Selasa, Ogos 25, 2009

BICARA KARYA SASTERA JOHOR 2009








1. Program Bicara Karya Sastera Johor 2009 yang tertangguh sekali ini (sepatutnya diadakan pada bulan Jun / Julai) akhirnya berjaya dilaksanakan pada 20 Ogos 2009 di SMK Raja Muda, Parit Jawa, Muar, Johor. Program ini merupakan anjuran bersama DBPWS dan Bahagian Teori dan Kritikan Sastera (BTKS) DBP dengan mendapat kerjasama penuh pihak Panitia Kesusasteraan Melayu Daerah Muar, Persatuan Penulis Johor (PPJ), dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar.

2. Amalan tradisi diteruskan sejak tahun 2002 bersama pihak BTKS DBP dengan mengadakan 1 atau 2 kali program sebegini untuk kuota negeri Johor, sememangnya seboleh mungkin (tetapi bukan wajib) membicarakan karya penulis Johor atau kelahiran Johor, juga jika dapat pembentangnya juga dari negeri Johor (tetapi bukan wajib).

3. Kali ini hasrat untuk menampilkan tiga karya penulis Johor tercapai dengan terpilihnya (saya meyakinkan En. Jusoh, BTKS DBP agar karya tersebut dibicarakan) karya antologi cerpen W.B. Rendra 'Mazhab Cinta', karya antologi puisi Shapiai Mohd Ramly 'Keris Sebilah Itu', dan karya novel Zulkifli Khair 'Meniti Batas'. Dua daripada tiga pembentang karya tersebut saya juga yang tentukan termasuk Pengerusi program iaitu Cikgu Mohamad Taufek Mahamud setelah diberikan kepercayaan oleh En. Jusoh.


4. Tajuk kertas pembentangan seperti di bawah:
i. En. Azhar Salleh, Munsyi Dewan DBP - 'Kritikan Sosial dalam Keris Sebilah Itu - Suatu Penerapan Teori Konseptual Kata Kunci'.
ii. Prof. Madya Arbak Othman, Pensyarah UPM - 'Rujukan dan Tafsiran Estetik dalam Cerpen W.B. Rendra: Suatu Pendekatan Semiotik'.
iii. Pn. Ruzaini Yahya, SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar - 'Meniti Batas: Potret Realiti Masyarakat'.


5. Pada program kali ini juga kehadiran 3 penulis karya yang dibicarakan juga sesuatu yang istimewa. Hj. Shapiai Ramly juga agak 'rusuh' dengan kata-kata pujian dan kata-kata semangat yang ditujukan oleh pembentang iaitu En. Azhar Salleh, namun menurut En. Azhar Salleh dalam blog popularnya 'Witra', "Jikalau tuan haji ikhlas ketika berkarya, demikian juga saya ketika menelaah dan memberikan pandangan tentang Keris Sebilah Itu".


6. Ucapan penghargaan terima kasih buat Panitia Kesusasteraan Melayu Muar; SMK Raja Muda; Cikgu Mohamad Taufek Mahamud; En. Jusoh, BTKS DBP; para pembentang iaitu En. Azhar Salleh, Prof. Madya Arbak Othman, Pn. Ruzaini Yahya; penulis karya yang dibicarakan Hj. Shapiai Ramly, W.B. Rendra dan Hj. Zulkifli Khair; para petugas dan urus setia dalam kalangan guru daerah Muar; para hadirin dan peserta sekalian.
Mohon maaf juga jika terdapat serba kekurangan dalam program ini termasuk juga terpaksa dibuat program ini pada hari bekerja setelah 2 - 3 pilihan tarikh yang ada tidak bersesuaian dengan pelbagai faktor, namun tarikh 20 Ogos itu merupakan tarikh pilihan terbaik yang ada dengan pelbagai faktor yang bersesuaian.


Insyaallah, program Bicara Karya Sastera Melaka 2009 akan menyusul dalam bulan Oktober atau November nanti. Terima kasih.

4 ulasan:

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam ramadan en.rusdi.
terima kasih memberi ruang kepada mazhab cinta untuk diperkatakan. sebagai penulis, saya dapat melihat sisi lain pembaca. dan pengkritik secara teori.

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Gambar orang tua yang bersongkok tu, orang tua mana? Berlagak aje hehe..

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Tahniah kerana berjaya menganjurkan program ini walaupun banyak hambatannya. Segalanya kelihatan dan berlaku hampir sempurna. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada RAR kepada memberikan peluang ini sekali lagi kepada saya untuk menjadi pembicara. Mudah-mudahan Jusuh tidak lagi Rusuh!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra. Wahyu,
Ada tak buku bakal terbit waktu terdekat ini atau awal tahun 2010 nanti? Jika ada (sama ada penerbitan DBP atau penerbit lain) boleh dicadangkan untuk Bicara Karya Sastera Johor 2010 nanti.

Tn. Hj.,
Tanpa insan 'Lansia' bersongkok itu... maka tiada pula program ini ya... Hehehe... Saja gurau-gurau manja melalui blog ini sahaja Tn. Hj ya...

Cikgu,
Tahniah dan berbanyak terima kasih atas kertas pembentangan yang amat baik dan bermutu itu (bukan saya seorang kata begitu...).