Isnin, Ogos 10, 2009

PULAU PISANG PONTIAN (PPP) - 1

Kain rentang program.
Ketibaan ahli rombongan di jeti PPP.
Tanda nama jeti di Sungai Pinggan / Sungai Benut, Pontian.


Para ahli rombongan siap sedia berlepas dari jeti Wak Sehan ke PPP.


Pendakian sebenar menuju ke Rumah Api Pulau Pisang.


Salah satu rakaman pokok pisang dalam kawasan Rumah Api.
1. Belum sempat menghabiskan catatan pengalaman program ke Gunung Ledang (GL), satu lagi cabaran kembara telah ditempuh - selang satu minggu selepas ke GL kali ini ke pulau pula iaitu pulau yang kontroversi iaitu Pulau Pisang, Pontian (PPP). Kontroversi dan tumpuan 1 Malaysia terhadap PPP ini selepas Malaysia terlepas pegangan Pulau Batu Putih kepada nagara jiran atas keputusan Mahkamah Antarabangsa di The Hague, Belanda.
2. Program ini sebenarnya telah lama dirancang iaitu sejak akhir tahun 2007 @ awal tahun 2008 oleh Persatuan Penulis Johor (PPJ) melalui idea Ketua 1 PPJ, Amiruddin Md. Ali Hanafiah. Beliau ketika itu bersungguh-sungguh ingin mengadakan program lawatan seni dan sejarah ini dengan mengusulkan agar DBPWS terlibat sekali.
3. Maka hasrat tercapai akhirnya pada tarikh 9 Ogos 2009; dengan penganjuran rasmi (mengikut buku atur cara) iaitu melibatkan Pejabat Parlimen Pontian, PPJ, DBPWS dan Persatuan Sejarah Johor Cawangan Pontian. Empat badan bergabung ini tidak akan berjaya melaksanakan program ini jika tanpa bantuan utama pihak Pejabat Daerah Pontian, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pontian, Jabatan Alam Sekitar, dan lain-lain jabatan serta pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
4. Seramai 50 - 60 ahli rombongan daripada pelbagai jabatan dan organisasi bergerak ke PPP lebih kurang pukul 10.00 pagi dengan menaiki 3 buah bot nelayan dan satu bot kecil. Ahli rombongan dilepaskan secara rasmi oleh YB Hj. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian.
5. Dari jeti menyusuri Sungai Benut, Pontian sampai ke jeti PPP mengambil masa 1 jam bergantung kelajuan bot dan cuaca serta ombak di laut Selat Melaka. Menaiki bot kecil dan bot nelayan yang membawa lebih muatan ahli rombongan serta kurangnya jaket keselamatan menyebabkan sebahagian besar ahli rasa dalam hati agak ketakutan! (selepas berjaya pulang ke daratan Benut pada petangnya - kebanyakan ahli yang ditanya meluahkan rasa takut itu.)
Sambungan untuk cerita @ pengalaman lanjut serta foto yang dirakam sendiri yang melibatkan sekitar PPP, Rumah Api dan kawasan jeti di Benut serta beberapa kisah benar dan mitos PPP...

3 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Apa kata, bahan kembara di GL dan PP menjadi unsur atau tema penulisan puisi yang rasa-rasanya, sudah lama tidak menjengah persada!

Unknown berkata...

Bot fiber yang enjin rosak tu sayalah,memang saya perasan masing-masing macam ketakutan apa lagi gelombang agak kuat , tapi yang penting kita semua selamat , kan.

Unknown berkata...

saya ada sikit la gambar kat pulau ni kalau nak tengok cuba cari kat video guna nama mna.transport atau nasir75@blogspot