Jumaat, Jun 25, 2010

SANTAI PD 2010: ITALI DAN PERANCIS SAMA TARAF - MENGECEWAKAN...!

Itali 2010 ketiadaan pemain 'ajaib' seumpama Rossi 1982!

Tetap bahagia sehingga kini kerana tewaskan Brazil 3-0!

Selepas pukul 12 tengah malam sehingga pagi ini kecewa menyelubungi diri pabila antara pasukan pilihan dalam PD 2010 ini tewas dan tidak layak ke pusingan kedua. Sememangnya Slovakia layak atas kesungguhan dan semangat tinggi menyaingi Itali. Itali juga selayaknya tewas dan tersingkir kerana mutu permainan yang longgar dan 'tidak tentu arah' kecuali 15 minit terakhir yang mempamerkan kesungguhan luar biasa pabila menjaringkan dua gol serta hampir mencatat keputusan seri, namun akhirnya tetap tewas 3-2!
Sejak PD 1982 di Sepanyol sehingga kini Itali merupakan antara empat pasukan pilihan di hati. Itali hadir ke PD 2010 yang dilihat dan diramal oleh media dalam keadaan yang kurang meyakinkan untuk maju lebih jauh; jelas keputusan seri 1-1 dengan New Zealand tempoh hari cukup menggambarkan tanda bahawa Itali sukar ke pusingan kedua.
Ketika cemerlangnya Itali pada edisi PD 1982 Sepanyol (juara), PD 1990 Itali (separuh akhir), PD 1994 Amerika Syarikat (naib juara - tewas penalti kepada Brazil) dan PD 2006 Jerman (juara), pemain-pemain Itali lengkap dalam semua posisi walaupun kadang kalanya dianggap pasukan yang amalkan banyak corak bertahan. Skuad Itali PD 2010 ini nampak agak ketara kurang bermaya dan 'tidak tentu arah'. Mungkinkah kerana kemerosotan pemain-pemain Itali dalam kelab Juventus dan AC Milan (saingan Serie A Itali) merupakan puncanya?
Makanya, terkini dua pasukan pilihan sudah tersingkir (Perancis dan Itali). Mengejutkan pabila Jepun mengiringi Belanda berjaya melangkah ke pusingan kedua dengan menewaskan Denmark 3-1 awal pagi tadi. Terkini 2 daripada 4 pasukan Asia layak (Jepun dan Korea Selatan) manakala 1 (Ghana) daripada 5 pasukan benua Afrika layak ke pusingan kedua. Lengkap sudah permainan kumpulan E dan F, dalam pusingan kedua nanti Belanda bertemu Slovakia dan Paraguay menetang Jepun.

3 ulasan:

Sham al-Johori berkata...

Tuan Rusdi,
hebat juga tuan ni dlm bab bola sepak ya? Dulu tak pernah main team mana-mana ke?

Itali dan Perancis ni layak bermain dalam liga Malaysia aja. Kalau setakad bermain nak fikir duit mcm itulah jadinya.

ii
Rasanya nasib Spain silap-silap sama juga malam ni.

iii
yang penting malam ahad esok kita tak dapat tangok bola. Wahhhhh.

apokonoitali berkata...

"To come back to Italy the team does not deserve a business-class flight. If there were a trans-African train they should come back with that."

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Shamsudin,
Sebenarnya 'gila bola' ini sejak kenali PD 1982 Sepanyol, sehingga kini banyak kenangan pabila setiap PD diadakan...
PD ini merupakan antara saat yang mudah dikenang - apakah yang berlaku kepada diri ketika tahun-tahun penganjurannya.
Pernah main setakat pasukan sekolah rendah sahaja, lepas pakai cermin mata kuranglah aktif bermain tetapi TETAP AKTIF IKUTI PERKEMBANGAN BOLA SEPAK...!