Jumaat, Disember 10, 2010

BERKUNJUNG SEBENTAR KE PESTA P. PINANG


Kawasan Tapak Pesta P. Pinang di Sungai Nibong.

Dari Langkawi terus segera ke P. Pinang; P. Pinang tetap indah dan menarik seperti kunjungan terakhir pada tahun 2009. Melalui Jambaan P. Pinang (yang kini sudah tiga lorong) sudah membuatkan hati ingin tinggal (selaku pelancong tempatan) selama 4-5 hari namun apakan daya JB tidak harus dilupakan sama sekali. Sampai di bahagian pulau sekitar pukul 5 petang.
Menginap di Bukit Jambul yang agak berdekatan dengan USM, kebetulan di USM kini sudah bermula kejohanan hoki terbuka, terlihat juga bas dari negeri lain sekitar kawasan penginapan di kawasan Bukit Jambul yang datang membawa pasukan hoki negeri masing-masing.
Malam ada agenda yang telah dirancang; bergegas dahulu makan nasi kandar yang istimewa di Bukit Jambul terus ke Pesta P. Pinang di Sungai Nibong. Kini sudah agak arif tentang jalan di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas, Bukit Jambul, Sungai Nibong dan kawasan sekitarnya (cuma belum menginap tetap sahaja di P. Pinang - jika sudah menginap tetap pasti dalam tempoh 1-2 bulan sudah arif jalan-jalan di kawasan pulau dan di kawasan tanah besar P. Pinang...).
Pengunjung ke Pesta P. Pinang tetap ramai walaupun dikenakan tiket bayaran masuk. Kawasan tapak pesta di Sungai Nibong bersebelahan dengan stesen bas ekspres. Barangan yang dijual agak murah juga mungkin kerana beberapa barangan yang dijual datang terus dari kilang yang berada di P. Pinang. Kawasan tapak pesta cukup luas dengan pelbagai gerai jualan dan pameran. Kesempatan hadir ke P. Pinang kali ini rasanya tidak kena pada tarikhnya kerana pada 18 Disember 2010 akan ada Konsert Gemuruh Double Trouble Search - Wings di Tapak Ekspo, Sebarang Jaya, P. Pinang...!
Baru semalam nikmati nasi kandar tetapi masih belum dapat nikmati pasembor, laksa Penang, jeruk dan lain-lain lagi makanan; makanya mungkin akan bergegas untuk nikmatinya kerana salah satu tujuan utama ke sini untuk 'makan-makan'. Belum lagi jalan-jalan sekitar pusat bandar di sekitar KOMTAR, belum lagi naik feri, belum lagi ke kawasan pantai Batu Feringgi dan Balik Pulau..! Apa-apapun P. Pinang tetap istimewa walaupun ada beberapa kesulitan yang dihadapi khususnya ketika cuti persekolahan kerana ramai pengunjung dan pelancong hadir ketika ini di P. Pinang ketika ini.

3 ulasan:

Azura berkata...

Entri ini mengingatkan saya ttg USM. Terasa rindu dgn makanan di sana. Selamat kembali bertugas...

Azhar Salleh berkata...

RAR,
Gua mohon maaf kerana masa tidak berapa nak kena ketika lu di PP. Tapi gua tahu yg lu dah cukup arif jln2 di PP. Walaupun pesta PP dah wujud sebelum gua wujud (kalau tak salah, sebab gua dah ke sana waktu kecik2 lagi), ttp memang kena pi pesta. bukan nak belanja sangat pun, tetapi tak tau pasai apa. dulu lagi seghonok pasai tiap2 malam ada konsert (biasanya band rock), ttp la ni konsert tak buat tiap2 mlm.

Azhar Salleh berkata...

char kuetiau satu...BERAPA DUIT?