Ahad, Oktober 11, 2009

TAHNIAH KECIL BUAT PEMENANG..! PR HARUS CEPAT BERUBAH..!

Gambar sekadar hiasan sahaja.


1. Diri ini bukanlah anggota parti (yang berdaftar dan mengisi borang rasmi) dalam tiga parti siasah dalam keanggotaan PR apatah lagi ingin menyertai dan menganggotai UBN, jauh sama sekali. Walaupun diri ini pernah diajak oleh dua pihak sejak zaman pengajian di universiti untuk sertai PAS dan UBN, diri ini masih dan kekal tiada parti tetapi diri ini rakyat Malaysia yang punyai hak untuk bersuara, dan luahan suara serta tulisan tidak seinci menggugat ketenteraman awam dan negara. Diri ini pernah ditegur oleh ‘insan tanpa nama’ dalam blog ini kerana agak sinis tulisan yang ada tetapi diri ini menerimanya, namun sehingga sekarang ‘insan tanpa nama’ itu tidak sudi memperkenalkan dirinya sebenarnya setelah diri ini secara terbuka mempelawanya dengan penuh hormat dan tertib. Tidak mengapalah kerana manusia punyai kecenderungan peribadi menyebelahi pihak tertentu yang sukar dikawal juga oleh manusia lain.


2. Dalam kesibukan mencongak baki pasukan yang bakal ke Piala Dunia 2010, urusan membaca dan meneliti perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bagan Pinang juga tidak dilepaskan. Sedari awal lagi UBN amat-amat penuh yakin menyatakan pasukan mereka bakal menang semudah A-B-C dalam PRK ini, ya… benar pasukan bernama UBN ini menang juga, tetapi belum layak ke ‘Piala Dunia sebenarnya’. Tahniah kecil buat UBN atas kemenangan berharga ini. Biarkan pasukan itu berpesta dan adakan festival besar-besaran kerana selayaknya buat pasukan yang menang…!


3. Namun kemenangan ini merupakan kekalahan buat UBN juga kerana jika amati tulisan MSO dalam entri blognya ‘UBN Dijangka Menang Dalam Kekalahan’ (catatan pada Ahad 11 Oktober 2009 - 7.25 pagi) iaitu:
Bertolak dari itu UBN merasa mereka akan menang. Apa lagi dengan meletakkan Mohd Isa Samad keyakinan UBN bertambah, kerana Isa dikehendaki oleh pendudukan tempatan. UBN mempercayai bahawa reputasi calonnya itu tidak tercalar dan terus mendapat sokongan.Sebenarnya perletakkan Mohd Isa yang mempunyai masalah moral seperti calon mereka di Permatang Pasir adalah satu perjudian besar dilakukan UBN. Kalau UBN menang hari ini parti itu akan tetap kalah kerana tidak berjaya menampilkan calon bersih!Pilihan raya ini juga memperlihatkan keyakinan Pakatan Rakyat berbeza dengan dibeberapa pilihan raya kecil lain. Mungkin keadaan Bagan Pinang diketahui sebagai kubu kebal UBN menyebabkan Pakatan mengambil sikap tidak banyak cakap atau mengarai harapan yang tinggi.

4. Sekali lagi tahniah kecil, selayaknya juga UBN menang kali ini kerana ini kubu amat kuat dan kukuhnya. Maka keputusan PRK Semenanjung Malaysia (tidak termasuk satu di Sarawak) terkini menjadikan PR 7 – UBN 1, harus diingat dalam PRK Kuala Terengganu bahawa PR mengambil kerusi UBN! Tapi di PRK Bagan Pinang kawasan ini sememangnya kawasan kukuh dan utuh UBN!


5. PR harus terima dengan hati penuh terbuka kekalahan ini, adat bertanding menang dan kalah. PR harus sedar diri juga dalam mengatur strategi… yang utamanya PR HARUS BERUBAH DALAM STRATEGI MENANGANI MEDIA ARUS PERDANA YANG ADA KINI, MEDIA ARUS PERDANA YANG MENANG BESAR JUGA KALI INI. Selagi strategi media PR tidak berubah maka PR akan bergerak agak perlahan menuju ‘Piala Dunia sebenarnya’ nanti… Ingat kemenangan UBN yang besar kali ini akan dijadikan strategi untuk terus memerangkap PR! Tahniah kecil buat UBN!

2 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Sesekali, kita perlu mengakui bahawa masih banyak orang yg tidak mahu pun PR memerintah, dan kita perlu juga mengakui bahawa biarpun buruk dan serba lemah BN, namun BN masih diperlukan di sesetengah tempat. Utk melakukan reformasi poltik secara keseluruhannya, PR perlu membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada BN, tetapi secara peribadi, saya tidak melihat situasi tersebut berlaku secara ketara. Sebagai kesimpulan mudah, PR menang sebelum ini, bukan kerana kekuatannya, tetapi lebih cenderung kepada kelemahan BN. Telah banyak kali saya nyatakan hal ini dan berpegang padanya. Utk menyatakan PR lebih baik drpd BN, adalah amat tidak wajar kerana orang Melayu, khususnya hanya bergantung pd kekuatan PAS. PKR serta DAP hanya akan menghakiskan keupayaan Melayu. Ini kesimpulan mudah, dan tidak dihalusi dgn mendalam krn dlm soal sebegini, pelbagai pandangan dan kepercayaan boleh dipegang dan dipercayai, tanpa perlu mewajarkan siapa betul dan siapa salah. Misalnya, jika BN memperjuangkan BM dengan penuh komitmen, tidak ada salahnya BN disokong, dan dalam masa yang sama, jika BN juga menghalalkan penternakan babi dan penjualan arak, judi, dsbnya, BN perlu ditentang. BN tidak perlu ditentang dalam soal bahasa jika itu menjadi landasan perjuangannya, namun seperti yg kita lihat, hal ini tidak berlaku, maka dalam soal bahasa, PR lebih baik ditunjang. Tetapi, adakah PR patut disokong seratus peratus dalm hal ini jika di PP, papan tandanya menjadikannya martabat BM semakin luntur? Inilah dilemanya, dan inilah penilaiannya. Kemenangan BN di BP tidaklah menggambarkan indikator sebenarnya tentang kembalinya BN atau kelunturan pengaruh PR kerana di BP, tidak memperlihatkan demokrasi tulen. Biarpun dihambat isu pengundi pos, namun tanpa undi pos pun, Isa tetap menang. Dan hal ini dapat memperlihatkan bhw BN masih bertaring. Ya, media massa menjadi antara penyebabnya. Namun, bagaimanakah pula dgn akhbar Harakah, Siasah, Suara Keadilan, dan yg seangkatan dgnnya? Tidakkah mereka juga bias? Dlm soal ini, sudah tidak ramai menjadikan TV3 atau RTM sebagai pengaruh utama, melainkan kepercayaan terhadap kemampuan parti yg bertanding melalui 'track record' dan lingkaran isu semasa. Seharusnya, utk menjadi juara rakyat, PR tidak sepatutnya terlalu ghairah krn keghairahan sedemikianlah mengakibatkan BN hampir hilang kuasa. Buktikan dahulu kecemerlangan krn pada era ini, tindakan telah lama bergerak utk meninggalkan kata-kata dan retotik.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikguku Cikgu Azhar Salleh yang dihormati dan disanjungi,
Terima kasih.