Khamis, Oktober 29, 2009

TERLAKSANA 'SRIKANDI TANAH JAUHAR' (STJ): FOTO SISI LAIN - 1

Paparan LCD - video BBK 2009 sebelum pementasan.

Gegantung BBK 2009 di dalam auditorium.

Paparan LCD - video dan gegantung BBK 2009 di dalam auditorium.


Paparan LCD - video BBK 2009 sebelum pementasan.

Paparan LCD - video BBK 2009 sebelum pementasan.

Gegantung BBK 2009 di pintu masuk RTM Johor.

Gegantung BBK 2009 di pintu masuk RTM Johor (balai pengawal).

Kain rentang STJ di pintu masuk RTM Johor.
Banyak foto pementasan STJ dirakamkan sama ada kamera peribadi mahupun kamera rasmi. Paparan foto di atas tidak memaparkan aksi pementasan STJ, cuma sebahagian foto sisi lain yang ditampilkan. Foto-foto di atas menampilkan paparan tentang hal Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009 sama ada paparan video dan gegantung termasuk kain rentang STJ yang menyatakan pementasan ini diadakan sempena BBK 2009 Peringkat Negeri Johor.
Jumlah masa paparan video tentang BBK tersebut selama 10 minit, video ini diulang tayang sepanjang 30 minit sebelum pementasan STJ bermula - ketika penonton mula masuk ke dalam auditorium. Paparan video dan gegantung BBK 2009 ini merupakan salah satu elemen penting juga dalam proses pengisian pementasan ini kerana melibatkan sebahagian sambutan / acara dalam BBK 2009 negeri Johor. Paparan video sebegini harus ditayangkan kepada umum agar masyarakat sedar tentang adanya sambutan BBK 2009 di seluruh negeri di Malaysia.

Bersambung...

3 ulasan:

MARSLI N.O berkata...

Sdr Rusdi: Saya datang dan tetap datang membaca di blog Sdr lewat Blog WB Rendra. Harap diizinkan.

Marsli N.O

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Syabas kepada saudara dan DBPWS yang kelihatan sangat bersungguh-sungguh menyegarkan BBK 2009. Di sesetengah tempat, barangkali BBK 2009 tidaklah sehebat di selatan ini. Semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Semoga selepas ini, bukan sekadar BBK sahaja, tetapi kempen mendaulatkan bahasa Melayu dilaksanakan sepanjang tahun.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Marsli,
Saya menerima sesiapa sahaja untuk berkunjung dan membaca catatan dalam blog ini. Kehadiran dan kesudian tuan satu penghargaan buat saya. Saya tidak lupa untuk selalu memantau dan membaca blog tuan juga, telah lama saya pautkan blog tuan dalam blog saya ini. Terima kasih.

Cikgu Nizar,
Saya menggerakkan sesuatu program sastera dan bahasa demi tugas yang diamanahkan, saya lakukan sebaik mungkin... bukan sekadar 'terpaksa' lakukan sesuatu program. Sesebuah program yang dibikin sedaya mampu yang ada bersungguh-sungguh dibuat serta dapat meninggalkan kesan kecil mahupun besar sifatnya kepada penerimanya.
Terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat cikgu, saya bergerak atas daya semampunya.