Treler membawa kelengkapan konsert Search di Johor Bahru pada 9 Mei 2009.
Ahad, Februari 28, 2010
SANTAI: MENTARI MERAH DI UFUK BARAT
Treler membawa kelengkapan konsert Search di Johor Bahru pada 9 Mei 2009.
TUNKU MAHKOTA JOHOR DAN BOLA SEPAK - 2
Bersambung... edisi ke-3...
Sabtu, Februari 27, 2010
2 KAD MERAH - BERMAIN 9 ORANG: TEWAS 2 - 4
1. 2 kad merah buat 2 B Chelsea iaitu Belletti dan Ballack lalu tewasnya Chelsea kepada Man City sekejap tadi, 2 gol Man City jaringan Tevez dan Bellamy merupakan gol mudah kesilapan Hilario (pengganti Petr Cech) - kecewa sungguh rasa...
Khamis, Februari 25, 2010
EMOSI: BENCI TAPI SAYANG
Selasa, Februari 23, 2010
KUTIPAN: 'KENYATAAN SEPARUH BETUL'
PADA Seminar Pengarang dan Kepengarangan Johor, Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Shamsudin Othman, membelasah pengarang wanita negeri kelahirannya itu tidak menonjol dalam genre puisi ekoran ketandusan idea serta bahasa di samping dikongkong gaya pengucapan. Justeru, mereka dicabar agar keluar daripada tradisi takut dan makan hati ketika menampilkan idealisme agar pemikiran dapat diungkap pada peringkat antarabangsa serta memungkinkan mereka mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan. Ikuti wawancara Rashiqah Ilmi Abd Rahim dan Nurul Farina Nazlan dengan beberapa pengarang Johor berhubung perkara ini.
Amiruddin Ali Hanafiah, Ketua Satu Persatuan Penulis
"Jumlah pengarang genre puisi wanita Johor sudah jelas menunjukkan bahawa mereka masih ketandusan karya kerana kebanyakannya tidak konsisten dalam berkarya. “Justeru, saya berharap mereka bersedia untuk melakukan anjakan pemikiran melalui penghasilan karya secara berterusan demi mengubah persepsi negatif masyarakat, sekali gus membuktikan bahawa mereka mampu menghasilkan karya setanding pengarang lelaki"
Dr Mawar Shafei, Ketua Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM
"Saya menganggap kenyataan bahawa penyair wanita Johor kurang menyerlah sebagai kurang relevan kerana kebanyakan daripadanya sudah membuktikan bahawa mereka berkarya dengan baik seperti dibuktikan Samsina Abd Rahman, Rahimah Muda, Ruzaini Yahya dan ramai lagi. “Walaupun ada sesetengah pihak memandang serong terhadap senario penulisan puisi di Johor, saya yakin mereka turut memberi sumbangan besar dalam genre puisi. Pandangan negatif perlu dikikis kerana perkara paling penting ialah mengembangkan genre puisi kepada masyarakat umum"
WB Rendra A Wahid, Pengarang Lelaki Johor
"Kenyataan ini sedikit sebanyak ada benarnya kerana Johor ketandusan penyair pelapis wanita untuk menggantikan penyair wanita mapan seperti Khadijah Hashim, Zaharah Nawawi, Anis (Amida Abdul Hamid) dan Anismas AR, meskipun Johor ada beberapa nama yang masih tekal menulis dalam pelbagai genre seperti Hasidah Disan, Rohaidah Yon, Rahimah Muda, Ruzaini Yahya, Tiras R dan Saadiah Ibrahim. “Senario masa kini berbeza dengan satu ketika dulu apabila Saadiah Ibrahim mengungguli Hadiah Sastera Darul Takzim (HSDT) pada 1996 dan 2001, manakala Hasidah Disan (1996), Aminah Mokhtar HSDT (1999, 2001) dan puisi mereka diterbitkan dalam antologi Manggar-manggar Kemerdekaan (YWJ, 2007) dan Suara Ledang (PPJ, 2009)"
