Isnin, Mac 23, 2009

MAN U KALAH LAGI, LIVERPOOL MENANG BESAR LAGI...

1. Manchester United (Man U) kalah lagi dalam Premier League..., kalah kepada Fulham 2-0. Scholes dan Rooney (budak nakal) dikenakan kad merah. Minggu lepas tewas besar kepada Liverpool 4-1 di gelanggang sendiri. Kini Man U mengumpul 65 mata (29 perlawanan daripada 38 perlawanan), berbaki 9 perlawanan menuju penamat saingan. Ego dan riak Man U semakin tercalar... tetapi Man U bernasib baik diundi bertemu Porto (yang dianggap agak lemah dalam 8 pasukan saingan suku akhir) dalam saingan suku akhir Champions League, ya... dalam hasrat mereka merangkul kejuaraan Champions League, makanya ego dan riak Man U masih tebal...!
2. Liverpool (You'll Never Walk Alone) terus mencatat kemenangan besar! kali ini membelasah Aston Villa 5-0 dalam mengejar Man U. Kini Liverpool memperoleh 64 mata (satu mata dibelakang Man U dengan 30 perlawanan dariapada 38 perlawanan Premier League). Dalam tiga minggu belakangan ini Liverpool menang dengan jaringan 4 (tewaskan Real Madrid 4-0, tewaskan Man U 4-1 dan tewaskan Aston Villa 5-0). Agak mengecewakan Liverpool diundi bertemu Chelsea dalam suku akhir Champions League... Menurut Rafael Benitez, dalam 5 tahun belakangan ini Liverpool bertemu Chelsea sebanyak 22 perlawanan dalam pelbagai piala.
3. Chelsea pula gagal mengambil kesempatan setelah tunduknya Man U di tangan Fulham, Chelsea tewas kepada Spurs 1-0. Chelsea boleh dikatakan tipis untuk merangkul kejuaraan Premier League (61 mata / 30 perlawanan), kini menduduki tempat ke-3 sahaja. Chelsea hanya boleh berharap merangkul FA Cup dan Champions League (ini agak sukar...).
4. Perlawanan suku akhir Champions League:
i. Man U lwn Porto (7 dan 15 April)
ii. Villarreal lwn Arsenal (7 dan 15 April)
iii. Liverpool lwn Chelsea (8 dan 14 April)
iv. Barcelona lwn Bayern Munich (8 dan 14 April)
Pilihan ke separuh akhir Champions League...?
i. Porto lwn Villarreal
ii. Chelsea lwn Barcelona

4 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Rupanya bola telah membudaya. Tapi kita tetap tercari-cari rentak. Bola pun kita ketinggalan, apa lagi bahasa.

Tanpa Nama berkata...

En.Rusdi, sedap ayat Tn.Hj. tu kan.
dalam ayat biasa pun masih seperti sebuah puisi.

- terima kasih, menziarahi blog saya. erm, en.rusdi sudah cuba klik pada tanda ke kanan(play) untuk mendengar zikir itu? atau mungkin ada yang tidak kena di blog saya.

Zaid Akhtar berkata...

Pilihan Semis:

Liverpool v Bayern
MU v Villareal

Final:
Liverpool v Villareal

:-)

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tn. Hj. Shapiai,

Saya meminati untuk menonton dan mengikuti perkembangan bola sepak sejak World Cup 1982 (darjah 4), ya... telah membudaya, namun bola sepak antara hal 'yang mengeratkan perpaduan walaupun bercanggah pendapat'. Terima kasih Tn. Hj. atas kunjungan dan catatan ini.

Sdra. Wahyu,

Saya akan cuba lagi usahakan agar dapat mendengar irama itu. Terima kasih.

Cikgu Zaid,

2 anak lelaki saya memilih untuk separuh akhir:
anak pertama (darjah 4): Porto lwn Villarreal / Liverpool lwn Barcelona.
anak kedua (darjah 1): Porto lwn Villarreal / Chelsea lwn Barcelona.
Kenapa kami tiga beranak tidak langsung memilih Man U? kerana Man U itu berlabel riak dan angkuh (serta 'jakun' - kata anak pertama saya...) hehehe...