Selasa, Februari 16, 2010

CUTI TAHUN BAHARU CINA 1: MENYUSUR SUNGAI MELAKA

Cuti sempena Tahun Baharu Cina agak panjang harinya. Bermula hari Jumaat (12 Februari 2010) sehingga hari Selasa (16 Februari 2010) berkelana ke Melaka dan Kuala Lumpur atas urusan rasmi dan tidak rasmi. Di Melaka pada petang hari Jumaat kerana urusan perbincangan dan lawatan tempat acara bersama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Cikgu A. Rani Embi iaitu di sebuah kampung yang punyai inap desa bagi melaksanakan Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Melaka 2010 yang bakal berlangsung pada 23 - 25 Mac 2010 di Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka (sempadan negeri Melaka - Muar, Johor).

Selesai urusan rasmi di Sungai Rambai, Melaka maka ada kelapangan masa untuk menyusur Sungai Melaka. Terus terang dinyatakan bahawa tarikan pelancongan iaitu menysur Sungai Melaka ini telah lama wujud pada tahun 2008 lagi. Walaupun setiap bulan ke Melaka (1-2 kali sebulan atas urusan rasmi) namun tidak pernah berkesempatan untuk merasai suasana menyusur Sungai Melaka ini. Kesempatan kali ini tidak dilepaskan peluang lagi maka pukul 6 petang menaiki bot di pengkalan Taman Rempah Melaka untuk menyusur Sungai Melaka ini, indah serta menikmati pengalaman baharu di negeri Melaka ini walaupun suhu cuaca panas terik sekitar 34-35 darjah celcius. Sempat merakam hampir 30 foto sepanjang menyusur Sungai Melaka ini yang memakan masa selama 40 minit (pergi - balik). Beberapa foto pilihan seperti di bawah:
Foto di bawah: Santai petang sambil bermain dam aji di sebuah gerai di tepi Sungai Melaka.


Foto di atas: Lukisan pada bangunan di tepi Sungai Melaka - cerita sejarah Melaka.

Foto di atas: Pemandangan Dataran Sungai Melaka - Muzium Samudera.


Foto di atas: Pokok paya bakau menghiasi Sungai Melaka.


Foto di atas: Lewat petang yang indah di Sungai Melaka.

Foto di atas: Menyusur Kampung Mortem di tepi Sungai Melaka.

2 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Sememangnya negeri Hang Tuah (Melaka Bandar Raya Bersejarah) ini tempat yang menarik untuk dilawati. Jika berkesempatan, saya memang ini ke sana membawa anak-anak ke Zoo Melaka dan merayau-rayau sekitar Bandar Hilir.

azura berkata...

Cantiklah gambar-gambarnya...(awas!ada yg copy paste nanti...).