Ahad, Mei 09, 2010

AKHIRNYA SIKAP EGO DAN CAKAP BESAR TEWAS JUGA…

Entri ini ditulis ketika kelab biru sudah mendahului Wigan 6-0 pada minit ke-68. Perlawanan belum selesai tapi pastinya kelab biru merangkul juara EPL 2009/2010 kali ini.
Debaran hati bermula pukul 11 malam (9 Mei 2010) berakhir pada pukul 12.30 tengah malam (10 Mei 2010). Debaran ini cukup indah dan penuh seni emosinya.

Asyik bertukar rangkaian televisyen; sekejap rangkaian Astro 812 sekejap jenguk Astro 813. Akhirnya debaran terlerai dengan emosi yang terkawal dalam kegembiraan. Gembira rasa yang utama pastinya kerana dapat mengekang ego sebuah kelab warna merah yang khabarnya dengan angkuh dapat merangkul 3 - 4 piala musim ini, ya... ego dan cakap besar kelab itu sejak Ogos 2009 lagi. Akhirnya kelab merah itu hanya dapat merangkul piala kelas ke-3 sahaja musim ini (Piala Carling).

Gembira rasa yang kedua kerana kelab biru kegemaran diri ini berjaya juga merangkul kejuaraan utama tahap tertinggi dalam saingan bola sepak di England itu. Sejak 2-3 musim lalu kelab biru cuma berada di tempat kedua dan ketiga sahaja selepas berhempas pulas menentang ego kelab merah itu. Cuma kelab merah yang satu lagi bernama Liverpool (diri ini juga gemar) agak tenggelam musim ini, namun pasti Liverpool bangkit untuk musim 2010-2011 nanti!

Kelab merah yang penuh harapan boleh dapatkan 3-4 piala termasuk Champions League kecundang jua akhirnya. Memang diakui sungguh ramai peminatnya di Malaysia ini sehingga boleh dhuraikan melalui nisbah 100 peminat kelab merah : 1 peminat kelab biru! Begitu hebatnya pengaruh kelab merah yang khabarnya juga sering perkecilkan upaya banyak kelab lain dalam EPL..

Akhirnya, kelab biru usah jadi seperti kelab merah yang serba angkuh dan ego atas kejuaraan ini, teruskan usaha dalam keadaan merendah diri untuk terus bersaing menentang kelab merah itu. Kejuaraan ini sebenarnya dapat mebuka membuka jalan yang lebih hebat pada masa hadapan.

Oooppss… hampir terlupa, kelab biru sebenarnya belum selesai berjuang musim ini, ya… perlu merangkul satu lagi piala utama di England iaitu paling lama dalam sejarah bola sepak dunia – Piala FA. Kelab biru akan menentang kelab bernama Portsmouth juga yang menghuni EPL paling bawah musim ini, tapi harus ingat bahawa kelab biru jangan sesekali bersikap ego dan angkuh seperti kelab merah serta memandang rendah Portsmouth itu dalam perlawanan akhir Piala FA itu nanti. Amalkan sikap bersangka baik dan positif kepada semua kelab lain kecuali kepada kelab merah itu yang punyai sikap negatif pabila menentang pasukan lain, kononnya kelab merah itu sehebat-hebatnya kelab di dunia ini.

Hal tentang juara dan kecundang ini mungkin boleh dikategorikan sebagai 'HUKUM KARMA'. Hukum dan ketentuan pasti ada rahmat dan hikmahnya. Sebelum ini kelab biru sudah beberapa kali kecewa pada saat-saat akhir dan penghujung musim dalam EPL kepada kelab merah termasuk dalam merebut juara Champions League musim 2007/2008 di Moscow, Rusia.

Tahniah buat KELAB BIRU – CHELSEA! Cuba lagi KELAB MERAH @ MAN U kerana kelab anda pasti berjaya jika tiada unsur angkuh, ego dan besar harapan serta memandang kecil upaya kelab lain. Hakikatnya memang kelab merah itu ada banyak istimewanya tetapi jika tiada unsur negatif berkenaan sikap dan tindakan maka istimewanya kelab merah ini pasti dibanggakan oleh majoriti peminat bola sepak. Berubahlah kelab merah… anda pasti dipandang tinggi oleh lawan anda…
Maafkan diri ini kerana teguran ini… cuma sekadar ingat mengingati dalam hal rencah keseronokan bola sepak.

2 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

1LIFE.1PRIDE.1CLUB?
Ada unsur-unsur Apco dalam slogan ini?
Apakah Apco juga menjadi penasihat kepada kelab biru ini? Hahaha.

p/s: thanks Carlo & co. No 19th for uMUno.

Ameen Homestay berkata...

:)
tahniah blues..
gaduh lagi tahun depan.
Menang kalah itu seni. Tapi bila dah 20 thn x menang setelah manager bertukar ganti itu hampas namanya..cina yg suka berjudi panggil suwey hahah ( tp saya tak percaya dp suwey ye)

angkuh tu kadang tak boleh nak nafi. Pak Alex dah masuk tahap Maharaja. Otai bahasa org sekarang.
Usianya pun tua,tu yg berlagak tuh.
tapi saat di bawah kendalian Jose Mourinho, kata2 bongkak mana yg tak terpacul dr mulut dia ? Angkuh coz he think he is better than other.

Apa2 pun Man.U still..not arrogant just better :)