Hasidah Disan, Pengarang Wanita Johor
"Johor tidak mempunyai ramai generasi pelapis dalam dunia penulisan kreatif dan berkemungkinan penulis sedia ada sibuk dengan urusan peribadi dan keluarga sehingga mengehadkan kegiatan mereka dalam dunia penulisan. “Selain itu, kurangnya publisiti dari media menyebabkan kami kurang menyerlah dan saya sendiri sudah kembali menulis selepas berehat beberapa tahun. Malangnya, sukar untuk mendapat perhatian media kerana mungkin editor sekarang susah menerima gaya penulis lama"
Sabtu, Februari 20, 2010
TUNKU MAHKOTA JOHOR DAN BOLA SEPAK
Petang tadi (Sabtu - 20 Februari 2010 - sekitar pukul 4 hingga 5 petang) tanpa dirancang dan tanpa disengajakan telah melalui jalan sekitar padang Dataran MBJB ketika sedang bersiar-siar sekitar bandar raya Johor Bahru. Terlihat banyak kereta di tepi padang Dataran MBJB ini, ya... ada perlawanan bola sepak di situ lalu berhenti ingin menjenguk-jenguk cuma serta berhajat ingin menonton sekejap sahaja, rupa-rupanya ada satu perlawanan bola sepak yang boleh dikategorikan 'istimewa dan khas'. Istimewa dan khas kerana perlawanan bola sepak ini melibatkan seorang pemain iaitu Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Khamis, Februari 18, 2010
PERLAWANAN KLASIK ITALI - BRAZIL: PIALA DUNIA 1982
Baru sekejap tadi (9 - 9.30 malam) saksikan rancangan khas menjelang Piala Dunia 2010 iaitu 'Four Four Two' (rangkaian Astro 811). Rancangan khas 'Four Four Two' yang berkisar serta tumpuannya tentang pasukan yang layak ke Piala Dunia 2010 mula ke udara dalam rangkaian Astro 811 ini sejak 5 - 6 minggu lalu iaitu setiap hari Khamis pukul 9 - 9.30 malam.
Rabu, Februari 17, 2010
CUTI TAHUN BAHARU CINA 3: HARI PEJUANG BAHASA 152
CUTI TAHUN BAHARU CINA 2: BERKUNJUNG KE TUGU NEGARA DAN PUTRAJAYA
Kawasan hadapan persekitaran Tugu Negara.
Pemandangan Tasik Putrajaya (foto dirakam dari tepi Masjid Putrajaya).
Selasa, Februari 16, 2010
CUTI TAHUN BAHARU CINA 1: MENYUSUR SUNGAI MELAKA
Selesai urusan rasmi di Sungai Rambai, Melaka maka ada kelapangan masa untuk menyusur Sungai Melaka. Terus terang dinyatakan bahawa tarikan pelancongan iaitu menysur Sungai Melaka ini telah lama wujud pada tahun 2008 lagi. Walaupun setiap bulan ke Melaka (1-2 kali sebulan atas urusan rasmi) namun tidak pernah berkesempatan untuk merasai suasana menyusur Sungai Melaka ini. Kesempatan kali ini tidak dilepaskan peluang lagi maka pukul 6 petang menaiki bot di pengkalan Taman Rempah Melaka untuk menyusur Sungai Melaka ini, indah serta menikmati pengalaman baharu di negeri Melaka ini walaupun suhu cuaca panas terik sekitar 34-35 darjah celcius. Sempat merakam hampir 30 foto sepanjang menyusur Sungai Melaka ini yang memakan masa selama 40 minit (pergi - balik). Beberapa foto pilihan seperti di bawah:
Foto di atas: Pemandangan Dataran Sungai Melaka - Muzium Samudera.
Foto di atas: Pokok paya bakau menghiasi Sungai Melaka.
Foto di atas: Lewat petang yang indah di Sungai Melaka.
Foto di atas: Menyusur Kampung Mortem di tepi Sungai Melaka.
