Khamis, Oktober 22, 2009

HARI-HARI TERAKHIR PROMOSI TEATER - 3

Pemandangan pentas dari atas tempat duduk penonton di Auditorium RTM Johor.

Ruang dalam Auditorium RTM Johor yang boleh memuatkan 500 penonton.

Persiapan set dan pentas di Auditorium RTM Johor.

Kerja-kerja menyiapkan set dan props pentas.

Semalam (21 Oktober 2009) berkesempatan meninjau kerja-kerja persiapan set dan pentas termasuk pencahayaan di Auditorium RTM Johor, Jalan Tasek Utara, Johor Bahru. Para petugas dan tenaga produksi sibuk menyiapkan kerja-kerja akhir set dan pentas dengan dibantu penuh komited oleh kakitangan RTM Johor.
Melihat set yang dibina, dianggarkan kos kasar keseluruhan pementasan teater ini boleh mencecah sehingga RM150,000.00! sedangkan kos yang mampu dibiayai oleh DBPWS cuma sekitar RM40,000.00 hingga RM50,000.oo sahaja. Apakan daya peruntukan kecil yang diperoleh maka pihak DBPWS juga hanya mampu sedaya upaya merealisasikan belanja sebanyak peruntukan yang diberikan, namun atas kesungguhan dan komitmen penuh hampir 70 tenaga produksi teater ini maka gambaran kos seumpama RM150,000.00 serta mungkin lebih (andaian tanggapan mata awal) yang melibatkan set, props, kostum, tenaga kerja, tenaga pelakon dan hal-hal berkaitan pengurusan prapementasan seperti promosi, makan minum tenaga kerja, sambutan dan rakaman muzik termasuk hal-hal kecil yang lain.
Honorarium tenaga produksi dan pelakon usahlah dibicarakan kerana mereka menerima kadar yang tidak layak (kadar amat rendah) diterima berdasarkan kadar bayaran yang sebenar. Mereka iaitu tenaga produksi dan pelakon ingin juga 'bermain teater' atas dasar minat, sayang dan cintakan pementasan teater walaupun bayaran tidak memadai!
Akhirnya sekali lagi... DIPERSILAKAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN HADIR MENYAKSIKAN TEATER INI SEADANYA MAMPU YANG DIPENTASKAN DI AUDITORIUM RTM JOHOR, JOHOR BAHRU PADA 23 OKTOBER 2009 (JUMAAT - 8 MALAM) DAN 24 OKTOBER 2009 (SABTU - 2.30 PETANG DAN 8 MALAM).

2 ulasan:

azura berkata...

Sdr.RAR,
Tahniah!Nampaknya promosi yg hangat akan sehangat sambutannya.Percayalah!Tidaklah harapkan budak2 sekolah saja...ye tak?Semoga usaha ini mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat.Jom serbu RTM esok!!!!

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Mudah-mudahan segala kerja yang dilakukan dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran yang lebih mulia daripada-Nya. Tahniah atas persiapan yang saya fikir sangat cemerlang ini. (Sejak awal lagi memang mengagumi saudara).