Selasa, Ogos 25, 2009

TERUS KALAH! 1 MALAYSIA SUDAH TAHU

Dalam berita TV3 malam ini disiarkan tentang berita kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hanya dalam 1 minit sahaja, selepas itu disusuli omongan membosankan serta kosong oleh Sang Pembesar Pagoh yang menyatakan parti pembangkang bertindak kasar, tidak mematuhi peraturan pilihan raya, bla... bla.. bla.. , serta diikuti cakap besar Sang Pembesar Sembrong yang tersilap sebut pasal SPR dinyatakan SPRM! Alahai pemimpin besar dua orang ini...! Sudah kalah terima sahaja kekalahan itu!
Selepas ini akan kedengaran macam-macam kenyataan daripada puak ini tentang kekalahan; antaranya "Kita sepatutnya menang tapi disebabkan parti pembangkang bla.. bla... bla... ", "Rakyat tetap menyokong kita...." dan lain-lain kenyataan puak ini yang memualkan dan cuba membodohkan rakyat ramai!
Melalui kenyataan sinis dan sindiran oleh Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS merangkap Pengurus Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir bagi PAS sebelum ini; PAS hanya menyasarkan kemenangan dengan hanya 1 UNDI majoriti sahaja! Kenyataan Mahfuz ini lebih berbentuk sindiran tajam buat lawan yang terkenal diselebungi sikap dan tindakan penuh ego, angkuh, cakap besar, riak, takabur, dan pelbagai hal negatif puak ini!
Seminggu lalu puak-puak angkuh ini cakap besar dan riak menyatakan yakin dan pasti menang serta menghamburkan pelbagai kata-kata kurang enak kepada pihak Pakatan Rakyat... Nah, kini 1 Malaysia sudah tahu siapa yang menang siapa yang kalah!
TAHNIAH! 1 Malaysia sudah tahu puak-puak itu kalah lagi...!

9 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Demikianlah sifat pihak yang sentiasa berasakan bahawa sejarah tidak penting. Sepatutnya sejarah mengajar mereka, namun kini, mereka diajar oleh sejarah! Kemenangan PAS rasa-rasanya sudah dapat dijangka kerana saya percaya bahawa "Yang menang sebenarnya tidak kuat, tetapi yang kalah sangat lemah".

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu,
Saya sering ternanti-nanti komen @ buah fikir pandangan cikgu, kali ini saya cukup tertarik bahawa "Yang menang sebenarnya tidak kuat, tetapi yang kalah sangat lemah".
Memang benar secara realiti PAS tidaklah sekuat mana tetapi lawannya juga cukup lemah tetapi berlagak gagah dan gah dengan sifat angkuh dan bongkak! Khabarnya kempen UMNO/BN banyak mengungkit soal pembangunan serta menjanjikan pembangunan besar-besaran... realitinya mereka ini ingin bodohkan rakyat tetapi rakyatlah yang membodohkan mereka kembali...!

Citra Wangsa berkata...

Surat khabar kata, kemenangan tersebut merosot dr thn sudah. Bg saya merosot ke, menurun ke, melintang ke, menegak ke...yang penting menang! Kata surat khabar lagi...kemerosotan itu tanda pengundi PAS semakin hilang kepercayaan thdp parti itu. Habis, yang kalah tu...apa cerita???

Sham al-Johori berkata...

Tuan-tuan dan puan-puan,
Kita jangan ikut retorik Kuasawan Pagoh dan Semberong itu.
Mereka itu menunggu rebah sahaja.
Salam ramadhan. Takbir.

Farmilla Hamdi berkata...

Tahniah kepada yang menang, sedarlah kepada yang kalah

akureformasi berkata...

Cakap2 UMNO/BN sekarang ini umpama membeli kain kapan...

PRK-PRK yang diadakan selepas PRU 12 yang lalu umpama menggali kubur mereka sendiri..

Dan PRU 13 yang akan datang adalah masanya untuk mereka menimbuskan diri mereka...

Semoga mereka berjaya menimbuskan diri mereka dgn bantuan rakyat jelata.. Insyallah..

Pemerhati berkata...

