Khamis, Oktober 15, 2009

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2010 - ARGENTINA MARA..!

Catatan: Entri ini ditulis pada pukul 8.05 pagi (15 Oktober 2009 - Khamis) setelah selesai perlawanan Argentina menentang Uruguay.


Zon Eropah - Lengkap 9 Pasukan Layak, Menunggu 'Play-Off' Pula...

1. Lengkaplah sudah 9 pasukan dalam Zon Eropah yang secara langsung ke Piala Dunia 2010 iaitu Denmark, Switzerland, Slovakia, Jerman, Sepanyol, England, Serbia, Itali dan Belanda.
2. 8 pasukan yang memasuki pusingan 'play-off' merupakan pasukan Portugal, Greece, Slovenia, Rusia, Bosnia, Ukraine, Peranchis dan Republik Ireland. Menurut laman web FIFA.com perlawanan 'play-off' ditentukan seperti berikut:
Play-off dates confirmed
The dates for the play-off matches for the 2010 FIFA World Cup South Africa™ have been confirmed.Teams will be seeded on the basis of the next FIFA/Coca-Cola World Ranking, which will be published on 16 October. A draw will also be conducted to determine the home teams for the first legs.
The play-offs will be played over two legs on 14 and 18 November 2009. The draw for these matches will be conducted on Monday 19 October 2009 in the Home of FIFA in Zurich.
3. Mungkinkah dalam 'play-off' ini berlaku pertembungan antara Portugal menentang Peranchis, atau Portugal menentang Rusia atau Peranchis bertemu Rusia? Namun beberapa pasukan pilihan Eropah yang tidak layak ke Piala Dunia merupakan Sweden, Republik Czech, Croatia dan Bulgaria.
Zon Amerika Selatan - Tahniah Argentina! Dalam Derita Ada Hikmah...
1. Setelah berjuang hidup dan mati sejak 3 - 4 perlawanan terakhir peringkat kelayakan Zon Amerika Selatan maka Argentina akhirnya layak juga ke Afrika Selatan pada Jun 2010 nanti.
2. Pagi ini Argentina menang menentang Uruguay 1-0 manakala Ecuador tewas kepada Chile 0-1 yang menandakan bahawa Argentina menduduki tempat keempat peringkat zon serta layak tanpa meneruskan perlawanan peringkat 'play-off'. Pengajaran buat Maradona dan Argentina, mungkinkah kesusahan peringkat zon ini menyebabkan Argentina akan menjulang Piala Dunia 2010?

6 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Rasanya Portugal, Perancis, Russia dan Greece adalah 4 pasukan pilihan. Mereka tkkan bertemu sesama sendiri.

Pecat saja Maradona tu. Dia pemain hebat, tapi bukan coach yang baik.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Terima kasih atas info-info tentang bola sepak. Kalau ketemu lagi selepas ini, mungkin kita boleh berbicara tentang "bulat"nya bola yang menjadi kegilaan di seluruh dunia termasuk di negara kita walaupun ..... (hehehe... faham2 sajalah).

Tanpa Nama berkata...

Nyaris saya akan meninggalkan Piala Dunia jika Argentina tak masuk. Ahaha. (Memang dari dulu sampai sekarang pengikut setia)

Maradona dipilih semata-mata kerana reputasi lampau, bukan prestasi semasa. Pengalamannya sebagai jurulatih kelab pun tak begitu memuaskan. Pilihan pemainnya juga sangat 'aneh'. Perlu berubah kalau nak julang piala dunia

Tanpa Nama berkata...

Maaf, saya tinggalkan komen tanpa nama tadi.
-Fahd Razy-

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid @ YNWA,
Rasanya Portugal, Perancis, Rusia dan Greece tidak bertemu dalam 'play-off' kerana mengikut peraturan FIFA pasukan Zon Eropah ini menentang mengikut kedudukan pencapaian terkini markah terkumpul dunia (ranking).
Jangan terkejut jika Ireland, Slovenia, Bosnia dan Ukraine akan layak nanti..!

Cikgu Nizar,
1. Sudah dapat atau belum kad undangan untuk teater 23 - 24 Oktober ini?
2. Saya mula mengikuti perkembangan bola sepak sejak darjah 4 ketika bermulanya Piala Dunia Sepanyol 1982, sehingga kini terus mengikutinya agak rapat.
3. Kita boleh sahaja berbual-bual soal bola sepak kerana bola sepak merupakan hal bersama yang terisi penuh emosi suka - duka - ceria - marah - geram - menyampah - kutukan dan sebagainya lagi.

Sdra. Fahd Razy,
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca blog kerdil ini yang termuat pelbagai hal semasa.
Saya akui 'ego' Maradona hanya terserlah ketika era 1980-an ketika mewakili Argentina dan kelab di Itali, Maradona tidak 'sesuai dan serasi' selaku jurulatih yang membuatkan Argentina letih untuk layak. Tiada Argentina kuranglah seri Piala Dunia!

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Setakat ini belum menerima kad undangan itu lagi. Mungkin sedikit hari lagi. Sudah dua minggu tidak ke sekolah! Tugasan di luar agak mendesak belakangan ini.