Ahad, November 28, 2010

ASAM GARAM PENULIS...

Sesi sembang sambil menjamu selera.

Penyerahan buku antologi puisi 'Puncak Selatan' (PPJ-DBPWS) diserahkan oleh Cikgu Amiruddin Ali kepada Cikgu Rohaidah Yon.

Gegantung acara.

Berbanyak terima kasih buat Cikgu Rohaidah Yon atas usaha gigih dan tekun mengadakan program santai secara tidak rasmi yang berjudul 'Sembang Sastera: Asam Garam Penulis'. Idea asal (secara gurau-gurau sahaja...) Cikgu Azhar Salleh sebulan yang lalu cuma ingin berkunjung mesra ke Parit Raja, Batu Pahat tetapi lain jadinya pabila Cikgu Rohaidah ingin menjemput seramai sekitar 30-40 orang penulis dan penggiat sastera khususnya dalam kalangan PPJ lalu terus menetapkan tarikhnya pada 28 November 2010. Cikgu Azhar, Cikgu Amiruddin, Cikgu Nizar Parman, Cikgu Mohd Rosli Bakir, Pn. Rahimah Muda serta ramai lagi ahli dan AJK PPJ turut serta dalam program ini; khabarnya seramai 30-40 orang yang hadir.
Apa-apapun seribu penghargaan terima kasih buat Cikgu Rohaidah Yon atas usaha gigih ini yang secara tidak rasminya merapatkan silaturahim dalam kalangan penulis dan penggiat sastera. Acara santai ini meninggalkan salah satu kenangan yang berkekalan.

1 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

RAR,
Saya berasa amat gembira dengan kehadiran RARAS (WARAS)... Mudah-mudah AGP akan terus berlangsung pada masa-masa yang akan datang walaupun tidak semeriah ABPBH... Namun kesannya amat mendalam walaupun dalam pertemuan yang sesingkat itu.