Kulit buku antologi puisi 'Puncak Selatan' PPJ - DBPWS.
Pn. Nisah Haron yang penuh bersemangat serta begitu luas ilmunya dalam hak cipta dan hak penulis.
Pn. Nisah Haron yang penuh bersemangat serta begitu luas ilmunya dalam hak cipta dan hak penulis.
Tuan SM Zakir menjelaskan 'cerita pergolakan' hak cipta berkaitan penulis dengan penerbit.
Sebahagian peserta dalam kalangan penulis prolifik negeri Johor (termasuk pemenang utama hadiah sayembara menulis novel sejarah Johor yang merangkul hadiah yang besar...).
Akhirnya Kolokium Hak Cipta Penulis berjaya diadakan pada hari ini (7 November 2010 - Ahad) di Kolej Komuniti Pagoh, Muar, Johor. Program ini mula dirancang oleh orang kuat Persatuan Penulis Johor (PPJ); siapa lagi jika bukan Ketua 1 PPJ, Cikgu Amiruddin Ali sejak bulan Jun lalu dengan melibatkan DBPWS. Kolokium yang dirancang ini asalnya ingin diadakan pada 31 Oktober 2010 namun tertangguh sedikit atas sebab-sebab tertentu khususnya melibatkan tempat dan tetamu undangan khas dari kawasan Pagoh.
Kolokium ini merupakan anjuran bersama PPJ dan DBPWS dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan JPMM DUN Jorak, Pagoh juga diadakan sempena BBK 2010 Negeri Johor. Ahli panel/pembentang kertas yang terlibat merupakan Pn. Nisah Haron (mantan peguam dan penulis prolifik/mapan tanah air), Pn. Siti Salwa (Perbadanan Harta Intelek), dan Tuan SM Zakir (Setiausaha Agung PENA), Cikgu Amiruddin Ali selaku pembentang kertas ucap utama. Perasmian kolokium disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh, ADUN Jorak merangkap Pengerusi ITNM. Seramai 70 peserta dalam kalangan penulis dan pelajar hadir dalam kolokium separuh hari ini. Pelancaran buku antologi puisi bertemakan bahasa sempena BBK 2010 Johor iaitu 'Puncak Selatan' yang diusahakan penerbitannya secara bersama PPJ - DBPWS turut diempurnakan oleh YB ADUN Jorak. Turut hadir wartawan Berita Harian (Sastera) yang juga prolifik dalam penulisan kreatif dan umum iaitu Mohd Nazmi Yaakub.
Terima kasih atas penat dan usaha gigih buat semua AJK PPJ yang mengusahakan kolokium dan penghasilan buku antologi puisi 'Puncak Selatan'; buat Cikgu Mohd Taufek Mahamud (Setiausaha 2 PPJ) dan Ketua 1 PPJ Cikgu Amiruddin Ali berbanyak terima kasih atas usaha gigih sejak 2 minggu lalu agar perjalanan program ini berjalan dengan baik. Terima kasih juga buat para pembentang iaitu Pn. Nisah Haron yang penuh bersemangat memberikan penerangan yang menjelaskan lagi tentang hak penulis melalui paparan 'powerpoint' yang cukup mengesankan, Tuan SM Zakir yang tenang tetapi penuh pengalaman, dan Pn Siti Salwa yang mengukuhkan lagi kefahaman tentang hal-hal hak cipta yang terdapat dalam negara ini. Buat semua peserta yang hadir menyokong dan memperoleh ilmu dalam program anjuran PPJ - DBPWS ini juga seribu ucapan penghargaan terima kasih. Mohon maaf jika ada serba kekurangan dalam penganjuran majlis ilmu sebegini, serba kelebihan dalam kolokium ini merupakan hak mutlak peserta dan para pembentang yang dikongsi oleh penganjur PPJ - DBPWS.
1 ulasan:
story tok tubik lagi, tapi doh puji kawe tinggi2.. hehehe
Catat Ulasan