Isnin, Oktober 12, 2009

PROMOSI AWAL - TEATER NEGERI JOHOR SEMPENA BBK 2009


Foto pementasan teater 'Roh Semberani' pada 25 - 26 Julai 2008 di Auditorium RTM Johor, Johor Bahru anjuran DBPWS sempena BBSN 2008 Negeri Johor.



1. Pementasan teater yang agak berskala besar kembali lagi diusahakan oleh DBPWS. Kali ini naskhah dan arahan Rahimah Muda berjudul 'Srikandi Tanah Jauhar' bakal dipentaskan pada 23 - 24 Oktober 2009 di Auditorium RTM Johor, Johor Bahru sempena BBK 2009 Negeri Johor. Pementasan ini merupakan usaha sama DBPWS dengan Kumpulan Teater KESUMA-I Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ) dan RTM Johor. 3 kali pementasan akan diladakan iaitu pada 23 Oktober 2009 (8 malam) dan pada 24 Oktober 2009 (2.30 petang dan 8 malam). Seperti biasa setakat ini pementasan ini berskala PERCUMA - SEMUA DIJEMPUT HADIR.
2. Promosi dan undangan awal telah mula giat dijalankan, pihak DBPWS sejak 9 Oktober lalu hingga hari ini 12 Oktober; telah mula menghantar dalam lingkungan sebanyak 300 kad undangan, sebanyak 200 surat dan beberapa surat khas undangan kepada institusi pendidikan yang berkapisiti setiap satu institusi ini boleh menghantar pelajarnya seramai 40 orang (sebuah bas). Kad dan surat undangan juga dihantar kepada beberapa individu dan 2 - 3 kumpulan teater di Singapura.
3. Promosi melalui kain rentang sedang diusahakan cetakkannya, pabila siap dalam minggu ini akan direntangkan di tempat strategik dalam bandar raya Johor Bahru sebanyak 10 - 12 kain rentang promosi dan pemakluman. 'Flyers' atau kertas kecil pemakluman bersaiz kertas A4 potong tiga juga dicetak dalam lingkungan sebanyak 1,000 unit untuk diedarkan seperti edaran iklan 'ah long' gayanya, diletakkan di kereta atau di kompleks beli-belah dan sebagainya.
4. Promosi melalui media cetak dan radio juga akan mula digerakkan dalam minggu ini. Sasaran seperti biasa melibatkan media khusus di Johor serta media peringkat nasional. Rangkaian yang ada dalam hubungan yang baik dengan pihak media sebelum ini akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan promosi, saya menghantar siaran media secara sukarela tetapi pihak media itu sendirilah yang menentukan sama ada hendak dikeluarkan atau dihebahkan berita dan pemakluman dalam media mereka. Usaha tetap digerakkan demi seni teater dan persuratan peringkat negeri Johor sebegini.
5. Begitulah gayanya untuk promosi dan pemakluman awal yang harus dan perlu giat dilakukan semaksimum dan sedaya upaya yang ada untuk menarik khalayak menonton kerana kapisiti maksimum penonton boleh dimuatkan dalam Auditorium RTM Johor berjumlah 500 orang, ya apatah lagi pementasan teater ini dipentaskan sebanyak 3 kali dengan tenaga pelakon dan produksi yang bukan bertaraf selebriti atau pelakon popular. Bayangkan jika pelakon dalam pemenatasan ini merupakan artis yang popular dan berjenama besar makanya cukup sekadar promosi kain rentang yang berjumlah 3 - 4 unit sahaja serta tidak perlu menghantar ratusan kad dan surat undangan sekali pun. Apakan daya dalam kos yang diterima untuk melaksanakan pementasan ini kecil maka perlulah 'ukur baju di badan sendiri', namun pementasan tetap diadakan dalam skala semampunya yang perlu ditonjolkan.

4 ulasan:

azura berkata...

Sdr. RAR,
Teater ini pasti hebat seperti mana teater Kesuma i yg lain. Pasti akan pergi!

Farmilla Hamdi berkata...

Tentu pasti hebat, cuma kekangan masa dan tugas menghalang untuk menikmatinya...

ajahare berkata...

tahniah untuk saudara
teruskan ber"blogging"

Rusdi Abd Rahman berkata...

Azura,
Saya belum boleh katakan teater ini hebat setelah pencapaian 'Roh Semberani' tahun lepas kerana tanggapan setiap individu punyai persepsi tertentu serta subjektif sifatnya, tapi saya ada keyakinan terhadap kesungguhan dan komitmen tinggi Kesuma-I ini. Sama-sama kita tontonnya nanti ya...

Sdra. Jaafar,
Mohon serta berharap begitulah agar dapat memuaskan hati dalam 80% penonton. Kenikmatan menonton bergantung kepada individu yang subjektif citarasanya, ada meminati komedi, minat muzikal, suka tradisi, berahi moden dan sebagainya. Nanti ada masa lain ketika datanglah ke sini ya...

Sdra. Ajahare,
Terima kasih kerana berkunjung dan membaca blog kerdil yang biasa ini. Usaha untuk menarik minat khalayak kini kena agresif seada mampu kerana sudah banyak ruang hiburan moden yang lebih 'menarik dan tertarik'. Mempromosi produk sastera dan bahasa kena agresif kerana sifat dunia kini yang lebih utamakan komersil dan ikon selebriti hiburan.