Jumaat, Disember 31, 2010

MAMPU KE PIALA DUNIA...?

Kejayaan yang harus dibanggakan dan diraikan dalam peringkat negara-negara Asia Tenggara.

Kejayaan yang harus dibanggakan dan diraikan dalam peringkat negara-negara di seluruh dunia...

Majoriti rakyat Malaysia dan media massa masih hangat perkatakan tentang kejayaan skuad Malaysia meraih juara Piala AFF Suzuki (dahulu dikenali Piala Tiger tahun 1996-2004), kejayaan menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 cukup diraikan semua. Sewajarnya kejayaan ini diraikan dengan besar kerana skuad Malaysia kali ini pada tahap mutu yang hebat dan persiapan yang lengkap meliputi taktikal, stamina dan minda pemain. Dalam media massa melaporkan secara meluas, setiap rangkaian televisyen dan akhbar tersiar dan terpapar tentang kejayaan ini sehingga ada tajuk akhbar terpapar "Bola sepak mampu ke Piala Dunia".
Hajat dan hasrat untuk 'ke Piala Dunia' ini sememangnya wajar atas semangat dan upaya yang kini dalam skuad bola sepak negara. Harapan agar 'penyakit bola sepak Malaysia' tidak kembali atas pujian dan sanjungan amat luar biasa kini kepada pemain dan pengurusan skuad Malaysia yang meraih juara Piala AFF ini. Nampaknya kejayaan ini juga diraikan besar-besaran, ini tidak salah kerana wajar Malaysia menang atas dasar mutu permainan dan semangat yang ditonjolkan serta perjuangan kental selepas tewas perlawanan pertama peringkat kumpulan kepada Indonesia dengan jaringan 1-5.
Sebelum "... mampu ke Piala Dunia", harapan seterusnya agar skuad Malaysia dapat layak ke kejohanan yang lebih atas tahapnya iaitu Piala Asia dan Sukan Olimpik; atau Malaysia peroleh sesuatu pingat dalam Sukan Asia. Andaikanlah jika skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala Asia... ini sesuatu yang lebih hebat dan tahap kebanggaan yang luar biasa buat Malaysia; ya... pabila menang piala bertaraf Asia makanya liputan media yang lebih meluas sekurang-kurangnya seluruh negara dalam benua Asia. Makanya kini..., sasaran seterusnya bola sepak Malaysia harus tertumpu agar layak ke kejohanan Piala Asia dan Sukan Olimpik sebelum "... mampu ke Piala Dunia". Apa-apapun kejayaan skuad Malaysia dalam Piala AFF wajar dirayakan tapi biarlah bertahap seadanya dahulu...
Tahniah skuad K. Rajagobal yang penuh semangat dan bermain dengan bermutu serta punyai daya ketahanan yang membanggakan (kecuali ketika tewasnya Malaysia 1-5 kepada Indonesia kerana amat lemah pemain pertahanan yang ada ketika itu...).

Tiada ulasan: