Memaparkan catatan dengan label MEDIA - SIASAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEDIA - SIASAH. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 11, 2009

TAHNIAH KECIL BUAT PEMENANG..! PR HARUS CEPAT BERUBAH..!

Gambar sekadar hiasan sahaja.


1. Diri ini bukanlah anggota parti (yang berdaftar dan mengisi borang rasmi) dalam tiga parti siasah dalam keanggotaan PR apatah lagi ingin menyertai dan menganggotai UBN, jauh sama sekali. Walaupun diri ini pernah diajak oleh dua pihak sejak zaman pengajian di universiti untuk sertai PAS dan UBN, diri ini masih dan kekal tiada parti tetapi diri ini rakyat Malaysia yang punyai hak untuk bersuara, dan luahan suara serta tulisan tidak seinci menggugat ketenteraman awam dan negara. Diri ini pernah ditegur oleh ‘insan tanpa nama’ dalam blog ini kerana agak sinis tulisan yang ada tetapi diri ini menerimanya, namun sehingga sekarang ‘insan tanpa nama’ itu tidak sudi memperkenalkan dirinya sebenarnya setelah diri ini secara terbuka mempelawanya dengan penuh hormat dan tertib. Tidak mengapalah kerana manusia punyai kecenderungan peribadi menyebelahi pihak tertentu yang sukar dikawal juga oleh manusia lain.


2. Dalam kesibukan mencongak baki pasukan yang bakal ke Piala Dunia 2010, urusan membaca dan meneliti perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bagan Pinang juga tidak dilepaskan. Sedari awal lagi UBN amat-amat penuh yakin menyatakan pasukan mereka bakal menang semudah A-B-C dalam PRK ini, ya… benar pasukan bernama UBN ini menang juga, tetapi belum layak ke ‘Piala Dunia sebenarnya’. Tahniah kecil buat UBN atas kemenangan berharga ini. Biarkan pasukan itu berpesta dan adakan festival besar-besaran kerana selayaknya buat pasukan yang menang…!


3. Namun kemenangan ini merupakan kekalahan buat UBN juga kerana jika amati tulisan MSO dalam entri blognya ‘UBN Dijangka Menang Dalam Kekalahan’ (catatan pada Ahad 11 Oktober 2009 - 7.25 pagi) iaitu:
Bertolak dari itu UBN merasa mereka akan menang. Apa lagi dengan meletakkan Mohd Isa Samad keyakinan UBN bertambah, kerana Isa dikehendaki oleh pendudukan tempatan. UBN mempercayai bahawa reputasi calonnya itu tidak tercalar dan terus mendapat sokongan.Sebenarnya perletakkan Mohd Isa yang mempunyai masalah moral seperti calon mereka di Permatang Pasir adalah satu perjudian besar dilakukan UBN. Kalau UBN menang hari ini parti itu akan tetap kalah kerana tidak berjaya menampilkan calon bersih!Pilihan raya ini juga memperlihatkan keyakinan Pakatan Rakyat berbeza dengan dibeberapa pilihan raya kecil lain. Mungkin keadaan Bagan Pinang diketahui sebagai kubu kebal UBN menyebabkan Pakatan mengambil sikap tidak banyak cakap atau mengarai harapan yang tinggi.

4. Sekali lagi tahniah kecil, selayaknya juga UBN menang kali ini kerana ini kubu amat kuat dan kukuhnya. Maka keputusan PRK Semenanjung Malaysia (tidak termasuk satu di Sarawak) terkini menjadikan PR 7 – UBN 1, harus diingat dalam PRK Kuala Terengganu bahawa PR mengambil kerusi UBN! Tapi di PRK Bagan Pinang kawasan ini sememangnya kawasan kukuh dan utuh UBN!


5. PR harus terima dengan hati penuh terbuka kekalahan ini, adat bertanding menang dan kalah. PR harus sedar diri juga dalam mengatur strategi… yang utamanya PR HARUS BERUBAH DALAM STRATEGI MENANGANI MEDIA ARUS PERDANA YANG ADA KINI, MEDIA ARUS PERDANA YANG MENANG BESAR JUGA KALI INI. Selagi strategi media PR tidak berubah maka PR akan bergerak agak perlahan menuju ‘Piala Dunia sebenarnya’ nanti… Ingat kemenangan UBN yang besar kali ini akan dijadikan strategi untuk terus memerangkap PR! Tahniah kecil buat UBN!

Isnin, Ogos 03, 2009

LAGI LIPUTAN KOLOKIUM PENULIS JOHOR!


1. Lagi berita dan liputan tentang program berskala kecil iaitu Kolokium Penulis Johor 2009 anjuran bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ) yang berlangsung pada 18 Julai2009 di Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru. Kali ini program ini terliput dalam akhbar mingguan (akhbar tabloid politik) iaitu MINGGUAN WASILAH. Foto akhbar tersebut seperti di atas.
2. Liputan oleh Isma Ahmad dalam halaman 5 berjudul 'DBP lega PPSMI dimansuhkan' terbit dalam edisi akhbar ini yang bertarikh 2 - 8 Ogos 2008. Penulis Isma Ahmad merupakan wartawan sambilan yang hadir dalam program ini menulis secara meluas tentang program ini - ya... mengambil sudut yang agak berbeza.
3. Untuk bacaan dan maklumat lanjut liputan ini, bolehlah segera ke kedai tertentu kerana akhbar ini agak terhad seperti akhbar tabloid politik lain juga seperti HARAKAH, SUARA KEADILAN DAN SIASAH (akhbar-akhbar sebegini sukar untuk diperoleh - umpama akhbar sebegini boleh merosakan akidah agama pula!). Selain sering membaca 'propaganda' akhbar harian arus perdana, bacalah juga akhbar tabloid sebegini agar maklumat yang diperoleh itu seimbang (selain membaca dalam web dan blog). Bukankah negara yang 1 Malaysia ini negara demokrasi! Tidak salah rasanya...!
4. Sentiasalah mencari dan membeli akhbar mingguan sebegini (HARAKAH - SUARA KEADILAN - SIASAH - WASILAH) untuk setiap keluaran agar minda tidak terlalu mudah terjajah dan terserap dengan 'propaganda' akhbar harian arus perdana! Sekadar untuk memperoleh maklumat dan mengetahui perkembangan semasa pastinya baca dan tatap juga dua akhbar harian utama yang ada kini tapi bukan semua harus diserap sebegitu mudah khasnya berita politik yang hanya menyebelahi pihak yang 1 Malaysia itu sahaja...!
Selamat Membaca Akhbar yang Terhad Sebegini (yang sentiasa ditekan dan dihalang)! Tidak salah rasanya dalam negara 1 Malaysia yang demokrasi sifatnya...!