Ahad, November 22, 2009

PERJALANAN KE KOTA BAHRU - HUJAN DAN BANJIR

Melalui jalan yang dilintasi air banjir yang agak deras di jalan Kuala Krai menuju Kota Bharu (selepas bandar Kuala Krai) - foto dirakam dari dalam kereta sendiri.


Pemandangan arus air deras Sungai Kelantan dari sebuah hotel ternama di Kota Bharu yang terletak di pinggir Sungai Kelantan.

Selepas berada di Kuala Lumpur pada 20 November 2009 (Jumaat), maka pada 21 November 2009 (Sabtu) bertolaklah ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur melalui Bentong - Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai. Pemergian ke Kota Bharu kerana diundang pihak DBP Wilayah Timur (DBPWT) untuk menghadiri dua program iaitu Pertandingan Monodrama Adaptasi Cerpen (22 November 2009 - Ahad) dan Majlis Astaka Minta Bersama Sasterawan Negara Dato' Anwar Ridhwan (23 November 2009 - Isnin).

Hujan sepanjang perjalanan bermula dari Bentong sehingga ke Kota Bharu. Selepas melalui bandar Kuala Krai untuk menuju ke Kota Bharu kesesakan kenderaan di jalan raya tersebut terjadi, rupanya air sudah mula naik di sebatang anak sungai di situ (seperti foto di atas), arus air pantas melintasi jalan namun masih boleh dilalui kenderaan kecil tetapi harus berhati-hati. Ramai masyarakat di situ keluar menyaksikan perkara ini termasuk pihak keselamatan menjaga keadaan dengan lancar.

Sampai di Kota Bharu sudah awal malam, menginap di sebuah hotel yang betul-betul di pinggir Sungai Kelantan. Hotel ini telah dibantu awal tempahannya oleh kakitangan DBPWT. Arus air Sungai Kelantan deras serta sudah meninggi pada tahap berjaga-jaga (seperti foto di atas).

3 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Saya mendoakan semoga RAR selamat kembali ke selatan tanah air. Bertuahnya RAR dapat bertemu dengan SN ke-10.

Unknown berkata...

Salam Encik Md. Cara saya mengingati ejaan Kota Bharu adalah menerusi perkataan haru yang terdapat pada nama itu. Haru kerana selalu dipinggirkan atas dasar berlainan fahaman politik. Johor Bahru pula kerana perkataan bah yang beberapa tahun lepas menyaksikan JB dilanda banjir besar. Selepas tuan bercerita banjir di KB, formula saya jadi celaru. Tetapi mujurlah perkataan haru masih relevan. Doa saya semoga tuan selamat pergi dan selamat kembali. Wassalam.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Nizar,
Terima kasih atas doa dan tanda ingatan. Saya dua hari bertemu serta sempat berbual sedikit dengan SN Anwar Ridhwan di Kota Bharu.

Tuan Shamsudin,
Terima kasih lagi kerana berkunjung lalu titipkan komen dalam blog kerdil cuma ini.
Maaf, ejaan pada tajuk entri ini tersilap, sebenarnya KOTA BHARU. Ejaan BHARU (untuk Kota Bharu) dan BAHRU (untuk Johor Bahru) yang semacam jatuh hukum 'haram' untuk diperbetulkan oleh penguasa kerana alasannya sudah lama diwartakan rasmi sejak zaman sebelum merdeka katanya... tetapi kenapa nama TRENGGANU boleh ditukarkan kepada TERENGGANU walaupun TRENGGANU juga telah diwartakan rasmi dahulu sebelum merdeka?