Sabtu, Julai 03, 2010

SANTAI PD 2010: NAH... RASAKAN BRAZIL YANG EGO DAN SOMBONG BESAR!

Zidane tonggak utama yang dibanggakan ketika menghancurkan Brazil dalam peringkat suku akhir PD 2006 Jerman. Terima kasih Perancis (ketika PD 2006) dan tahniah besar Belanda (PD 2010) kerana menghapuskan 'ego dan sombong besar' Brazil...

NAH... TERIMALAH PENANGAN BELANDA WAHAI BRAZIL YANG SOMBONG LAGI EGO BESAR...!

Teramat berpuas hati menyaksikan pasukan yang diklasifikasikan sebagai 'ego dan sombong besar' tewas kepada Belanda. Inilah saat-saat indah cukup gembira kali ini dalam edisi PD 2010 pabila melihat pasukan yang kononnya 'terlalu hebat dan megah' rebah. Sejak PD 1982 sehinggalah edisi PD 2010 ini sering harapkan pasukan Brazil agar tewas apatah lagi kalau boleh tewas awal dalam peringkat kumpulan. Teramat gembira hati melihat Brazil tewas kepada Perancis (peringkat suku akhir) hasil jaringan tunggal Henry pada edisi PD 2006 Jerman dan tewasnya Brazil dalam perlawanan akhir PD 1998 juga kepada Perancis masih berbekas di hati hingga kini apatah lagi kalahnya pasukan ego besar ini semalam.
Sesetengah media menyatakan ini salah satu kejutan besar dalam PD 2010 tetapi ini bukanlah kejutan kerana Belanda bukannya taraf pasukan seumpama Korea Utara atau Honduras (atau Malaysia? - Malaysia layak cuma selaku pengadil simpanan sahaja lalu pengadil yang seorang itu pulang semalam tanpa jadi pengadil utama atau penjaga garisan sekalipun, hahaha...). Kekalahan Brazil ini amat dinanti bagi penggemar yang inginkan Brazil jatuh tersungkur lalu rebah tanpa bangun. Pabila jaringan pertama Brazil oleh Robinho seluruh pemain dan pegawai Brazil begitu yakin bahawa dapat menambahkan gol lalu ke peringkat separuh akhir; Brazil tersilap memandang rendah Belanda pabila Belanda bangkit dengan 2 jaringan pada separuh masa kedua.
Ego dan sombong besar Brazil terserlah sebelum PD 2010 bermula lagi (begitulah juga bagi setiap PD yang sebelum ini), memandang rendah pasukan lain lalu mengangkat setinggi-setingginya bahawa tiada pasukan dapat mengalahkannya. Kesombongan Brazil bertambah terserlah pabila bertemu Korea Utara, Ivory Coast, Portugal dan Chile sebelum ini. Dalam perlawanan menentang Belanda semalam juga begitu dengan watak jurulatihnya Dunga (kapten Brazil dalam PD 1994 USA yang menjulang Piala Dunia ketika tewaskan Itali melalui penalti... cukup besar egonya ketika itu) sering pertikaikan keputusan pengadil, watak Robinho yang 'samseng dan gengster' yang asyik cuba ingin bertelagah dengan pemain Belanda, watak Felipe Melo yang 'ganas' lalu ditunjuk jalan keluar dengan hadiah kad merah, dan pelbagai lagi sikap dan watak pemain Brazil yang sombong lagi memualkan; maka terimalah selayaknya padahnya...!
Wira-wira Belanda yang setia dengan warna oren diucapkan tahniah; Robben yang licik dan berkesan (ada kalanya liciknya sedikit berlebihan), Kuyt yang gagah selaku penyerang dan ada ketikanya selaku pertahanan (pemain Liverpool yang berjasa), Sneijder yang pintar berbanding Kaka yang longlai (akan bersama Benitez di Inter Milan), dan beberapa pemain Belanda yang lain. Kali ini Belanda 'bijak' kerana tidak menggunakan penjaga gol Man U iaitu Van Der Sar tetapi kurang bijak kerana menggunakan Van Persie, pemain Arsenal yang longlai buat pasukannya sendiri...! Belanda berjaya juga menebus kekalahan ketika separuh akhir PD 1998 Perancis (itupun Brazil menang nasib ketika sepakan penalti selepas tambahan masa).
Gembira sungguh hati ini tidak terkata dengan kemenangan Belanda ini, tidak kira pasukan manakah yang berjaya ke akhir lalu menjulang piala hati ini tetap berpuas hati pabila Brazil tersingkir lalu menunggu dan menyambut tetamu yang bakal datang pada 2014 di Brazil juga nanti. PD 2010 kali ini pasti membekas dalam hati dengan malunya pasukan ego dan sombong besar ini tersekat lagi untuk menjulang Piala Dunia buat kali keenam! Nah... rasakan buat peminat tegar Brazil, terimalah hakikat bahawa Brazil yang sombong dan ego tidaklah selamanya kuat dan hebat kerana ada pasukan yang boleh menafikannya...
Apa-apapun selagi Brazil masih sombong dan ego serta tidak sedarkan diri selagi itulah banyak pasukan berkobar-kobar ingin menewaskannya termasuk pasukan dari negara-negara Afrika dan Asia (termasuk Malaysia? tidak mungkin sama sekali - jika Malaysia lawan Brazil, tetap sokong Brazil juga nanti...). Brazil bolehlah bersiap awal untuk menyiapkan pelbagai hal selaku tuan rumah PD 2014 nanti.

2 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Saya tak pernah lupa kekalahan Belanda kpd Brazil pd semi 1998. The best team at the tournament lost. Mereka lebih konsisten daripada Perancis yang menjadi tuan rumah ketika itu.

Begitu juga aksi Bebeto pd suku akhir 1994 yang menjaringkan gol ofsaid sebelum memulakan aksi mendodoi anak yang menjadi ikutan hingga ke hari ini. Kemudian Brano yang melakukan fault (menonyoh muka pemain lawan) tetapi beroleh sepakan percuma utnuk gol ketiga.

Tanpa Nama berkata...

Bro,
bukan pasukan sahaja yg ego..penyokongnya pun sama ego..menanah teliga ni kalau dok di kedai mamak. Tendang "pellor" maksudnya tak masuk pun jerit sampai satu bandar boleh dengar...akhirnya ambik kau.. la la la la la la..hey hey hey GOOD BYE..