu di rantau Asia Tenggara sudah mula meningkat naik. Sebentar tadi sempat lihat pasukan kerdil Filipina juga berjaya mengikat Singapura 1-1!


Undian Tuan Rumah Piala Dunia 2018 dan 2022
Menarik juga dapat ditonton melalui rangkaian Astro 813 tentang beberapa negara sedang sibuk membuat bidaan dan promosi di Zurich, Switzerland (di ibu pejabat FIFA) untuk dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022. Edisi tahun 2018 diperuntukan kepada negara di benua Eropah; England bersaing dengan Rusia, Sepanyol-Portugal dan Belanda-Belgium manakala edisi 2022 melibatkan benua Asia/Amerika Utara yang melibatkan bidaan negara Qatar, Korea Selatan, Jepun, Australia dan USA. Persembahan delegasi negara Qatar semalam menarik dengan sentuhan 'emosi' selain persediaan fizikal yang ada serta bakal dibuat. Nantikan keputusan negara yang bakal meraih tuan rumah untuk Piala Dunia 2018 dan 2022.

Tiada ulasan: