Rabu, Mei 05, 2010

ANDA 'KAKI BOLA'? AWAS JAGA-JAGA...

Anak-anak kecil dan remaja seronok bermain bola (juga seronok menonton perlawanan bola sepak hingga lewat tengah malam dan awal pagi), mereka ceria dan gembira digelar 'kaki bola'.

Hangat kini diperkatakan tentang bola sepak khususnya menuju penghujung saingan liga bola sepak di Eropah, tentang siapa juara EPL, siapa hebat dalam La Liga, siapa unggul dalam Serie A; juga ada yang memperkatakan tentang negara manakah yang bakal menyengat dan menonjol dalam Piala Dunia Jun nanti? Hangat juga diperkatakan tentang jual, beli dan pindah pemain dalam EPL, La Liga, Serie A dan Bundesliga untuk musim 2010/2011 nanti.

Apa...? Torres hendak ke Chelsea? Jose Mourinho hendak latih Real Madrid? Lampard hendak ikut Mourinho? Benitez bakal ke Juventus? dan pelbagai lagi spekulasi yang didengar dan dibaca dalam media setiap hari. Apa...? Man U hendak sertai LSM kerana LSM 'amat hebat' kualiti permainan dan pengulasnya? (hehehe...)

Namun ada satu kenyataan yang dikutip sebentar tadi dalam portal berita Malaysiakini sekejap tadi yang tertera begini...
“Mereka juga selalu bermain futsal hingga lewat malam dan ada kalanya saya terpaksa mengheret kedua-dua mereka pulang,” katanya sambil menambah pelajar berkenaan adalah ‘kaki bola’.

Makanya, awas dan jaga-jaga buat 'kaki bola' nanti anda juga bakal di_ _ _ _ _ _!

4 ulasan:

pakcu berkata...

pasni maplay a.k.a mamak corner..gelanggang futsal bakal lengang..takut bocor kepala ! HAHAHA

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Nampaknya kena tunggu bulan Jun utk kembali mengingati dan menekuni soal bola. Entah mengapa, makin jauh....

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

Salam RAR,

Bola begitu sebati dengan diri tuan...Terima kasih kerana sudi menitip sesuatu di blog saya yang usang itu tanpa dikemaskini. Puisi biasa sahaja di DB...

Sham al-Johori berkata...

Tuan,
demikianlah sebuah sejarah bola sepak; bermula daripada kanak-kanak; bermain di celah lorong dan padang sempit; akhirnya berjaya mengalas maruah. Bola yang bulat sama juga seperti pengurus dan pemainnya yang saling tak ketentuan. Yang penting Spurs akan mengiring Chelsea ke 'Champions Cup'.
Selamat berjuang...