Ahad, November 07, 2010

BENGKEL MENGHAYATI PUISI MELAYU TRADISIONAL

Latar pentas bengkel di Muara Sungai Duyung, Melaka.

Peserta mendapat bimbingan melagukan puisi tradisional melalui pembimbing yang menggunakan alat muzik yang bersesuaian.

Sebahagian para peserta duduk bersila menghayati bimbingan puisi tradisional.

Bengkel Menghayati Puisi Melayu Tradisional diadakan pada 5 - 7 November 2010 di Muara Sungai Duyung, Melaka sempena BBK 2010 Negeri Melaka. Program yang diusahakan oleh Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dan DBPWS dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Program ini sepatutnya diadakan pada 29 - 31 Oktober terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Seramai 70 pelajar dari seluruh negeri Melaka menghadiri bengkel yang diadakan ini. Bengkel pada 6 November 2010 (Sabtu - 9 malam) dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Melaka, Datuk Md. Isa Abu dan Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengerusi ISMMA termasuk Datuk Borhan Md Yaman dan beberapa tokoh penggerak sastera dan persuratan negeri Melaka. Bengkel khas tentang puisi tradisional ini sebenarnya telah mula diadakan sejak tahun 2006 secara tetap setiap tahun sehingga tahun 2010 ini.

Tiada ulasan: