Rabu, November 04, 2009

BICARA TENTANG FOTO ISTIMEWA HSDT VII

Foto asal yang mula tersiar dalam blog ini bertarikh 20 Julai 2009, foto ini boleh dilihat kembali dalam entri berjudul 'HSDT VII 2009 - Suatu Catatan Abadi' .

Foto yang sama tersiar dalam majalah Tunas Cipta - Ruangan Galeri Sastera (Oktober 2009) dan majalah Dewan Siswa - Ruangan Diari Siswa (November 2009).

1. Foto di atas dirakam khas ketika selesai majlis penyampaian Hadiah Sastera Darul Takzim (HSDT) VII 2009 pada 17 Julai 2009 di ruang pentas utama PERSADA Johor, Johor Bahru. Diri ini secara bersungguh-sungguh menarik 3 orang pemenang (mantan peserta Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Johor 2007) dan Cikgu Azhar Salleh untuk ke pentas bagi merakam hampir 8 - 10 foto di atas pentas itu. Ketika itu para hadirin mula meninggalkan Dewan Tanjung Puteri 303 untuk menuju ke dewan sebelah bagi menikmati jamuan. Foto ini sebenarnya milik rasmi DBPWS kerana menggunakan kamera rasmi DBPWS!

2. Secara peribadi diri ini memang sudah rancang khas untuk rakaman foto yang melibatkan tiga orang penulis muda yang memenangi kategori karya bawah 19 tahun dalam HSDT VII ini bersama Cikgu Azhar Salleh, kenapa Cikgu Azhar Salleh? kerana beliaulah yang menjadi pembimbing dan penceramah utama kepada tiga orang pelajar ini dalam Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Johor 2007 anjuran DBPWS dan JPNJ di Tanjung Piai, Pontian, Johor. Dalam malam yang sama Cikgu Azhar Salleh juga menang kategori puisi eceran HSDT VII ini - ya... beliau mencipta sejarah 'hatrik' pabila meraih hadiah kategori ini bagi tahun 2005, 2007 dan 2009.

3. Foto Cikgu Azhar bersama tiga pelajar mula TERSIAR DALAM BLOG INI PADA 20 JULAI 2009 dalam entri berjudul 'HSDT VII 2009 - Suatu Catatan Abadi'. Pada 21 Julai 2009, diri ini juga ada mengirimkan 9 foto khas HSDT VII ke emel Cikgu Azhar (witra@pd.jaring.my) iaitu melibatkan Cikgu Azhar termasuk foto di atas.

4. Foto ini juga tersiar dalam ruangan GALERI SASTERA - MAJALAH TUNAS CIPTA (HALAMAN 9) KELUARAN OKTOBER 2009 iaitu berita berjudul 'HADIAH SASTERA DARUL TAKZIM KETUJUH PENULIS MUDA TETAP UNGGUL'.

5. Foto ini juga telah tersiar dalam ruangan Diari Siswa (tulisan jawi) Majalah DEWAN SISWA keluaran November 2009 (halaman 57). Berita ini tulisan diri ini sendiri termasuk foto itu dan dua foto penerima yang menerima hadiah daripada Datuk Hassan Ahmad.

6. Secara peribadi diri ini sangat-sangat sayang akan foto ini kerana penuh bermakna dan berharga buat diri ini. Banyak maknanya foto yang satu ini! Foto itu juga merupakan FOTO RAKAMAN RASMI DBPWS KERANA MENGGUNAKAN KAMERA RASMI DBPWS...!

3 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Pertama sekali, terima kasih kerana dalam foto tersebut ada wajah hamba. Hamba diapit oleh, kalau boleh dikatakan "anak didik" hamba, yang telah dipilih dalam HSDT VII. Memang foto ini besar maknanya, bukan kepada RAR sahaja, malahan kepada hamba juga, kerana inilah suatu keadaan yang dapat diperhatikan bahawa Perkampungan Penulis Muda Johor mampu melahirkan penulis muda berbakat, dan yang paling membanggakan tentulah saudara Zulfazlan Jumrah. Tentang entri ini, hamba dapat menyelami maksud dan perasaan tuan hamba kerana wajarlah perkara sedemikian tidak berlaku. Namun, telah berlaku, dan seharusnya ada pihak yang perlu melakukan tindakan susulan agar kejernihan dapat memadamkan kekeruhan (jika ada). Apa-apapun, benarlah kata seorang pujangga, sekeping gambar boleh menceritakan segala-galanya, namun segala-galanya tidak mungkin dapat disampaikan melalui sekeping gambar. Perkara yang lain, boleh hamba sentuh dalam "Bicara Senibong" ataupun "Bicara Anggun", ataupun semasa "Darmawisata ke ..." nanti, jika tiada aral.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Sebenarnya saya berasa "bahagia" menatap foto ini (kagum lagi bangga) melihat sifu kita diapit oleh anak didiknya yang berjaya dalam persada sastera negeri Johor. Bertuahnya kita kerana memiliki AZHAR SALLEH sememangnya antara pembimbing penulisan kreatif paling berkaliber di tanah ini; beruntungnya kita kerana mempunyai RUSDI ABDUL RAHMAN yang sentiasa memberikan komitmen 100% melalui DBPWS. Saya pernah katakan, saudara berdua gandingan yang cukup cocok!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,
Diulangi sekali lagi bahawa FOTO ITU MERUPAKAN FOTO RASMI DBPWS KERANA MENGGUNAKAN KAMERA RASMI DBPWS. Saya memohon penggunaan kamera itu serta kakitangan DBPWS merakam banyak foto (termasuk foto yang satu itu) mengikut aturan untuk tempahan dan penggunaan kamera itu - mengisi borang rasminya, tandatangan dan cop rasmi, kerana saya kakitangan sah dan rasmi DBPWS. Saya dan kakitangan yang bertugas merakam acara ini pada malam HSDT itu, bertugas secara RASMI juga...

Cikgu Nizar,
Saya mula kenali Cikgu Azhar pada penghujung akhir tahun 2001, secara lebih tepatnya juga seawal Januari - Februari tahun 2002. Awal saya mula kenalinya saya sudah dapat rasakan beliau seorang yang punyai aset ilmu yang besar melalui komunikasi awalnya... seterusnya terus mengenalinya serta dapat 'menangkap' kepakarannya dalam pelbagai bidang.