Saudara,
Kita belum lagi bermain dalam gelanggang BN... selama ini yang mati atau meletak jawatan ialah gelanggang PKR dan PAS. Jangan angkuh kerana tak semua yang benci dan banyak juga yang meluat dengan telatah pembangkang. Biasalah adat bertanding. Jangan terlalu emosional menyatakan perasaan hati kerana anda menggunakan jawatan sebagai kakitangan awam. Saya menyarankan anda membuka blog peribadi tanpa mempamerkan identiti anda sebagai pegawai DBP..sama seperti Puan Azura juga...barulah adil anda bercakap bernada politik. Saya tidak menafikan kebebasan berpolitik anda. Tapi anda tanya sekuat mana DBP dalam mempertahankan bahasa Melayu. Jangan kokok berderai-derai..ekor masih bergelumang tahi.. sekadar teguran.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Azura,
Begitulah hakikatnya pabila akhbar utama (yang pastinya milik mereka) akan menyatakan begitu... mereka masih begitu, tidak ada perubahan yang besar-besaran untuk memenangi hati rakyat ramai.

Tuan Shamsudin,
Retorik mereka ini sekadar untuk menyedapkan hati selepas tewas... sedangkan PR diserang amat teruk ketika kempen ditambah keyakinan amat tinggi mereka untuk menang tapi... lihatlah realitinya.

Sdra. Jaafar,
Yang menang juga harus bersyukur besar kepada-Nya agar ada muhasabah diri untuk terus diterima rakyat.

Sdra. Akureformasi,
Ingat...! puak-puak ini akan menjalankan 1001 strategi lagi untuk menggagalkan PR, maka harus setiap masa para penggerak utama PR kena beringat untuk melawan strategi ini...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra. Pemerhati Yang Dihormati,
Salam Perkenalan.
1. Terima kasih atas kunjungan serta sudi mebaca tulisan ini. Terima kasih juga atas teguran membina serta membuka minda yang baik. Alangkah indah dan mulianya jika Sdra. Pemerhati dapat mengenalkan diri supaya antara kita lebih tulus dan telus. Mungkin kita dapat bersahabat walaupun punyai aliran pendapat dan pegangan yang berbeza... rasa-rasanya tidak bersalahan.

2. Saya menulis pandangan bukan atas sifat angkuh serta buat-buat cerita tetapi itulah kenyataan yang ada tentang PRK kali ini. Maaf Sdra. jika saya nyatakan bahawa PR bertanding di PRK K. Terengganu awal tahun dulu berjaya mengambil kerusi BN. Yang lain memang diakui secara profesional akan apa yang dikatakan Sdra., namun belum ada PRK yang lalu bahawa BN rampas kawasan PR (kecuali pertukaran kerajaan di Perak?). Saya juga rasa lapang hati bahawa Sdra. ada menyatakan "Saya tidak menafikan kebebasan berpolitik anda." Terima kasih Sdra. Pemerhati.

3. Saya bersetuju dengan Sdra. bahawa saya tidak perlu paparkan identiti selaku penjawat tempat bertugas, saya sudi keluarkannya dalam ruangan PENGENALAN DIRI itu. Untuk pengetahuan Sdra., saya seboleh mungkin akan menulis dan mengutip pandangan dan berita dalam blog ini tanpa menggunakan 'pelayan' di organisasi, saya gunakan 'broadband' saya sendiri.

4. Saya tidak bersetuju dengan pandangan Sdra. yang akhir itu bahawa... "Tapi anda tanya sekuat mana DBP dalam mempertahankan bahasa Melayu.", pada hakikatnya banyak hal organisasi ini telah buat untuk pertahankan bahasa Melayu... ada yang berjaya namun bukan sikit yang terhalang oleh sekatan dan arahan tertentu...

5. Akhirnya, terima kasih sekali lagi atas teguran Sdra. ini. Saya tetap boleh bersuara dan menyatakan pandangan dengan seadanya dalam sebuah negara yang amalkan sistem demokrasi, saya tidak sekali menggugat apa-apapun tapi saya layak bersuara untuk menyatakan pandangan walaupun pandangan atau suara itu tidak digemari ramai. Tafsiran manusia sememangnya berbeza... namun percambahan dan perkembangan minda perlu melalui perbezaan pendapat, inilah yang menarik dalam perbezaan pendapat.

Sekian. Terima kasih dan Salam Perkenalan.