Khamis, Jun 24, 2010

SANTAI PD 2010: PENYERANG MAN U YANG 'LEMAH'?

England perlukan pemain seperti David Platt...

Kad merah buat penyerang Man U...!

Semalam dan hari ini pasukan kumpulan A, B, C dan D selesai bertarung dalam peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 (PD 2010). Setakat ini ramalan pasukan ke peringkat 16 pasukan (pusingan kedua) hanya tepat sebahagiannya.
Ramalan bahawa pasukan Perancis dan Mexico dalam kumpulan A layak kurang tepat, Uruguay dan Mexico yang layak; Perancis 'layak' juga atas ego dan krisisnya sahaja. Ramalan dalam kumpulan B bahawa Argentina dan Nigeria layak turut meleset, Argentina dan Korea Selatan yang layak rupanya; tidak mengapa kerana Argentina menang kesemua 3 perlawanan kumpulan.
Makanya - Uruguay bertemu Korea Selatan dan Argentina lawan Mexico.
Ramalan ke suku akhir: Uruguay dan Argentina.

Ramalan bahawa England dan Slovenia dalam kumpulan C layak juga kurang tepat, England dan Amerika Syarikat yang layak. Ramalan dalam kumpulan D bahawa Jerman dan Ghana layak tepat, Ghana layak secara 'nasib' pabila sama mata dengan Australia tetapi kelebihan kiraan jaringan.
Makanya - Jerman lawan England dan Amerika lawan Ghana.
Ramalan ke suku akhir: England dan Ghana.

Pertemuan 'perang' dua negara iaitu England dan Jerman terjadi awal dalam pusingan kedua. Ramai ramalkan akan pertemuan ini akan menjadi kenyataan sebelum PD 2010 lagi. Dua pasukan ini diminati tetapi tetap pilih England kerana ada 3-4 pemain Chelsea dalam skuad England (cuma ada seorang pemain Man U dalam skuad England). Tahniah buat David James atas kecekapan yang pintar tidak seperti penjaga gol West Ham, Robert Green yang dilabelkan selaku 'penjaga gol sekolah rendah'. Sebenarnya England boleh mengalahkan Slovenia dengan 2 atau 3 gol tetapi kerana 'lemahnya' penyerang England yang beraksi dengan Man U itu. Jika penyerang Man U itu masih begitu ketika menentang Jerman kemungkinan Jerman layak ke peringkat suku akhir...!
________________________________________________

Catatan: Tercari-cari dan terintai-intai juga kelibat pengadil simpanan @ pengadil keempat kebanggaan Malaysia dalam perlawanan semalam kerana ingin lihat beliau jadi sekurang-kurangnya penjaga garisan tapi hampa lagi... mungkin beliau dipilih untuk perlawanan akhir pada 12 Julai nanti, sama-sama kita tunggu...!

2 ulasan:

Ameen Homestay berkata...

kudrat dia dah abis agaknya hahaha
lemah semacam..nafsu bermain tak serakus tika menyarung jersi MU.
Sungguh mendukacitakan.

Apa2pun Lamps n Gerrard keduanya atcking midfilder. siapa yg nak jadi mcm Essien di Chelsea ? Tiada.

england meninggalkan byk space utk lawan counter. Salah seorang patut dikorbankan barangkali ? Dan saya memilih Lamps utk duduk di bench.
Gerard lebih menyerlah :)
cuma partner nya si barry sgt la out perform. Losing ball manjang :(

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu,
Dapat dilihat gandingan pemain-pemain England kurang menjadi juga, cuma nasib agak baik tidak seperti 'pasukan main-main' Perancis dan Itali...
Portugal juga nampaknya kurang menjadi setakat 3 perlawanan, bertemu Sepanyol nanti pasti salah satu pasukan mula nampak taringnya... tapi Torres kurang menjadi kini...