Ahad, Mei 02, 2010

PENGADIL 'BUTA' TARAF LSM...

Serba salah pula rasanya untuk menulis entri ini kerana dua pasukan ini diminati namun demi ingin melihat Chelsea juara lalu menolak ego Man U maka tetap menyokong Chelsea. Tergambar minatnya kepada Chelsea dan Liverpool pabila kesemua DVD pencapaian kedua-dua pasukan dalam setiap musim bermula tahun 2005 hingga 2009 ada dalam simpanan (seperti dalam foto di sebelah).

Tajuk entri ini bukanlah berniat untuk meluahkan 'penghinaan' kepada taraf Liga Super Malaysia (LSM) tetapi rasa 'geram dan sakit hati' kepada pengadil perlawanan Chelsea - Liverpool sebentar tadi. Perlawanan ini amat penting buat Chelsea tetapi pengadil pula yang boleh dikategorikan 'mangkuk lalu buta'. Sepatutnya Chelsea peroleh 2 sepakan penalti tetapi pengadil buat muka selamba tidak membenarkan penalti. seumpama pengadil ini 'menyokong penuh' Man U?

Perlawanan tadi tidaklah tahap menarik cuma tahap biasa sahaja, jaringan Drogba dan Lampard membuatkan Chelsea masih berpeluang menjuarai English Premier League (EPL) yang hanya berbaki satu perlawanan lagi minggu hadapan iaitu bertemu Wigan di Stamford Bridge, London sambil menunggu keputusan perlawanan Man U menentang Sunderland malam ini serta Man U menentang Stoke pada perlawanan terakhir minggu depan. Chelsea harus terus berwaspada walaupun menang malam ini kerana nafsu Man U ini sukar untuk diduga.

Tidak mengapalah mungkin Liverpool kurang bernasib baik musim ini, yang pasti Liverpool pasti bangkit musim 2010/2011 nanti... ada hikmah Liverpool gagal meraih sebarang piala musim ini kerana mungkin musim hadapan rangkul 3-4 piala, siapa tahu? Pasti bangkit juga musim hadapan kerana Liverpool merupakan pasukan utuh yang banyak merangkul kejuaraan peringkat EPL / England dan Eropah sejak sebelum Malaya merdeka lagi!

4 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Salam.
Apa ni, RAR?
Janganlah dimarahi pengadil tu.
Kita kan dah berpakat nak hampakan MU. Gerro memang sengaja back pass bola tu kepada Dogba.

p/s: nampaknya RAR lebih sukakan John Terry dan Cole yang kaki betina tu.

pakcu berkata...

hehe
ayam sabung terus taji menaji
hingga ke match terakhir !
Masih bernafas rupanya PakAlex.
Moga wigan dpt bertahan seutuhnya bg menjanjikan keputusan draw manakala
Man.U membenam Stoke :)
everything still possible
yg imposible hanyalah harapan Liverspoil utk ke Liga Juara next year :)

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid @ YNWA,
Hehehe.... Bukannya minat kelakuan tidak bermoral Terry dan Cole itu tapi minat satu pasukan.
Ya... macam benar pula ya pabila Gerrard 'semacam sengaja' tolak bola ke belakang sebegitu tapi bagaimana gol Lampard itu?
Kenapa Liverpool pakai baju tertera tulisan Cina yang semacam maknanya arak itu?

Sdra. Pak Cu,
Begitu harapan peminat Man U... manakala harapan peminat Chelsea pula sama tapi sebaliknya...
Lihatlah nanti kebangkitan 'total' Liverpool musim hadapan... tapi harus berjaga-jaga juga pabila Newcastle kembali ke EPL!

Korakora berkata...

liverpool nak tipu org islam. konon2nya tak pakai logo carslberg lagi.. kih kih kih

napa lah duk sokong liverpool.. kih kih kih