Jumaat, Jun 18, 2010

SINAR HARIAN 'MENYERANG' JOHOR

Halaman depan SH - 16 Jun 2010.

Halaman khusus Johor SH - 16 Jun 2010.

Halaman depan SH - 17 Jun 2010.

Selaku pembaca utama dan tegar akhbar harian yang setia setiap hari, maklumat ini merupakan promosi dan perkhabaran percuma buat semua khususnya di negeri Johor. Promosi dan perkhabaran ini dibuat semata-mata untuk dikongsi bersama-sama dengan anda. Akhbar harian terbaharu mula memasuki pasaran di negeri Johor (walaupun Johor merupakan negeri terakhir di Semenanjung Malaysia yang 'diserangnya').
Akhbar Sinar Harian (SH) merupakan akhbar harian yang paling muda dalam pasaran di Malaysia. SH mula beroperasi di negeri Pantai Timur sekitar 2-3 tahun yang lalu, dan seterusnya menjelajah ke kawasan negeri di utara Semenanjung Malaysia, Lembah Kelang, Negeri Sembilan dan Melaka.
Kini SH mula 'menyerang' negeri Johor bermula pada 16 Jun 2010 yang lalu. SH bersaiz tabloid seperti akhbar harian perdana yang lain memuatkan pelbagai berita antaranya berita nasional, sukan, hiburan, luar negara dan ekonomi. SH punyai keistimewaan seperti juga akhbar harian yang lain yang turut memaparkan pelbagai berita dan maklumat tempatan sama ada peringkat negeri dan daerah. Liputan berita dan maklumat peringkat negeri dan daerah dalam SH lebih banyak dengan jumlah halaman sekitar 18-20 halaman.
Selain memaparkan berita untuk setiap daerah di negeri Johor, SH mempunyai petugas dan wartawan di setiap daerah yang boleh dihubungi. SH turut memaparkan maklumat sampingan tentang sesuatu perkara atau tempat yang berkaitan dengan daerah yang tertentu juga memberikan maklumat tentang tempat-tempat menarik dan restoran yang boleh dikunjungi. Reka letak SH juga sesuatu yang menarik serta mesra pembaca.
Ayuh masyarakat Johor sekalian manfaatkan SH untuk menyebarkan berita dan kegiatan di setiap daerah kerana halaman untuk negeri dan daerah yang banyak sekitar 18-20 halaman. Maklumat tentang petugas dan wartawan SH di negeri Johor ada dipaparkan dengan foto dan nombor telefonnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
saya mohd izhar bin sharuddin
saya sebagai pelajar di insititut perguruan tun hussein onn batu pahat telah ditugaskan untuk menghubungi pihak media tentang program bina insan guru supaya program ini dapat disebarkan kepada pihak luar. di sini saya ingin mengetahui bagaimanakah cara untuk menghubungi pihak sinar harian johor ini.