Sabtu, Oktober 17, 2009

BOLING SPRM - SANTAI DAN MESRA

Paparan kutipan markah masih kosong.

Kakitangan SPRM dan JPNJ bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Gaya Shahrur membuat lontaran yang meyakinkan.
Bukan pemain profesional malahan bukan amatur sekalipun.


Semalam menghadiri dua acara anjuran dan jemputan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor. Selepas solat Jumaat menghadiri majlis sambutan hari raya SPRM Johor di MAWAR, Johor Bahru. Majlis ini dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Sri Hj. Ahmad Said Hamdan.

Malamnya juga dijemput menyertai program Gerak Mesra Boling SPRM di Pelangai Leisure Mall, Johor Bahru. DBPWS diminta menghantar pasukan yang melibatkan dua lelaki dan seorang wanita, maka pasukan DBPWS yang bersaing bersama 10 pasukan lain antaranya SPRM Johor, Ibu Pejabat SPRM, JPNJ, MBJB dan JKKNNJ. Pasukan DBPWS terdiri daripada saya, Shahrur dan Syuhada yang menentang pasukan SPRM cukup hebat diketuai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Pertandingan yang bersifat santai dan ramah mesra ini mencapai matlamat kerana merapatkan hubungan antara pihak SPRM dengan jabatan dan badan kerajaan yang banyak bekerjasama dalam tujuan dan matlamat yang sama. Lontaran dan jatuhan pin pasukan amatur @ suka-suka DBPWS bolehlah juga dibanggakan kerana Shahrur dan Syuhada serta saya sendiri ada membuat 4-5 kali jatuhan pin secara penuh (strike). Boleh tahan juga pasukan DBPWS ini walaupun tanpa latihan dapat bersaing juga seadanya mampu. Terima kasih atas kesungguhan Shahrur dan Syuhada.
Johan pertandingan diraih pasukan JPNJ. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Sri Hj. Ahmad Said Hamdan dan Tn. Hj. Simi, Pengarah SPRM Johor. Menurut pegawai kanan SPRM majlis hari raya dan program santai sebegini sering diikuti oleh Ketua Pesuruhjaya jika bersesuaian waktu dan tarikh di setiap negeri. Saya mula mengenali kakitangan, pegawai kanan dan beberapa pengarah BPR / SPRM bermula tahun 2004 lagi kerana pihak BPR (ketika itu) mula memanggil pihak DBPWS untuk bersama dalam penganjuran pertandingan pidato pencegahan rasuah bagi peringkat pelajar sekolah serta beberapa program lain yang bersangkutan dengan peranan DBP secara umumnya.
Terima kasih buat SPRM Johor kerana mengundang DBPWS dalam dua acara yang diadakan dalam tempoh satu hari ini. Permainan boling tersebut bukanlah sangat untuk diraih hadiahnya tetapi kemesraan dan hubungan semakin kukuh serta meningkat dalam kalangan kakitangan SPRM Johor itu yang terserlah.

3 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Kalau melihatkan gaya, boleh menggantikan Zulmazran Zulkifli ni... Hehehe. Santai, jangan tak santai.

azura berkata...

Perrgghhh!!! Cayalah DBPWS! Kita pun sepatutnya kena anjurkan GERAK MESRA antara DBPWS dgn PPJ ke...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Nizar,
Bersantai untuk rapatkan hubungan kerja rasmi dengan pelbagai pihak, ya... ingin 'menjual' produk yang kurang laku, kurang diminati dan kurang didekati masyarakat ini perlu pelbagai pendekatan cikgu... hehehe...

Azura,
Hidup pasukan DBPWS walaupun peserta wanita asalnya orang lain (hehehe) tapi cadangan Pn. Maria tempoh hari langsung saya tidak setuju kerana pilihan Pn. Maria 'kurang berjenama dan kurang berjenis serta kurang memikat' untuk didedahkan dalam hal bersaing untuk boling ini... hehehe...
Nanti boleh diusahakan Gerak Mesra bersama PPJ serta badan / organisasi lain juga, baik idea itu...