Sabtu, November 20, 2010

BERKHATAN...

Foto hiasan: Sudah mula cuti sekolah..., teringat dan teringin jalan-jalan serta naik feri di Pulau Pinang juga nikmati nasi kandar, pasembor, laksa dan lain-lain makanan enak di Pulau Pinang.

Pagi tadi menghantar 2 anak lelaki berusia 11 tahun dan 8 tahun (darjah 5 dan darjah 2) ke klinik untuk berkhatan. Tempahan untuk berkhatan di klinik tersebut telah dibuat sebulan yang lalu. Proses 'suntikan - memotong - membalut' untuk seorang selama kira-kira 15-20 minit. Proses berkhatan kini lebih moden dengan pelbagai peralatan yang bermutu. Sempat tanya doktor berapa harikah boleh sembuh, doktor nyatakan insya-Allah sekitar 3-5 hari tanpa perlu berpantang makan dan minum. 2 anak lelaki ini ada sedikit laungan dan menitiskan air mata, ayahnya hanya melihat lalu tergelak kecil dalam hati.. maka teringat zaman kanak-kanak dahulu ketika berkhatan!

1 ulasan:

azura berkata...

peerghh...dah selamat dah anak bujang cik rusdi. dah sihat nnt, bolehlah berjalan ke penang...hehehe...