Selasa, Disember 28, 2010

PENUTUP PROGRAM PPJ-DBPWS TAHUN 2010

Empat penulis prolifik negeri Johor dalam kalangan golongan muda; segak dan tampan dalam gaya yang bermutu tinggi...!

Tiga penulis prolifik lelaki Johor bersama-sama menikmati makan malam dengan penulis unggul novel negeri Johor (Rahimah Muda).

Sebahagian penulis dan penggiat sastera, bahasa dan persuratan negeri Johor bergambar kenangan selepas program Bicara Editor.

Gagasan dan idea Ketua 1 PPJ (berdiri) bersama-sama AJK PPJ yang terus bercambah dan bersemangat untuk tahun 2011.

Pada 25 - 26 Disember 2010 menghadiri 3 program di Kota Tinggi, Johor; program yang pastinya melibatkan para penulis dan penggiat sastera, bahasa dan persuratan negeri Johor. Ramai penulis prolifik Johor (golongan muda dan lama) dan penggiat tegar dan utama PPJ hadir dalam tiga program ini antaranya golongan muda yang bergaya serta prolifik dalam berkarya iaitu Azhar Salleh, WB Rendra, Md. Nizar Parman, Zulfazlan Jumrah dan MF Kencana (Fairuz Padoli). Maklumat ringkas program tersebut seperti maklumat di bawah.
i. Bicara Editor: 25 Disember 2010 - 8.30 malam - Restoran D' Bagus
Program ini merupakan anjuran bersama PPJ dan DBPWS dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ). Program ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh YB Hjh Asiah Md. Ariff, Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap Yang Dipertua MKNJ. YB Hjh Asiah Md. Ariff turut melancarkan buku antologi puisi terbitan PPJ berjudul "Suara 1 Malaysia". Dua ahli panel iaitu Pn. Rozninah Abd. Azib, Editor Kanan Bahagian Majalah DBP merangkap Editor Majalah Dewan Sastera (anak jati kelahiran Kota Tinggi) dan En. Wahyu Budiwa Rendra A. Wahid, Editor YWJ Citra dijemput untuk berbicara soal editorial dan pengalaman masing-masing dalam bidang ini.
ii. Wacana Nakhoda Organisasi Bahasa dan Sastera: 26 Disember 2010 - 8.30 pagi - Hotel Rest Inn
Program anjuran PPJ dengan kerjasama DBPWS telah menampilkan dua ahli panel iaitu Tn. Hj. Ismail Zamzam, Timbalan Pengarah YWJ merangkap penggiat unggul PPJ sejak lewat tahun 1960-an dan Tn. Hj. Ahmad Daud, AJK PPJ merangkap wartawan sambilan Berita Harian/Harian Metro negeri Johor. Hj. Ismail Zamzam banyak menceritakan kembali suka duka dalam perjuangan PPJ khususnya ketika awal penubuhan PPJ dahulu, khabarnya beliau menjawat Ketua 1 PPJ ketika usia muda 26 tahun.
iii. Mesyuarat Agung Tahunan PPJ ke-33: 26 Disember 2010 - 11.30 pagi - Hotel Rest Inn
Mesyuarat yang melibatkan para AJK dan ahli PPJ ini dirasmikan oleh YB Datuk Harun Abdullah, ADUN Tanjung Surat merangkap AJK MMKNJ. Beberapa anugerah diberikan kepada ahli/AJK PPJ dalam mesyuarat ini atas komitmen dan kesungguhan dalam aktiviti dan perjuangan PPJ antaranya termasuklah Anugerah Penyair Johor, Anugerah Penulis Johor dan Anugerah Bakti PPJ juga penyerahan Sijil Khas kepada ahli seumur hidup PPJ.

2 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

RAR,
Walaupun gua agak keletihan hari itu lantaran omeganya, namun kugagahkan diri ke sana kerana dalam khalayak itulah azhar salleh bermula...dan gua terlalu ingin kembali mengangkat pena bersama-sama karyawan muda johor yang kebanyakannya dimulakan langkahnya oleh RAR dan DBPWS...!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu,
RAR masih kukuh berpegang konsep atas nama 'minat - cinta - sayang' dalam hal-hal tanggungjawab hakiki namun RAR ada jelaskan kepada AS bahawa ada sepicing calar dalam hati tapi RAR tetap begini; apa-apapun selagi RAR dikelilingi insan-insan hebat seperti AS dan ramai lagi insan dalam PPJ maka RAR terus kukuh atas nama 'minat - cinta - sayang'.