Selasa, Oktober 20, 2009

HARI-HARI TERAKHIR PROMOSI TEATER

Cetakan laman web sinar.fm yang memaklumkan tentang pemakluman pementasan teater 'Srikandi Tanah Jauhar' (juga tersiar dalam radio Sinar - Zon Aktiviti Sinar).


Sebahagian keratan akhbar tentang pemakluman pementasan teater 'Srikandi Tanah Jauhar' yang tersiar sejak 16 - 20 Oktober 2009.


Beginilah sedaya mampunya setakat hari ini (20 Oktober 2009) untuk promosi perkara atau 'produk' sastera dan bahasa yang kurang diminati, kurang laku dan kurang didekati masyarakat ramai, melainkan jika 'produk' itu ditempelkan artis popular dan selebriti terkenal maka tidak perlulah giat untuk acap kali promosi.
Setelah mula bergerak 2 minggu yang lalu untuk promosi pementasan teater 'Srikandi Tanah Jauhar' sempena BBK 2009 Negeri Johor ini yang melibatkan kad dan surat undangan, poster buat dan cetak sendiri, 10 kain rentang, dan 'flyers' (kertas kecil semacam promosi 'along'), maka peringkat seterusnya melalui media cetak dan elektronik.
Sudah mula tersiar berita pemakluman ini dalam akhbar harian (Berita Harian, Utusan Malaysia dan News Straits Times) sejak 16 Oktober 2009 lalu sehingga hari ini. Berita dan pemakluman yang agak besar keluar dalam Berita Minggu (ruangan hiburan B.Pop) yang agak panjang lebar memberikan maklumat. Dalam siaran Radio SINAR.fm sudah mula kedengaran pemakluman khasnya dalam ruangan Zon Aktiviti Sinar.
Inilah usaha-usaha semampu yang ada dalam kekangan peruntukan untuk mengadakan pementasan teater sebegini, namun pihak produksi (pelakon dan krew) tetap penuh komitmen untuk 'bermain' sebaik mungkin untuk teater kali ini. Secara peribadi diri ini menaruh harapan agar setiap kali pementasan yang melibatkan 3 kali pementasan pada 23 - 24 Oktober 2009 di Auditorium RTM Johor, Johor Bahru dapat terisi seramai 300 - 350 penonton atau 60 - 70% memenuhi auditorium ini kerana kapasiti auditorium ini boleh memuatkan semaksimum 500 penonton dalam sesuatu masa. Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan hadir serta membawa seramai mungkin yang mampu sama ada kenalan atau saudara mara untuk menyaksikan pementasan ini. Khabarnya 2 - 3 kumpulan teater dari Seberang Tambak akan turut hadir menyaksikannya (walaupun baru selesai pementasan 'Muzikal Impak Maksima' di Esplanade, Singapura.
PENUH HORMAT DAN RENDAH DIRI DIPERSILAKAN UNTUK HADIR MENONTONNYA... TERIMA KASIH.

2 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Hari sabtu lepas saya sempat hadir ke rumah terbuka Haji Said Jamhari dan Hajah Patonah. Bila bercakap tentang teater ini, Hajah patonah menyatakan nak datang menonton siap nak bawa rakan wanita UMNO satu bas.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tn. Hj.,
1. Pn. Hjh. Patonah telah menghubungi saya minggu lepas yang menyatakan hasrat ini. Saya lapang dada menerima sesiapa sahaja untuk menonton tidak kira UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, PPP, PBS, BEBAS dan sesiapa sahaja untuk menonton kerana seni dan persuratan melangkaui fahaman politik dan bangsa. Seni untuk sesiapa sahaja... untuk masyarakat.
2. Sebentar tadi (dalam pukul 3.15 petang - 21/10/09) Hjh. Patonah sekali telefon menyatakan sah hadir dengan sebuah bas dari Batu Pahat yang melibatkan Wanita UMNO. Dia nyatakan usaha beliau ini agar orang-orang politik dapat mendekati dan menegenali dunia seni sastera dan persuratan, lalu saya amat bangga dengan usaha beliau ini kerana penuh komited membawa khalayak baharu dalam dunia seni sastera dan persuratan apatah lagi melibatkan orang politik yang berteraskan akar umbi. Semoga usaha kecil seadanya saya ini dapat membuka minda dan tindakan golongan politik secara berperingkat agar mengenali dan mendekati seni sastera dan persuratan dengan lebih rapat dan akrab.