Selasa, Disember 21, 2010

SOROTAN 2010 BERITA HARIAN - SASTERA

Pn. Nisah Haron - pembentang yang sarat dan kukuh ilmu tentang hak cipta.

Tuan S.M. Zakir - pembentangannya membuka mata dan minda tentang beberapa hal halangan dalam pengurusan hak cipta antara penulis dan penerbit...!
Tulisan dan kupasan Nazmi Yaakub dalam ruangan Rencana akhbar Berita Harian hari ini berjudul 'Pergolakan Dunia Sastera dan Persuratan Melayu' (21 Disember 2010 - halaman 20-21) ada sesuatu yang menarik perhatian secara peribadi. Nazmi Yaakub menulis dan mengupas hal-hal perkembangan dan pergolakan sastera tanah air tahun 2010 dalam ruang yang terhad secara terpilih; mungkin bagi Nazmi Yaakub paparan terpilih tentang hal-hal perkembangan dan pergolakan sastera tanah air 2010 ini ada impak segera dan ada impak yang mendatang...?
Antara sebahagian peristiwa, isu dan program yang terpapar dalam tulisannya termasuklah tentang Pemilihan Ketua 1 GAPENA dan PENA, program Hari Pejuang Bahasa 152, Siri Dialog Orang Muda PENA, pertemuan muhibbah BH - GAPENA - PENA, dan penarikan buku novel KOMSAS berjudul 'Interlok'.
Namun begitu ada catatan tulisan beliau iaitu tentang program bersama PPJ - DBPWS yang kecil sahaja sifatnya tetapi mungkin membawa impak besar pada masa hadapan iaitu program Kolokium Hak Cipta Penulis yang berlangsung pada 7 November 2010 di Pagoh, Muar, Johor. Mengambil dan mengutip secara langsung dalam akhbar Berita harian catatan Nazmi Yaakub iaitu:

Isu dunia sastera ditutup dengan Kolokium Hak Cipta Penulis di Pagoh yang memberi sedikit harapan kepada pengarang mengenai kemelut hak cipta khususnya isu Komponen Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) apabila Pegawai Penyelaras Khas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Salihudin Rasul berjanji untuk mempertemukan wakil persatuan penulis dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelesaikan isu terbabit.

(Catatan kecil: Terima kasih buat Nazmi Yaakub atas masukkan maklumat tentang program kecil di Pagoh tersebut dalam sorotan tahun 2010; walaupun kecil namun diharap akan datang ada impak bermakna hasil kolokium tersebut bagi kepentingan semua penulis karya kreatif, ilmiah dan umum.)

Tiada ulasan: