Jumaat, November 19, 2010

SEPAK TAKRAW MALAYSIA YANG MELUAT DAN MENYAMPAH...

Foto hiasan: Korea Selatan begitu gah dalam kejohanan Piala Dunia 2002 sehingga layak ke separuh akhir serta sering bersaing hebat dalam Piala Dunia sejak edisi Piala Dunia 1982 sehingga 2010; namun di manakah kedudukan Malaysia dalam bola sepak Asia dan Asia Tenggara...?

Maaf, kerana kurang patriotik dalam hal ini...! Meluat dan menyampah lihat pasukan sepak takraw Malaysia dalam Sukan Asia iaitu melibatkan pertandingan peringkat separuh akhir acara berpasukan menentang Korea Selatan hari ini. Berlagak dan penuh angkuh pemain-pemain Malaysia setiap kali memperoleh mata dengan berjoget di hadapan jaring sambil 'mengejek' pemain Korea Selatan. Pemain Malaysia memakai jersi biru nombor 5 serta dahinya dililit kain putih (jika tidak silap namanya) bernama Mohd Putra dan pemain Malaysia memakai jersi nombor 2 (bertubuh kecil tapi lagak hingga tidak sedar diri...) terlalu 'melampau' berjoget dan mengejek pemain Korea Selatan. Memanglah ini suatu kaedah moral bagi menentang pasukan lawan tetapi sikap melampau pemain Malaysia sebegini cukup memualkan... berlagak lalu sombong serta angkuh dan semacam menghina pasukan lawan!
Sikap berlagak melampau-lampau pemain-pemain Malaysia ini bukanlah sesuatu yang dibanggakan kerana Korea Selatan bukan lagi pasukan belasahan malahan pasukan Korea Selatan menyaingi Malaysia dengan sengit dan hebat; apatah lagi pasukan sepak takraw Malaysia pernah tewas kepada Korea Selatan dalam kejohanan dunia 1-2 bulan yang lalu. Jikalah begini Malaysia "lebih lagak daripada mutu permainan" maka Malaysia juga bakal akan kalah suatu hari nanti kepada pasukan seperti Jepun, India, Vanuatu, Trinidad, Ivory Coast, Timor Leste dan negara-negara lain dari benua Asia, Afrika dan Amerika Selatan...!!!???
Makanya perlawanan siang tadi Malaysia menang mengatasi Korea Selatan lalu akan bertemu Thailand dalam penentuan pingat emas dan perak acara berpasukan sepak takraw Sukan Asia. Jika lagak melampau-lampau sebegini terus terpapar lagi esok maka sewajarnya Malaysia hanya genggam pingat perak cukuplah...!

3 ulasan:

cposawit berkata...

Salam, saya sangat bersetuju, nak muntah tengok goyang punggung. Sangat memalukan mewakili negara islam Malaysia. Saya doakan set ni kalah besuk

Ameen Homestay berkata...

sport spirit sudah tiada lagi.
:)...dah over react..
langit tak selalunya cerah.
yg takbur..berlagak..nanti rebah jua..
err..cuma Man.U belum rebah lagi setakat nih heh. Moga maintain :)

Abe Gaban berkata...

gua pn geli gile tgk stail provok g2.kale la main ebat,xpe a ugek.ni x,main pn cam taik.dlm ati tepikir,i2 je ke yg jurulatih ajar pemain2 2?ajarcara provok je,bkn cra nak menyerang,nk betahan.huh.nyampah..