Jumaat, Disember 17, 2010

KUNJUNGAN KE PASAR CHOWRASTA...

Hadapan Pasar Chowrasta.

Papan tanda Jalan Chowrasta.

Foto dirakam dari menara Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak (arah selatan) ketika berhenti rehat dalam perjalanan pulang.

Tiga hari berada di P. Pinang sempat juga berkunjung ke kawasan Jalan Penang atau lebih tepatnya sekitar Pasar Chowrasta yang banyak menjual pelbagai jenis jeruk termasuk yang popular jeruk buah pala. Sayangnya kunjungan ke pasar itu hanya sebentar sempat menjenguk ke bahagian atas pasar iaitu tempat menjual buku-buku dan majalah-majalah lama, tidak sempat membeli buku di situ (walaupun sebuah buku) kerana ahli rombongan (2 keluarga) lain sudah mahu bergerak ke tempat lain. Kebetulan hari berkenaan agak sesak kenderaan di kawasan pusat bandar kerana ada dua jalan utama sekitar Padang Kota Lama dan kawasan hadapan Jeti Feri ditutup kerana ada acara / sambutan yang diadakan pada hari tersebut. Hajat membawa ahli rombongan (2 keluarga) ke Bukit Bendera terhalang kerana kawasan berkenaan kini sedang dalam pembaikan dan naik taraf kemudahannya.
Sememangnya P. Pinang menarik hati ini untuk terus dikunjung dan dikenali (apatah lagi soal enaknya pelbagai jenis makanan khusus berasaskan kari); mungkinkah kunjungan yang berikutnya akan lebih bermakna atau mungkinkah hanya berkesempatan melakukan kunjungan berikutnya setelah jambatan kedua P. Pinang siap sepenuhnya... namun sejak 2-3 kali berkunjung di P. Pinang dalam tempoh 2-3 tahun belakangan ini sudah dapat menghafal beberapa jalan utama di sekitar Bukit Jambul / Bayan Baru / Sungai Nibong dan sekitar bandar Georgetown. Kini... jalan sekitar tanah besar (Seberang Prai / Seberang Jaya / Juru dan kawasan sewaktunya) akan menjadi sasaran untuk dihafal dan dikenali dengan lebih akrab...

Tiada ulasan: