Jumaat, Julai 30, 2010

SANTAI: METALLICA TETAP KONSISTEN UNGGUL...



Foto-foto klip video 'The Day That Never Comes'.

Dua malam berturut-turut secara tidak sengaja dan tanpa dirancang tertekan alat kawalan jauh televisyen lalu sempat menonton rangkaian Astro Hitz 705. Rangkaian Astro Hitz ini merupakan rangkaian yang memaparkan klip-klip video lagu-lagu berbahasa Inggeris. Sekitar pukul 9 - 10 malam ada slot rancangan yang dinamakan "Riffs" yang hanya memaparkan klip-klip video muzik berentak pantas dalam pelbagai kategori atau genre 'rock'.
Berkesempatan menonton dan menghayati lagu dan tayangan klip video Metallica berjudul 'The Day That Never Comes'. Klip video lagu ini memaparkan kisah beberapa askar di sebuah gurun 'bertembung' dengan dua watak (seorang berpurdah) yang mengalami kerosakan kereta. Para askar cuba untuk 'menembak' tetapi akhirnya membantu menolak kereta yang rosak itu.
Hakikatnya bukannya kisah askar itu tetapi mesej lagu ini serta hakikatnya rentak muzik yang dibawakan oleh anggota Metallica tetap mantap dan unggul dalam kelas serta mutunya tersendiri walaupun sudah berusia dan lama jejaknya. Jika didengar muzik dan suara Metallica tanpa melihat visual klip video pasti penggemar muzik yang amat arif tentang genre muzik Metallica tidak akan salah menekanya pabila kali pertama mendengarnya...
Dalam slot "Riffs" ini juga dipaparkan beberapa klip video daripada kumpulan yang berentak pantas dalam pelbagai kategori genre rock. Sekadar untuk bersantai dan menikmati muzik genre sebegini dalam merehatkan minda serta menonton klip video tiada salahnya tidak kiralah sesebuah kumpulan itu semangnya kumpulan unggul bertaraf legenda mahupun yang baharu berjinak dalam genre pantas rock sebegini.
Janganlah terlalu 'layan dan taksub' dengan genre muzik yang dibawakan oleh kumpulan seperti Jumpa Pak Cik Hussin, Bunkface, Hujan dan seangkatannya yang kononnya dengan bendera 'alternatif' tapi lebih 'indah khabar glamor daripada muziknya...'

3 ulasan:

Ameen Homestay berkata...

heh..alternatif..itu minat budak2 sekarang. Sama la kita, Gua langsung x minat bro..
Lagu ntah apa2..baik gua layan nothing else matter atau unforgiven
..cool je :)

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Metallica; satu jenama unggul dalam aliran metal. Riff gitar Kirk Hammet dan James Hetfield meletakkan Metallica band metal TERBAIK pernah dilahirkan di muka bumi! Harvester of Sorrow, Sanatarium, Sad But True, dan Blackened akan kekal sebagai antara lagu yang tidak akan luput dalam ingatan. Rasa-rasanya tidak ada sebuah lagu pun daripada band ini yang tidak menyengat! Mungkin ramai yang tak sedar tentang lagu Blitzkrieg, antara lagu yang layan kepala! Head bangin! Bro, ulaslah lagi tentang band metal yang lain pula seperti Megadeth dan Napalm Death. Metal berapi!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra Pak Cu,
Minat remaja sekarang pasal hal-hal alternatif ini tidak sama dengan minat remaja sekitar 1980-an dan awal 1990-an tentang hal-hal rock dan metal. Alternatif kini lebih banyak glamor semata-mata....

Cikgu @ Sifu Metal,
Cikgu memang diri ini kenal sungguh-sungguh pasal pelbagai aliran metal ini merupakan insan pakar. Diri ini tidak akan dan tidak dapat sampai bila-bilapun bersama-sama setaraf ilmu dan pengetahuan Cikgu tentang hal ini, diri ini cuma suka dan minat tahap biasa mendengar lagu-lagu aliran pelbagai metal ini; namun yang pasti Metallica "tetap menjadi pujaan hatiku..."
Cikgu merupakan rujukan utama hal-hal pelbagai aliran metal ini buat diri ini...