Khamis, Februari 11, 2010

EPL: EDISI AWAL PAGI

Koleksi DVD pasukan Chelsea dan Liverpool.

Seawal pagi tadi pukul 3.30 pagi bangun untuk menyaksikan perlawanan Arsenal - Liverpool dan Aston Villa - Man U secara langsung sambil menyelit menunggu masa rehat untuk mengetahui perkembangan pasukan Chelsea melawan Everton. Entah mengapa tidak disiarkan secara langsung perlawanan Chelsea itu, maka serba ringkas catatan awal pagi:
Chelsea Mula Diserang Penyakit Lama
Awal pagi tadi Chelsea tewas kepada Everton 1 - 2, dua gol Everton jaringan cantik Saha (mantan pemain Man U). Chelsea mula dihinggap penyakit lama iaitu mula goyah pabila berada lama di puncak English Premier League (EPL). Semacam dua musim lalu (2007-2008 dan 2008-2009) Chelsea sering mendahului di puncak EPL namun pabila pusingan kedua liga Chelsea mula dihambat dengan hebat khasnya pasukan Man U, akhirnya Chelsea hanya meraih tempat kedua atau ketiga sahaja.
Man U Dapat Ihsan Aston Villa
Sebenarnya Aston Villa menang 2 - 0 kerana dua gol jaringan pemain Villa namun akhirnya seri 1 - 1 dengan Man U kerana salah satu gol itu disumbat ke gawang sendiri oleh pemain Villa. Nani dilayangkan kad merah kerana 'keganasan melampau' terhadap pemain Villa. Kini Man U cuma kurang satu mata di tempat kedua menghambat Chelsea.
Liverpool Kurang Bernasib Baik
Liverpool tewas kepada Arsenal hanya 0 - 1. Liverpool masih belum dapat menurunkan Torres akibat kecederaan, jika Torres ada pasti kelab 'meriam' itu tewas! Babel hampir menyamakan kedudukan namun nasib sering tidak menyebelahi pasukan kebanggaan Britian ini (kerana rekod cemerlangnya sepanjang berdekad lamanya).
Spurs Tewas Mengejut
Spurs selaku pasukan 'pengacau Top 4' tewas mengejut kepada Wolves 0 - 1. Sepatutnya pasukan seperti Man U dan Arsenal yang ditunggu-tunggu untuk tewas mengejut kepada pasukan bawahan liga ini.

3 ulasan:

akureformasi berkata...

Salam saudara Rusdi,
Permainan United agak terganggu saya lihat setelah Nani di hantar keluar oleh sang pengadil (Terpaksa main log pass dan saya paling tidak berminat corak permainan long pass ni..)

Tackle seumpama itu tidak perlu saya fikir kerna saya lihat ada beberapa pemain United lain dapat mengawalnya.. Apakan daya dah nasib Si Nani bermain 30 minit jer pag tadi..

Liverpool juga agak malang.. Hand ball oleh Fabregas itu jelas kelihatan.. Dan sewaktu keluar padang pun Fabregas dilihat menghela nafas lega. Mungkin lega kerna tidak diambil tindakan hasil tindakannya itu.. Jika tidak keputusan mungkin akan berubah..

Semoga Chelsea teruskan dengan tabiat lamanya... =)

pakcu berkata...

go go man.u !
terus mamcu laju ke persada liga..gear 5,6,7 :)

tanpanama berkata...

Ref Howard Webb tu mangkuk hayun.
Dia dah cakap awal2 pd pemain liverpool, sape angkat tangan lebih bahu masa freekick dia akan bg penalti. Fabregas angkat tangan tanpa lompat pun dia tak bagi. Memang dasar ref MU. huhu