Isnin, Februari 08, 2010

KEJAR MENGEJAR TERUS RANCAK...

Drogba berjaya sumbat 2 gol dalam pertembungan London!

Kejar mengejar bertambah rancak antara Chelsea dan Man U dalam merebut tempat teratas English Premier League (EPL). Hari Sabtu lalu Man U mendabik dada dalam nada angkuh menewaskan kelab corot Portsmouth dengan 5 - 0, maka berjayalah Man U menghuni tempat teratas selama 24 jam sahaja selepas Chelsea dengan rendah diri menewaskan Arsenal 2 - 0.
Berbaloi rasanya tidur pukul 2 pagi tadi waktu Malaysia (8 Februari 2010) selepas menyaksikan dua gol jaringan Drogba pada separuh masa pertama, gol pertama Chelsea awal minit ketujuh oleh Drogba sudah membayangkan bahawa Chelsea menangkis cerita-cerita nakal tentang kaptennya, John Terry. Itu hal peribadi John Terry, yang penting Chelsea harus terus menang untuk bersaing dengan Man U.
Semalam Chelsea dan Arsenal bermain seimbang dan rancak serta pantas, pujian harus dikalungkan juga buat pengadil perlawanan yang seimbang mengawal permainan walaupun ada pemain Arsenal yang 'sedikit ganas' tindakannya. John Terry kekal sebagai penjana utama kemenangan Chelsea semalam, Arshavin (penyerang yang kononnya berbisa buat Arsenal) 'letih' berlari di padang tanpa ada peluang amat berbahaya, Drogba unggul dengan dua gol, Almunia (penjaga gol Arsenal yang kononnya hebat) 'lemas' diasak gandingan Drogba - Anelka - Malouda - Lampard.
Apa-apapun Liverpool telah kembali menghuni 'Top 4' dalam EPL (44 mata), Arsenal kembali menghuni tempat ketiga (49 mata), Man U kedua (56 mata) dan Chelsea tempat pertama (58 mata). Hari Rabu ini (10 Februari 2010) perlawanan ke-26 melibatkan pasukan 'Top 4' ini iaitu Aston Villa lawan Man U, Arsenal lawan Liverpool, dan Everton menentang Chelsea. Inilah yang ingin dilihat persaingan hebat yang sihat merebut kejuaraan EPL; pasukan dalam 'Top 2' (Chelsea dan Man U berbeza jumlah mata yang kecil sahaja...
Namun harus diingat banyak lagi perlawanan sehingga perlawanan ke-38 menuju Mei 2010 nanti. Chelsea harus kekal bermain dengan penuh semangat untuk menyekat Man U, Man U semakin mengganas dalam mengekalkan kejuaraan, Liverpool seharusnya dapat memintas Arsenal dan Man U untuk meraih tempat ke-2, Arsenal seharusnya layak menghuni tempat ke-4 sahaja dalam EPL!

7 ulasan:

Sham al-Johori berkata...

Tahniah,
walaupun spurs di tempat ke-5, tapi sesekali menyusahkan orang lain. Itu yg penting...

...biar tak sekuat mana asalkan menyusahkan...

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Adusss...nak komen bagaimana ya? Saya, bab-bab bola ni makin terkebelakang dan ketinggalan. Apa-apapun, teruskan...

Zaid Akhtar berkata...

RAR,
tak malu ke sokong chelsea?
pemain-pemain chelsea termasuk jurulatihnya semuanya takut dengan dengan kapten JT. kelak habis bini dan awek orang di"sapu"nya.


Penyokong Spurs nampaknya dah tak berkokok. Kena sihir Harry "Potter" Redknapp baru boleh menang agaknya.

YNWA!
We target third!

Unknown berkata...

Salam RAR. Macam ulasan profesional di TV pulak. Apa-apapun yang terbaik akan tetap berada di atas. Jika ditinjau dari segi ROI, MU sudah menang walaupun berada ditangga kedua. Pelaburannya lebih rendah dari Chelsea...

Ameen Homestay berkata...

YNWA target third ke ? hehehe
MU and rooney on fire..begitu bernafsu mengekori dan akan memotong blues juga nanti :)

apa2pun EPL thn nih tetap menarik..masih teringat beberapa thn lalu MU ketinggalan 6 mata tp bisa memotong dengan jayanya :)

Korakora berkata...

sapa yg taja pasukan liverpool ek? sapa ek? sapa ek? ek? ek? ek?

bukan carslbek?

kui kui kui

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Shamsudin Othman,
Rasa-rasanya Spurs boleh menggugat pasukan 'Top 4', seronok rasanya jika Spurs dapat singkirkan Arsenal dan Man U dalam 'Top 4' ini.

Cikgu Azhar,
Tidak mengapa Cikgu, dapat diikutinya melalui blog ini; apa-apapun entri bola seperti ini lebih menjurus kepada suasana santai dan membakar emosi (emosi suka + geram) buat para pengunjung...

Cikgu Zaid @ YNWA,
Hehehe....
Sejak dahulu diri ini meminati Chelsea dan Liverpool... cuma lebih sikit ke arah Chelsea.
Jangan perkecilkan penyokong Spurs kerana pasukan seperti Spurs - Man City - Aston Villa inilah yang boleh meranapkan impian pasukan Chelsea - Liverpool - Man U; namun biarlah pasukan 'kategori pengacau' ini ranapkan impian Man U sahaja!

Tuan Samsudin,
1. Apa makna penuh ROI itu?
2. Diri ini minat ikuti perkembangan bola sepak sejak darjah 4 ketika Piala Dunia 1982 sehinggalah kini, maka pengaruh laporan media ada terserap juga...

Pak Cu,
Kita penyokong Chelsea - Liverpool berharap agar Man U hanya dapat duduki tempat ke-3 @ ke-4 sahaja... Hehehe...
Secara profesional, benar kata Pak Cu itu bahawa Man U pernah ketinggalan 6 mata tapi akhirnya juara EPL kerana kelemahan mental pesaingnya, harap kejadian sebegitu tidak lagi memihak Man U... Hehehe...

Sdra. Nazmi,
Bab-bab penaja ini sukar hendak telaah... moga dielakkan mempromosikan secara percuma jersi pasukan berlatar 'minuman itu', minat pasukan itu cuma...