Ahad, November 14, 2010

ACM 2010 - PENGHARGAAN BUAT PPD KULAIJAYA


Pementasan teater mini KOMSAS berjudul 'Angin' para pelajar SMK Senai, Kulaijaya, Johor.

Pada 10 November 2010 (Rabu) lalu hadir selaku wakil rasmi Pengarah DBPWS untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Citra Majalah (ACM) Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor dan Melaka 2010 di SMK Senai, Kulaijaya, Johor. Sekadar makluman, ACM telah mula wujud dalam program DBPWS sejak tahun 2002 lagi, maknanya tahun ini merupakan penganjuran kali kesembilan yang melibatkan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Melaka.
SMK Senai, Kulaijaya dipilih selaku tuan rumah majlis ini kerana sekolah ini ada memenangi salah satu hadiah dalam kategori utama, selain itu pemilihan SMK Senai yang terletak dalam daerah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya kerana penghormatan kepada PPD Kulaijaya selaku PPD yang paling komited dalam penyertaan menyeluruh sekolah yang menyertai ACM dalam satu daerah untuk tahun 2009-2010. Satu anugerah khas diberikan oleh DBPWS kepada PPD Kulaijaya dalam majlis ini.
Persembahan selingan ketika majlis melibatkan pementasan teater mini pelajar SMK Senai iaitu teater KOMSAS berjudul 'Angin' serta ada persembahan tarian pelajar sekolah rendah. Tahniah kepada para pemenang ACM tahun 2010 ini, tahniah buat PPD Kulaijaya atas komitmen dalam menyertai ACM ini.

2 ulasan:

NASSURY IBRAHIM berkata...

Sastera dan budaya di Johor memang aktif. Tahniah

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Nassury,
Terima kasih atas kunjungan.
Demi kerja hakiki serta atas 'minat - cinta - sayang' maka insya-Allah akan terus seadanya mampu untuk berkhidmat sebaik yang ada.