KUTIPAN: SEMINAR PENGARANG DAN KEPENGARANGAN JOHOR
Justeru penyair Johor dicadangkan agar keluar daripada tradisi takut dan makan hati ketika menampilkan idealisme agar pemikiran dapat diungkapkan pada peringkat antarabangsa serta memungkinkan mereka mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan. Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Shamsudin Othman, mengandaikan kemungkinan penyair wanita Johor tidak menyerlah disebabkan kurangnya keberanian di kalangan mereka untuk melakukan rombakan nilai dalam kepenyairan mereka. “Mereka lebih selesa dengan status quo dan tidak berupaya mencari kelainan idea dan bahasa serta gaya pengucapan bergerak dalam lingkaran retorik dan tidak menjengah ke dalam sfera maknawi sehingga kurang sekali ditemukan pengucapan bersifat falsafah dan membangkitkan kesedaran rohaniah.
“Kelompok terbabit masih lagi takut untuk menyuarakan fenomenologi yang berlaku di sekeliling mereka sehingga masih berada di bawah tempurung yang penuh romantika dan melankolik serta tidak berani menyuarakan hal peperangan mahupun siasah kepimpinan yang bobrok,” katanya ketika membincangkan Penyair Johor: Gagasan dan Keupayaan yang Tersingkap pada seminar di Sekolah Agama Bandar, Kota Tinggi, baru-baru ini.
“Bagaimanapun masih ada penulis wanita yang menyumbangkan karya seperti Khadijah Hashim, Zaharah Nawawi, Samsina Abd Rahman (Anismas AR), Saadiah Ibrahim, Ruzaini Yahya, Rohaidah Yon dan Rahimah Muda, tetapi kehadiran mereka dilihat lebih cenderung ke arah penulisan prosa,” katanya pada sesi yang dipengerusikan Ahli Jawatankuasa PPJ, Mohd Kassim Mahmud pada seminar yang dirasmikan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang turut dihadiri Ketua 1 PPJ, Amiruddin Md Ali Hanafiah dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, Ishak Ismail. Bagi Shamsuddin selain daripada nama yang disenaraikan itu, muncul beberapa nama baru yang menjanjikan harapan sebagai penerus kelangsungan kepengarangan wanita Johor dalam bidang puisi, tetapi jumlahnya masih belum memberangsangkan dan mutunya masih sederhana.
Berbanyak terima kasih buat Mohd Nazmi Yaakub, Wartawan Sastera Berita Harian atas penyiaran berita ini yang tersebar ke seluruh negeri di Malaysia, apatah lagi sejak lewat Januari lalu hingga hari ini (dalam tempoh 3 minggu) sudah menyiarkan 4 berita @ liputan tentang kegiatan sastera yang ada kaitannya dengan DBPWS.
Khamis, Februari 11, 2010
KUTIPAN: ANUGERAH SASTERA NEGERI MELAKA
Melaka terus ampuh
Selain tiga negeri itu, anugerah dan hadiah yang mengiktiraf sumbangan kepengarangan, kepenyairan dan kesarjanaan dalam dunia sastera seolah-olah muncul sekali-sekala seperti yang menimpa beberapa negeri. Anugerah Sastera Negeri Kelantan, Anugerah Penulis Perak dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan, hanya tinggal nama kini, manakala Hadiah Sastera Pahang pula hanya menjengah khalayak sastera lewat kenyataan akhbar. Justeru, penganjur Anugerah Sastera Negeri Melaka 2009 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, baru-baru ini, seolah-olah mahu membuktikan ketekalan dan kesungguhan mengiktiraf sumbangan pengarang kreatif dalam konteks pembangunan menyeluruh.
Hadir sama pada majlis itu, isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Zurina Kassim; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Anugerah Sastera Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz serta Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Datuk Mohd Said Yusof.
EPL: EDISI AWAL PAGI
Selasa, Februari 09, 2010
5 - 0: KEPUTUSAN YANG DIJANGKA
Isnin, Februari 08, 2010
KEJAR MENGEJAR TERUS RANCAK...
Ahad, Februari 07, 2010
RAJA LAWAK 4 - ANJXXG TERKELUAR JUGA...
Jumaat, Februari 05, 2010
WB RENDRA - MAZHAB CINTA - DOGMA - MONODRAMA
'Racau' lakonan Pak Ngah (Husin) memperoleh tempat kedua dalam Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007.
WB Rendra cintakan kebebasan W B Rendra, nama pena bagi Wahyu Budiwa Rendra A Wahid, anak jati kelahiran Johor Bharu. yang dilahirkan pada 17 September 1978 dan membesar di Felda Ulu Tebrau. Karya beliau mula mendapat perhatian akhbar arus perdana sejak 2002 selepas mengikuti bengkel Kelab Penulisan Zaharah Nawawi (Kepezi) dan berjaya menarik perhatian peminat sastera tanah air dalam masa singkat sehingga meraih Hadiah Puisi Pilihan pada Sayembara Puisi Johor 2004 (Tongkat Warant). Penulis berbakat besar dalam genre penulisan cerpen, sajak, pantun, wacana dan novel ini mendapat pendidikan awal di SRK LKTP Ulu Tebrau (1985-1990). kini meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Novel pertamanya, Di Sebalik Mentari Jingga (2007) diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), manakala antologi cerpen, Di Tengah Arus (2008) serta disusuli Mazhab Cinta yang memuatkan 1,001 persoalan cinta dalam kehidupan masyarakat sejagat. Selain menulis cerpen, penulis muda berjiwa patrotik ini, sudah menulis lebih 100 puisi yang mendapat tempat dalam majalah dan akhbar arus perdana negara ini skrip dramanya, Dogma, dipentaskan di DBP Wilayah Selatan pada 12 April 2007 serta menggarap Hadiah Khas Juri dalam Pertandingan Monodrama Negeri Johor (2007).
(Catatan sedikit pembetulan: ...dipentaskan di DBP Wilayah Selatan pada 21 April 2007)
Khamis, Februari 04, 2010
KUTIPAN: MALAM PUISI CITRA KOTA TINGGI
(Berita / Laporan di bawah dikutip langsung dalam Berita Harian Online - 4 Februari 2010: Terima kasih Sdra. Mohd Nazmi Yaakub atas siaran dalam akhbar Berita Harian - Ruangan Sastera hari ini.)
Malam Puisi Citra Kota Tinggi
Oleh Nazmi Yaakub
Kisah sejarah dan cerita masa kini dalam bahasa puitis
CITRA sejarah dan cerita masa kini Kota Tinggi diangkat dalam bahasa puitis dan diksi indah pada Malam Puisi Citra Kota Tinggi di Laman Tun Seri Lanang, Kota Tinggi, baru-baru ini, sekali gus membawa khalayak menyusuri sungai peradaban Melayu yang agung itu.
Malam baca puisi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ) itu, mengimbau sejarah luka yang mengakhiri Kesultanan Melayu Melaka dengan puisi kembara ke Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Makam Laksamana Bentan.
Kira-kira 200 penonton juga dilarikan nostalgia mereka untuk mengingati Sasterawan Negara (SN), Allahyarham Datuk (Dr) Usman Awang yang ‘tumbuh’ di Tanjung Sedili, selain kenangan pedih dirempuh banjir besar pada 2006 dan 2007.
Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor 2009, Samsul Wahab, pula menyeru kedamaian dan perpaduan di sebalik mimpi ngeri, fajar suram, tanah bergoncang dan badai menyerang melalui puisinya, Menyeru Damai di Halaman Sejarah.
Berbekalkan perlambangan alam di Tanjung Serindit, Tanjung Buai, Johor Lama, Punggai dan Sedili Besar, penyair Kota Tinggi itu mengibaratkan anak negerinya terpaksa berlindung daripada badai cabaran di pondok jeti tetapi tiang nibong pondok berkenaan dipanjat teritip curiga, atap nipah ditebuk sangsi wasangka dan lantai dibolosi bubuk dengki.
Kita pacakkan tiang baru dengan nibong kesetiakawanan
mengatapkannya dengan genting kejujuran
melantaikannya dengan marmar ketelusan
dan kita pun tenang bermesra dengan jingga senja
yang perlahan menidurkan dirinya di Kuala Layau.
Editor Pentas yang juga penyair, Rahimidin Zahari, sempat merakamkan kembara puitis lewat puisinya, Kota Tinggi yang menyelongkar makna sejarah yang tersembunyi di sebalik peristiwa Sultan Mahmud Shah II yang mangkat dijulang apabila ditikam Laksamana Bentan, Megat Seri Rama.
