Ahad, Oktober 18, 2009

INSIDEN BOLA @ BELON MERAH - LIVERPOOL TEWAS!


Foto insiden 'bola @ belon merah' - Liverpool tewas 1-0.
(Foto dikutip dalam sokernet.blogspot.com)

Kekalahan Liverpool semalam yang ditewaskan 1-0 oleh Sunderland tidaklah mengejutkan, - maksudnya jumlah jaringannya; tetapi mengejutkan Liverpool tewas di Stadium of Light (berkapasiti 49,000 penonton) disebabkan angkara penyokong kecilnya (rasanya berusia darjah 5-6) yang membaling bola @ belon merah. Sejurus perlawanan yang disiarkan secara langsung iaitu dalam slot 'Final Score' Astro 812 semalam jelas dipaparkan bahawa seorang kanak-kanak membaling bola @ belon merah ke padang. Melayari internet dan sokernet.blogspot.com jelas bola @ belon merah itu berlambangkan Liverpool! Bola yang ditendang Bent terkena bola @ belon merah itu lalu terbias mengelirukan Reina... gol untuk Sunderland. Mungkin juga Liverpool tewas semalam kerana ketiadaan dua tonggak utama iaitu Gerrard dan Torres?
TIDAK MENGAPA LIVERPOOL KALAH ANGKARA BOLA @ BELON MERAH ITU..., NANTIKAN AMUKAN LIVERPOOL TERHADAP MAN U PADA 25 OKTOBER 2009 NANTI... TUNGGU SAHAJA MUNGKIN MAN U AKAN DIBELASAH 4-1 SEPERTI MUSIM LALU?

9 ulasan:

pakcu berkata...

TIDAK MENGAPA LIVERPOOL KALAH ANGKARA BOLA @ BELON MERAH ITU..., NANTIKAN AMUKAN LIVERPOOL TERHADAP MAN U PADA 25 OKTOBER 2009 NANTI... TUNGGU SAHAJA MUNGKIN MAN U AKAN DIBELASAH 4-1 SEPERTI MUSIM LALU?

hahaha wah emosinya liverpool fan.
we will c..what will be happen next week..ingat MU sama dengan Telekom Melaka ke ? :)

tapi kalau menang lagi..memang gua tabik itu rafa beni la :)
tapi kalau ka;ah..rafa beni ada harapan utk cari kelab lain

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu,
Nasiblah Rafa lepas jika kalah dengan Man U, mungkinkah Torres tidak akan menghabiskan musim EPL 2009/2010 bersama Liverpool? Mungkinkah Torres ke Man U atau Barcelona atau Real Madrid atau Chelsea (oopps... Chelsea tidak boleh pemain sehingga akhir musim). Jika Liverpool menang pasti menjadi kebangkitan hebat...

ajahare berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fasa1-pemikir agung berkata...

belon " red devil " dah muncul nampaknya..

moyes berkata...

Budak 10 tahun itu rupanya penyokong MU @ Everton yang menyamar.

Khabarnya, ada bau-bau bacang dengan Wayne Rooney. Kulitnya albino sepeti Scholes dan Rooney. Hehehe.

Zulfazlan Jumrah berkata...

Huhu..Kita tengok nanti macam mana. Man U akan pastikan The Reds gigit kaki!huhu..

pakcu berkata...

pagi ini rafa beni sekali lagi bungkus nasi lemak utk dijual sekitar anfield(memikirkan mungkin lepas ni dah xde kerja, jual nasi lemak pun masyuuuk )

heheh..sabar..sabar..sesapa yg ada lesen A bleh la hantar resume kat George Gillete utk aply jadi manager :)

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu,
1. Entri dalam blog Pak Cu berjudul 'Nasi Lemak Bungkus vs Roti Canai' itu penuh satira yang menghiburkan. Begitulah tanda-tanda awal En. Rafa akan tersingkir(?) yang akan menyebabkan Anfield kosong tanpa pembuat nasi lemak yang enak. Siapakah bakal menggantikan En. Rafa nanti?
2. Untuk menenangkan fikiran, apa-apapun jika ada kelapangan masa jemptlah menyaksikan teater 'Srikandi Tanah Jauhar' yang akan dipentaskan di Auditorium RTM Johor, Jalan Tasek Utara, Johor pada 23 Oktober 2009 (8 malam) dan 24 Oktober 2009 (2.30 petang dan 8 malam). Sudilah datang serta bawalah ahli keluarga dan kenalan sekali, yang pastinya tiada cenderamata 'bola pantai merah' yang disediakan.
Hehehe...

akureformasi berkata...

United bakal menciptakan rekod baru untuk Liverpool Ahad ini.. 5 in a row... Hehehe... =p