Ahad, Februari 28, 2010

TUNKU MAHKOTA JOHOR DAN BOLA SEPAK - 2



Beberapa foto yang sempat dirakam melibatkan aksi Tunku Mahkota Johor.
Minggu lepas tanpa dirancang serta secara kebetulan (Sabtu - 20 Februari 2010 - lihat entri dalam blog pada tarikh yang sama) menyaksikan perlawanan separuh akhir Liga Bola Sepak Negeri Johor antara pasukan JMF United FC menentang JPJ FC. Pasukan Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menewaskan JPJ FC 2-0 di Padang Sri Gelam, Dataran Bandar Raya MBJB, Johor Bahru.
Petang tadi di tempat yang sama (Ahad - 28 Februari 2010) memang disengajakan (memang dirancang sejak minggu epas lagi) menyaksikan perlawanan akhir Liga Bola Sepak Negeri Johor antara pasukan JMF United FC menentang pasukan Dobee FC Batu Pahat. Kali ini memang membawa kamera digital sendiri yang berkapasiti rendah sahaja - 7.1 megapixels tetapi tidak menggunakan kamera telefon bimbit (seperti minggu lepas) yang berkapasiti cuma 2.0 megapixels dan murah harganya untuk merakam foto sepanjang perlawanan serta selepas perlawanan. Sebanyak hampir 30 foto sempat dirakam sepanjang perlawanan dan selepas perlawanan.
Pasukan TMJ menang besar 8-3. TMJ sendiri mejaringkan 5 gol. TMJ juga merangkul dua anugerah iaitu Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan Penjaring Terbanyak Liga (17 gol).

Bersambung... edisi ke-3...

2 ulasan:

MsIndependent berkata...

boleh x mintak permission letak these pics kat dlm facebook' we love tunku ismail?'

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra/i,
Maaf, saya tidak boleh izinkannya kerana ini untuk tatapan dalam blog ini sahaja.
Satu lagi, saya sudah cuba buka blog Sdra/i tapi tiada pengenalan diri yang lengkap, namun jika Sdra/i boleh kenalkan diri anda saya boleh kenal-kenal anda.
Maaf sekali lagi ya... Terima kasih.