![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikJz-908qffqRiOkC6qtwMNCU3Q7G5hWbwonDONKt0bHysmzXtoym-GinCKLT_Qq0wXg_I2CByI9OOBgPwFuAMXJKCjSaR6PPo3NqVVn3g2Joz-BAKnu_jtv9zkoN9Fu1oT4fvrqCpZvnA/s320/IMG_0092.jpg)
Kehadiran penonton luar dugaan pabila yang hadir seramai 130 orang sedangkan kerusi yang ada disediakan (itupun sudah maksimum diletakkan kerusi sebanyak 90 kerusi). Keseluruhan penonton yang hadir dalam pelbagai peringkat umur dan pendidikan. Pengarah DBPWS Turut hadir menyaksikan pementasan yang pertama ini, juga turut hadir Sdra. Sharrul Rizal DBPWT dan Sdra. Syaidul Azam DBPWS. Sebelum pementasan dipohon semua khalayak menyanyikan lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Malam pertama ini dihadiri juga oleh beberapa penggiat profesional bidang teater dan filem pendek serta individu yang sememangnya terdidik dalam bidang teater dan seni lakon. Ketika sesi soal jawab @ dialog beberapa soalan yang menguji tenaga produksi menjawabnya. Sesi sebegini diadakan untuk memperoleh pendapat dan pandangan penonton yang menyaksikannya tidak kira memuji, mengkritik, memberikan pandangan dan lain-lain.
Kehadiran penonton juga luar dugaan pabila yang hadir seramai 120 orang. Lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' tetap dialunkan buat semua penonton menyanyikannya. Sesi pementasan petang ini secara tidak rasminya untuk para pelajar namun terdapat juga penonton umum yang hadir. Hampir 75% penonton dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Bagi menggalakkan para pelajar bertanya disediakan sebanyak 10 cenderamata. Disediakan juga paparan langsung dipancarkan melalui kamera video dan alat LCD di luar Balai Seminar pada setipa pementasan yang diadakan.
23 Mei 2010 (Sabtu - 8.30 malam)
Kehadiran penonton seramai 80 orang. Seperti dua pementasan yang sebelum ini lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' dialunkan untuk dinyanyikan bersama-sama dalam kalangan penonton. Tiga orang penggerak teater dari Singapura iaitu Kumpulan Teater Artistik diketuai En. Roslan Mohd Daud turut hadir menyaksikan pementasan yang terakhir ini, juga pensyarah dari UiTM Johor, Segamat iaitu En. Ainol Hasanal turut hadir menyaksikan teater selama 45 minit ini. Hadir sekali lagi Sdra. Sharrul Rizal DBPWT dan Sdra. Syaidul Azam DBPWS. Agak berkurang soalan yang dilontarkan dalam sesi dialog pada kali ini.
Sesungguhnya dalam kekangan kewangan pementasan teater skala kecil ini boleh dipentaskan dengan usaha dan semangat yang jitu tiga pihak iaitu DBPWS - KESUMA-I - Seni Mahligai. Halangan kekangan kewangan bukanlah satu yang boleh dijadikan alasan yang besar untuk mementaskan teater sebegini, jika mahu semuanya jadi dan terlaksana.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPYgLhClhVeZXY0VcUP-A70hsYbWUtV09XQymwHRq9SpRwcNIHhsmgClw-dFLoXxjDmtJqt_WZRBOr7rNrfX3rrEA5T2WnqAc_wE26Ink_1uHrg652E8HgqAJODwbxTHqgZQU2x42ccTpK/s320/poster+kampung+cetek+baharu.jpg)
Terima kasih buat semua penonton yang meluangkan masa dan hadir menyaksikan teater ini, sokongan dan teguran anda semua amat-amat dihargai, terima kasih buat kesemua tenaga produksi dalam kalangan ahli KESUMA-I bersama orang kuatnya Sdra. Mohd Razif Adanan dan ahli Seni Mahligai, terima kasih buat urus setia @ petugas DBPWS yang terlibat ketika dua hari pementasan ini termasuklah Mohd Rizal, Ezuwan, Roslin Majidi, Faizah, Roz Idayu, dan Norsheilla serta semua staf lain yang membantu secara langsung dan tidak langsung sebelum seminggu pementasan diadakan. Sekalung penghargaan buat persatuan dan staf DBPWS yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
5 ulasan:
Tahniah untuk tuan selaku pengarah projek.
Tahniah buat tuan dan DBPWS yang tidak kenal penat dan jerih untuk tetap memartabatkan seni teater di Johor Bahru ini.
Salam RAR,
Tahniah atas usaha tuan dan DBPWS hingga teater ini dapat dipersembahkan kepada khalayak. Tidak mengapalah jika teater ini dipersembahkan dalam skala kecil, tetapi saya percaya impaknya sangat besar. Teruskan usaha tuan.
Salam Hormat Tuan Rusdi,
Teruja saat menonton teater di DBPWS,Kg Cetek yang bakal mendalamkan ruang fikir khalayak;menjadikan khalayak warga lebih prihatin pabila mendepani isu pergolakan rumahtangga,dan seterusnya merapatkan jurang antara rakyat dengan warga teater.
Syabas Tuan Rusdi dan warga kerja yang bersusah-payah,dan warga teater yang tidak kenal erti payah. Tegakkan panji perjuangan kalian.kalau bukan kalian siapa lagi? Sesungguhnya kami peduli ya!
Sdra. Azam,
Terima kasih hadir apatah lagi sempat bersembang agak panjang kita selepas pementasan yang ketiga itu. Ada lagi sesuatu hal dan khabar untuk dibual bicara sesama kita ya...
Tuan Haji Shapiai,
Saya secara peribadi semampu dan sedaya adanya untuk terus mempelbagaikan khalayak dan aktiviti sastera di Johor ini apatah lagi dalam hal pementasan teater walau hanya berskala kecil.
Cikgu Nizar,
Terima kasih atas titipan ini, jika ada masa lain kesempatan Cikgu hadirlah juga dalam program anjuran DBPWS ya...
Tuan Ainol,
Berbanyak terima kasih kerana datang dari jauh untuk menyaksikan teater skala kecil seadanya ini.
Benar... panji perjuangan harus terus digerakkan walau dalam pelbagai kekangan selagi termampu mengikut 1000 jalan yang ada.
Tidak sabar untuk 'berteater' di UiTM Johor, Segamat nanti ya...
Terima kasih.
Catat Ulasan