Khamis, Oktober 01, 2009

BBK 2009 JOHOR - PERTANDINGAN PIDATO PENCEGAHAN RASUAH

Peserta pidato yang memenangi kategori bahasa Melayu.


Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Prauniversiti Pelajar Sekolah Johor Piala YAB Menteri Besar Johor sempena BBK 2009 Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 30 September 2009 di Hotel Good Hope, Skudai, Johor Bahru, Johor. Pertandingan dalam kategori bahasa Melayu yang melibatkan 10 peserta dari 10 daerah negeri Johor merupakan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor dan DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ). Pemenang setiap kategori mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada penghujung Oktober 2009 di Putrajaya.


Terima kasih buat SPRM Johor yang terus melibatkan DBPWS untuk tahun ke-6 dalam penganjuran pertandingan ini yang diadakan juga sempena sambutan BBSN tahun 2003 - 2008 dan tahun ini sempena sambutan BBK peringkat negeri Johor.

Tiada ulasan: