Baru sekejap tadi (9 - 9.30 malam) saksikan rancangan khas menjelang Piala Dunia 2010 iaitu 'Four Four Two' (rangkaian Astro 811). Rancangan khas 'Four Four Two' yang berkisar serta tumpuannya tentang pasukan yang layak ke Piala Dunia 2010 mula ke udara dalam rangkaian Astro 811 ini sejak 5 - 6 minggu lalu iaitu setiap hari Khamis pukul 9 - 9.30 malam.
Malam tadi disiarkan tentang pasukan Itali serta pasukan yang bersama dalam kumpulan Itali di Afrika Selatan Jun nanti iaitu Paraguay, Slovakia dan New Zealand. Satu segmen imbauan perlawanan dalam Piala Dunia yang lepas dalam rancangan khas ini menayangkan perlawanan klasik Piala Dunia 1982 - Italy menentang Brazil.
Masih teringat ketika itu dalam Darjah 4 (tahun 1982) diri ini menyaksikan perlawanan siaran langsung Itali - Brazil ini sekitar pukul 12 tengah malam (jika tidak silap); memang diri ini saksikan secara penuh bersama sepupu yang sama umur serta saudara mara yang lebih dewasa. Perlawanan penting dan genting buat Itali - Brazil ketika itu sudah masuk pusingan kedua (dalam kumpulan yang libatkan 3 pasukan termasuk Argentina).
Tarikh perlawanan klasik tersebut pada 5 Julai 1982 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol. Itali menewaskan Brazil 3-2, Paolo Rossi (jersi nombor 20) menjaringkan hatrik. Ketika itu Itali dalam peringkat kumpulan pusingan awal dikutuk hebat kerana melalui 3 perlawanan dengan kesemuanya seri, namun Itali bernasib baik mara ke pusingan kedua kumpulan lalu diletakkan bersama Brazil dan Argentina. Kebangkitan Itali mula terserlah dalam pusingan kedua ini lalu terus berjaya ke separuh akhir lalu ke akhir - seterusnya juara Piala Dunia 1982 dengan menewaskan Jerman Barat 3-1. Bermula Piala Dunia 1982 inilah diri ini meminati pasukan Itali sehingga Piala Dunia 2010 kini.
---------------------------------------------------------
Catatan: Tulisan pengalaman serta coretan tentang "Diri dan Piala Dunia siri tahun 1982 - 1986 - 1990 - 1994 - 1998 - 2002 - 2006" akan mula dicoretkan secara berperingkat siri demi siri mengikut tahun Piala Dunia serta mengikut beberapa perlawanan pilihan sepanjang 7 siri Piala Dunia ini (1982 - 2006) kerana 'demam bulat' ini mula sedikit melanda diri peringkat demi peringkat kini.
4 ulasan:
salam en.rusdi. wah, nampaknya 'petanda' demam bulat sudah mula melanda dan dirasai peringkat demi peringkat, ya.he.he.
salam tuan...
saya dah link kan blog tuan di http://perakkume.blogspot.com
Salam RAR,
Era itu Karl Heinz Rummingge (kapten Jerman Barat) menjadi tumpuan saya. Pakar sepakan percuma, selain Zico ialah Eder. Brazil '82 dibarisi bintang hebat yang masih segar hingga kini seperti Falcao, Socrates, Zico, Eder. Ada tak VCD atau DVD tentang Piala Dunia '82?
Sdra. Wahyu,
Demam bulat edisi ke-2 akan dinukilkan nanti... sambung 'Demam Bulat' tahun 2006 yang lalu.
Sdra. Perkmume,
Terima kasih atas kunjungan ke blog ini, blog Perakkume juga akan dipautkan ke blog ini nanti. Insya-Allah.
Cikgu Azhar,
Piala Dunia 1982 pembuka era mula minat menonton bola sepak sama ada televisyen dan stadium.
Benar... Rummingge jadi salah satu sebutan namun beliau kerap cedera tika itu, peranannya dalam separuh akhir menentang Perancis menyebabkan Jerman Barat layak ke akhir menentang Itali.
Pernah ada VCD Piala Dunia 1982 - 1986 - 1990 - 1994 ketika di KL dulu tapi entah hilang ke mana... tapi akan usaha dapatkan kembali, yang ada kini VCD era 1998 - 2006.
Catat Ulasan