Senja ini lukisan air mataku
gugur di Kampung Makam
Sultan Mahmud mangkat dijulang
dan Bendahara Tun Habab
kususur ke Kampung Kelantan
singgah di makam Laksamana Bentan.
Mungkin merasakan malam baca puisi di kota yang tidak jauh daripada Tanjung Sedili tidak sempurna tanpa mengimbau Usman Awang, Johan Pertandingan Puisi Anti Dadah Peringkat Negeri Johor, Siti Nurulain Taham, mendeklamasikan puisi Tongkat Warrant karya A Hamid Jemain.
Tanjung Sedili bermula segala kisah
pejuang budaya yang tersohor
insan seni yang cukup halus budinya
memintal kisah menjadi temali puitis.
Malam baca puisi itu juga disimpulkan dengan baik oleh Ketua 1 PPJ, Amirudin Md Ali Hanafiah lewat diksi yang sederhana dalam puisi Di Pengerang, Aku Menangis, apabila menggambarkan pahit manis yang dikecap oleh warga Johor dalam sejarahnya.
Pengerang kucinta
Batu Putih kukenang
Kota Tinggi kusayang
Raja berdaulat kujulang.
Ketua 2 PPJ, Mohd Khairy Halimi pula, mengimbau banjir besar yang menenggelamkan Kota Tinggi apabila membacakan puisinya, Sebuah Kota Fantasi, sekali gus menyelongkar hikmah yang tersembunyi selepas banjir itu surut.
Mari kita tukar nama Kota Tinggi
menjadi sebuah kota fantasi
di sebalik ingatan daripada Ilahi.
Acara apresiasi puisi itu turut dijadikan pentas mencuba bakat deklamasi yang tersembunyi apabila Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Asiah Md Ariff turut membacakan puisi Sungaiku Sungai Johor karya Mohd Kassim Mahmud, manakala Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Zakaria Yusof pula tampil dengan puisi Sebuah Sumpah di Tanah Bertuah (Mohd Kassim).
Malam puisi itu turut dimeriahkan dengan deklamasi puisi oleh Shamsudin Othman, Shapiai Mohd Ramly, Mohd Taufek Mahmud, Baharuddin Wahab, Rahimah Muda dan Ruhaidah Yon, selain dendangan lagu puisi oleh Kopratasa dan Jafny Jaafar.
Rabu, Februari 03, 2010
'DARI BUMI FELDA KE KOTA METROPOLITAN' - DIALOG SASTERAWAN KOMSAS
Sejak 17 Januari 2010 sehingga 1 Februari 2010 telah terlaksana 6 program yang berkaitan sastera dan bahasa di Johor dan Melaka. Pada 1 Februari 2010 lalu program keenam terlaksana iaitu Dialog Sasterawan KOMSAS Daerah Kota Tinggi di SMK Tun Habab, Kota Tinggi yang merupakan anjuran bersama DBPWS, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi dan Panitia Bahasa Melayu Daerah dengan kerjasama PPJ. Program ini diselenggarakan oleh SMK Tun Habab melalui tenaga utamanya Cikgu Mohd Kasim Mahmud.
Selasa, Februari 02, 2010
SEMINAR KECIL-KECILAN - MELEPASI SASARAN...
Akhirnya terlaksana juga seminar kecil-kecilan iaitu Seminar Pengarang dan Kepengarangan Johor pada 31 Januari 2010 di Dewan Ad-Dhasuki, Sekolah Agama Bandar, Kota Tinggi, Johor. Seminar kecil-kecilan ini bermaksud peruntukan serta biayanya yang rendah / kecil (kesan pemotongan belanjawan), tempat yang kecil (hanya boleh memuatkan 200 orang dalam sesuatu masa), dan berlangsung hanya setengah hari sahaja. Seminar ini merupakan anjuran bersama DBPWS dan PPJ dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Jawatankuasa Penyelarasan Parlimen Tenggara dan Majlis Belia Daerah Kota Tinggi dihadiri seramai 210 orang termasuk pelajar UTM yang mengambil mata pelajaran Penulisan Kreatif UQP 1041 (seramai 190 orang yang mendaftar dalam borang kehadiran).